Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

REMAJA MELAYU HANYUT DI PESTA BUIH





Serbuan pihak berkuasa di sebuah pub pada jam 12.30 malam, di Jalan Yap Kwan Seng kelmarin, menyaksikan seramai 47 remaja Melayu sedang hanyut melakukan aksi sumbang sambil mandi buih di dalam sebuah pesta parti liar.


Gambar kredit Utusan Malaysia

Apa yang lebih memeranjatkan pihak berkuasa, apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka. Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.


Difahamkan, daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun. Mereka dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut. Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap. 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Saturday, 2 March 2013

Remaja di Kuantan ini ketagih cium pakaian dalam wanita

pen buruk online
Kuantan: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.




# sila like "pakatan rakyat supporters"




Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.
Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.

Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu.


~sumber sini




Monday, 4 February 2013

Janda anak 3 kantoi berbogel dengan remaja

Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.

Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.

Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.

Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.

Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.


sumber sini