Showing posts with label Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Tinggi. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Sugul di hati tapi semangat masih tinggi, kata Wan Azizah


Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.

"Mac penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada 1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.

"7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.

"Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti," tegas beliau ketika ucapan perasmian konvensyen, pagi ini.

Tambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh terus merompak harta rakyat.

"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia denga taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.


"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka.

"Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 diadakan di Setia City Convention Centre dengan tema Pakatan Membela Rakyat, disertai hampir 3000 peserta.

Monday, 3 March 2014

Panduan Membantu Mengawal Kolestrol Tinggi dan membantu menurunkan paras darah tinggi dalam badan


Ramai yang mengadu kolestrol tinggi bila semakin berumur malah ada yang sukar untuk menurunkan paras kolestrol dan darah tinggi dalam badan. Malah masalah jantung merupakan antara pembunuh senyap utama di Malaysia. Saya mohon pada anda jangan jadikan ia sebagai serangan jantung & strok yang pertama dan terahkir buat anda.



Selalunya kolestrol yang tinggi dalam dalam adalah disebabkan lemak-lemak yang terkumpul dam melekat di saluran darah anda. Ianya menyekat dan 


Kenapa dan bagaimana boleh terjadinya kolestrol tinggi? PEMAKANAN menjadi puncak utama terjadinya kolestrol tinggi dan darah tinggi. Memakan makanan terlalu banyak lemak tepu dan kolesterol mempengaruhi tahap kolesterol anda. Lemak tepu dan kolesterol ialah berpunca daripada daging, susu, telur, mentega dan keju. Begitu juga makanan dalam tin termasuk minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan mentega.


Jadi marilah kita mengawal kolestrol dan tekanan darah tinggi dengan  SET JANTUNG SIHAT khas untuk anda. Dimana kebaikan dari set ini adalah 

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
2. Mengekalkan tahap kolestrol yang baik dalam badan
3. Mengekalkan tahap darah normal dalam badan 
4. Mengekalkan jantung yang sihat untuk 



Omega RM 136Garlic RM 47

sms/wassap 012 3117349

SET JANTUNG SIHAT terdiri daripada Omega Guard & Garlic dimana khasiat Omega guard adalah asid lemak yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darahdan paras trigliserida yang normal, malah AHA & DHA yang terdapat dalam omega boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Garlic pula berfungsi untuk menurunkan kolestrol, LDL,trigliserid, dan kelikatan darah, mengurangkan blood clot, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari 

Saya berharap supaya anda sayangilah jantung anda, kawan kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi sebelum penyakit kronik menyerang anda. (credit: ohvitaminmama.blogspot.com)

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI JADI PUNCA STROK!

Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:


✎Aterosklerosis - penyempitan arteries.


✎Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.


✎Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi


✎Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen


✎Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati.


Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.



APA ITU STROKE? 



Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Serangan Iskemia Sementara (TIA)



Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.SUMBER

Apakah Gejala-Gejalanya?

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:
Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan

Sakit kepala yang teruk yang mengejut

Rasa mual atau muntah


Selain mengamalkan gaya pemakanan dan cara hidup sihat pemgambilan supplement  Omega Guard, Garlic Complex dan Alfalfa juga dapat membantu mengurangkan risiko kita di serang strok.



OMEGA GUARD - EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega juga bagus untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal. RM136

GARLIC - Selain untuk menguatkan antibodi badan, bawang putih juga  telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandung bahan aktifnya s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa menambahkan bawang putih ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10%  dalam empat bulan RM 47.50

ALFALFA - Fungsi serat yang ada dalam alfalfa membantu untuk merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Kolestrol, lemak dan air brlebihan di dalam badan akan diserap oleh alfalfa dan dikeluarkan dari badan melalui sistem pembuangan najis. RM 53.75

SMS @ WHATSAPP 012 3117349 UNTUK PESANAN. 
HARGA SET UNTUK BULAN INI RM 220 SHJ - pos percuma.



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Saturday, 30 March 2013

Akhirnya Anwar saman papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi

KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.

Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.

Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.

LAGI POST PANAS HARI INI











sumber sini



pen buruk online