Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Juara program realiti mana yang didakwa rogol teman wanita?

AMPANG - Juara program realiti popular terbitan sebuah stesen televisyen ditahan reman selama enam hari bermula semalam, disyaki merogol kekasihnya, minggu lalu.

Perintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita suspek dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut dicederakan.

Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

PBO: siapa nama celebriti tu? apa pula nama rancangan realiti tu? semua jadi teka teki, kalau orang biasa mesti letak nama penuh lagi... apa daa punya akhbar.


sumber sini



Friday, 8 March 2013

Panas: Terdapat unsur penipuan dalam program BL1M?

Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda Umno telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut.

Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni Umno. Kerajaan atau pihak Pemuda Umno langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan


Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini.

Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda Umno tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata.

Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Datuk Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif Umno Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong sehingga kini.

Keselamatan jalanraya dikompromikan

Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni Umno, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini?

Integriti ala Najib


Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda Umno yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda Umno dan memberhentikan program ini dengan kadar segera.

Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti?

Sekiranya Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini.

Chang Lih Kang

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

ADUN Teja


sumber sini



pen buruk online




Saturday, 16 February 2013

Program 1 Bloodyfool Malaysia...????

Gua masih dalam keletihan, petang tadi jejak kaki kat rumah setelah penat bermain dan berinterbiu dengan jerung2 yang bermasalah di Tioman. On... jer.. laptop... ada member kita dari Sabah inbox gua pasal satu program bangang oleh kera...jaan bn. So... lu orang layan dulu apa yang member nih ceritakan... gua nak landing.... rehatkan badan dulu.... hehehehe...

(gua dah adjust semua perkataan yang berbentuk tulisan sms tanpa merosakkan ayat dan perkataannya, sori bro.... lain kali taip cantik2 aaarrr... hahahaha... dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi cerita demi membuktikan keraaaaa....jaan bn nih memang bangang takda sempadan dan suka pergunakan agensi/badan/kakitangan kerajaan demi survival diorang... sejibik macam binatang kat hutan kaaannnn....)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum aku mula... aku mintak maaf, sebab aku tak pandai nak cerita. Kalau Bro ISA baca tunggang terbalik.. aku tak hairan... janji mesej aku sampai.... nama aku Mr. Xxxxx (namanya gua padamkan ok..) aku kerja gomen.. senang citer aku ni cikgu.. ni nak citer 1 program bangang yang pernah aku hadiri. Aku sebenarnya tak nak pergi pun.. tapi instinct aku berat.. aku nak tengok betapa bangangnya pemimpin di daerah aku.

Jumaat 1hb Feb. 2013... sekolah aku dapat surat, jemputan la macam tu.. pas tu.. penolong kanan sekolah aku kata kena hantar 3 orang guru... TIGA ORANG...!!!!

Aku pun pakat dengan member aku yang memang pun pro PR nak join.. so kita pun dengan bangganya register. Malam tu aku keluar lepak dengan member2, timbul la pasal cerita program esok.... "My 1 Beautiful Malaysia"... kalau tak silap aku la....

So... dengar cerita peserta2 akan dapat cash RM25 seorang!!!! hahahahah.... siot banyak tu...!!!! Bagi aku la.... boleh cover reload dan duit rokok.

Besoknya... 2hb Feb. 2013... hari yang di nanti-nanti pun tiba, aku dengan member aku seawal pukul 7 pagi datang. Dengarnya dalam tentatif ada senamrobik... so kena la awal, sampai padang aku tengok ramai BUDAK SEKOLAH..!!!!

Aik...? Program apa ni...???? Bagi beg ke...???? Satu apa pun tak mula lagi... aku pun blah.. lepak kedai mamak. Pastu dalam pukul 7.40 kita orang pun pergi padang lagi. Ok.... orang dah ramai... ramai ke...???? tak tau....

Tapi aku tengok memang ramai.haahahahaha...!!!! Baru aku ingat... ada DUIT...!!!!
Program senamrobik tak jalan lagi... tiba2 aku dengar suara dari PA Sistem..."Bagi laluan untuk WANITA dahulu" ... WANITA..????

Confirm... wanita umno bangang! Eh..., apa pasal bagi wanita dulu...?.. takpa.... aku tunggu lagi. Then wakil kami guru2 dipanggil... ok... baris sini... kami pun baris la.. masa tu aku memang dah dengar.... duit kena bagi-bagi RM10... dan sebotol air mineral...!!!! hahahahahah.....

Tiba di kaunter, ada sekumpulan guru mula marah, aku tak tau diorang marah saja nak kenakan atau memang marah gara2 RM10.00..!!!! Buat malu guru...!!!! Diorang marah sebab nama tak masuk dalam list. Tak register kot.... tapi yang hairannya kenapa sekolah diorang kena hantar 5 ORANG..???? Sekolah aku 3 ORANG...????

Dan setelah aku dapat duit dan air mineral... kalau ikut perkiraan aku la... hard cash RM10 + Air mineral RM15... aku pun blah...!!!! Kita lepak gerai abang pro PR, dan baru aku nampak golongan2 yang memang dah tak sokong kerajaan. Kami lepak smpai pukul 9.00.

Program tak jalan lagi. Aku pun tanya beberapa orang yang baru tiba di gerai... diorang kata nak ikut tentatif Kuala Lumpur... start pukul 9.00...., Bangang apa punya program... dah tau climate KL dengan Sabah ni tak sama.. KL pukul 9.00 masih ada vitamin D.. kalau nak pun... tapi Sabah climate dah macam pukul 10.00... panas...!!!! Takan nak tungguuuu...!!!!

So..., apa pun yang aku ceritakan ini, sebenarnya... inilah mentaliti penduduk di daerah aku, Kunak. Aku cuma nak share... Aku memang tak hairan kalau peratus pengundi ditempat aku ni ramai dari jenis yang akan tanya, "berapa kau kasih?" dan aku jugak mintak maaf sebab tak dapat bagi gambar... tapi kejadian ni memang BENAR.

INI KALI LAH...!!!!!!!

Sekian
Mr.Xxxxxxx