Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Zaman Zambry Kadir,Ketua Pemuda UMNO Perak jadi jutawan segera?


Salah satu blog bertajuk http://saveumnoperak.blogspot.com/ mendedahkan kekayaan Ketua Pemuda Umno Perak yang dikatakan anak emas Zambry.sumber

Sunday, 17 February 2013

BN Perak sudah kocak,Zambry arah Presiden MIC tutup mulut.


oleh Madzatoklah

Gelora BN Perak Kencang: Zambry arah Presiden MIC Tutup Mulut

Kecoh...Kecoh...kecoh....!!!!
Ane,,jangan cakap banyak!!!!

Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.



Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata:

“Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk  MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.
Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.
“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbaruntuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.
.........................................................
Orangni: Sana setuju,sini tak setuju,situ cakap setuju,esok cakap lain dan hari ini cakap lain...begitulah yang berlaku dalam UMNO BN Perak. Kemelut pembahgian kerusi UMNO BN Perak konon-nya dah selesai,tapi gelora masih meruncing 24jam. Isu kerusi DUN Terong pun masih jadi percakaran hebat antara MIC dan UMNO. 

Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa seorang  Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.

Monday, 4 February 2013

Zambry Kadir ,perairan Pangkor,10 tahun untuk pulih.





Industri bilis terganggu

Pengusaha ikan bilis dan nelayan menunjukkan kawasan yang menjadi ancaman projek pembinaan di laut.



Pulau Pangkor Adunnya Zambry Kadir. Tapi projek pembinaan dan pengorekan dasar laut menggangu habitat spesies ikan bilis.Zambry Kadir sudah menerima memorandum  tapi setakat ini ,tiada tindakan.Mungkinkah faktor ini juga menyebabkan Zambry Kadir takut berdebat dengan DS Nizar.
 

LUMUT- Industri ikan bilis Pulau Pangkor mengalami kemerosotan berpunca daripada projek pembinaan dan pengorekkan dasar laut di kawasan yang kaya dengan hasil laut berkenaan.

Hasil tangkapan ikan bilis merosot sehingga 60 peratus disebabkan projek yang dijalankan di perairan terlibat.

Seorang pengusaha, Beh Cho Huat, 54, berkata, kerja pengorekkan laut itu menyebabkan lapisan selut terhasil dan keadaan itu mendatangkan masalah kepada nelayan.

“Ia menyebabkan pukat yang digunakan tersangkut pada selut itu dan ia akan koyak ataupun hilang,” katanya.

Tambahnya, kawasan yang dikorek itu adalah kawasan yang menjadi penyumbang terbesar hasil tangkapan ikan bilis di Pulau Pangkor.

“Bagi mengelakkan masalah berlarutan, dkami telah menghantar memorandum bantahan kepada menteri besar dan Ahli Parlimen Lumut supaya segera campur tangan dalam perkara ini.

“Kami mahu pihak berkenaan memastikan kerja pembinaan di perairan ini tidak menggangu ekosistem dan kawasan tangkapan ikan bilis,” katanya.

Chan Chin  Sock,61, pula berkata, sejak kerja pembinaan dijalankan di kawasan itu pendapatan nya turut merosot begitu ketara.

“Sebelum ini jumlah tangkapan purata yang mampu diperoleh ialah sebanyak 15 tan sebulan, namun kini hanya sekitar empat tan sahaja.

“Apa yang paling menyedihkan, ada kalanya kami terpaksa berputih mata kerana pulang dengan tangan kosong apabila pukat koyak tersangkut lumpur atau besi pembinaan di kawasan itu,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu memastikan aktiviti pembinaan di perairan itu tidak menganggu aktiviti nelayan di situ.

Tekong bot ikan bilis,  S Jayakrishnan, 58, berkata daripada pengalaman bekerja di laut, kawasan itu akan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya berharap keadaan ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan mata pencarian kami," katanya.sumber SH 

Sunday, 3 February 2013

Zambry didakwa jumpa Pegawai Hutan,tanya siapa bagi maklumat kepada Nizar..

Foto DS Nizar sebelum ceramah isu Zambry beri tanah kepada pemuda Jonathan Cheong, 28 tahun,pada 25 Januari lalu. Turut berceramah pada malam itu Datuk Rahman Maidin.Nizar mencabar Zambry jika tidak betul,sila saman."sekarang saya bercakap tidak di dalam Dewan"

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai  Zambry Kadir didakwa telah pergi ke Pejabat Hutan Negeri untuk mendapat maklumat siapa yang membocorkan maklumat tentang pemberian konsesi balak kepada Jonathan Chong ,28 tahun itu. Zambry Kadir didakwa hairan bagaiman DS Nizar boleh mendapat maklumat beliau beri konsesi balak kepada pemuda bukan Melayu itu.

Sumber yang boleh dipercayai juga beritahu mendakwa  Zambry Kadir marah-marah kepada Pegawai Hutan di Ipoh.Seorang pun tak mahu mengaku mereka memberi maklumat kepada DS Nizar.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) goreng Zambry Kadir.


"Kita bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan dan kita duduk di kawasan itu, kita tahu siapa pembangkang dan siapa penyokong," Yang DiPertua Mubarak Perak Datuk Saharuddin Abdul Jabar ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-11 Mubarak Perak di sini hari ini.(cerita lanjut di sini)

Setahu penulis Datuk Saharudin Jabar pernah jadi ADUN Trong dan tak tinggal pun  di Dun Trong seperti YB Rosli Husein yang duduk di DUN Changkat Jering.

Orang Trong bagitau,Shaharudin Jabar pada masa jadi ADUN rumah dia dekat Kg Jambu, Parlimen Taiping Taiping.Jadi betul-betul dia goreng sama DS Zambry Kadir ,kononnya penduduk Bukit Gantang sudah mula bersama UMNO.

Zambry Kadir Faraid Tanah sebelum hilang kuasa-Nizar.

DS Nizar  memulakan ceramah pada 31 Jan,Kamunting dengan  mengemukakan isu ,Zambry yang berkelulusan PHD itu tidak kira dosa  untuk meluluskan tanah kepada kroni.Rakyat yang memerlukan tanah hak milik dinafikan hak.Mereka minta untuk satu tapak,banyak karenah. Untuk kroni satu orang boleh dapat banyak tanah balak. 

DS Nizar  menjelaskan jika tak betul SB ada rakam, boleh saman beliau. Beliau memberi contoh bagaimana satu bidang tanah seluas 6 ekar ditengah-tengah  pekan Setiawan  diberi kepada kroni  Roslan Khalid. Menurut Nizar,tanah itu jika ditender boleh memberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri. 

Lagi satu DS Nizar beritahu , Zambry bagi tanah dekat Hanafiah Man, Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda  Bahagian dekat Kamunting( Kamunting Raya dlm Parlimen Bukit Gantang) seluas 32 ekar. Seusai berceramah DS Nizar memberitahu penulis "Zambry /UMNO faraid tanah,kerana mereka tau kehilangan kuasa"

Wednesday, 23 January 2013

Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar (Video Inside)


Sebelum ini Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan.

“Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini.

“Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN.

Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun.

Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan ini adalah jawapan Zambry mengenai cabaran ini..