Showing posts with label semakin. Show all posts
Showing posts with label semakin. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Undi Semakin Merosotpun Najib Kata UMNO Masih Kuat?


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut semalam membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah..

UMNO masih menyerlah katanya... berdasarkan apa entahlah dia boleh berkata begitu..

Pada PRU13 Mei lalu calon BN, Dr. A Rahman Mokhtar telah memperolehi 8,809 undi dan majoriti yang diperolehi ialah 2,434 undi.. jumlah yang dilaburkan tentulah tidak sebesar jumlah pelaburan BN dalam PRK Kuala Besut..

Manakala dalam PRK Kuala Besut pula, calon BN, Tengku Zaihan memperolehi 8,288 undi dan majoritinya pula ialah 2,592 undi, dengan pelaburan sebanyak RM477 juta peningkatan majoritinya hanya 158 undi..

Oleh itu jumlah undi yang telah diterima oleh calon BN telah merosot sebanyak 521 undi..

Kalau dah jumlah undi semakin merosot tu maknanya semakin malap lah Najib.. bukannya menyerlah..

Kemenangan BN bukti Umno masih kuat 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah. 

Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN. 

“Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN. 

“Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini. 

Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut. 

Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat. 

“Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN. 

“Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang,” katanya. – Bernama

Bagaimanapun TAHNIAH diucapkan kepada BN sebab menang..

Buat seluruh petugas-petugas PAS/PR yang berkampung di Kuala Besut jangan kecewa.. kerana yang ditentang dalam PRK ini dan juga semua PRK yang telah berlalu dan juga akan datang ialah seluruh jentera Kerajaan Malaysia yang telah disalah guna oleh UMNO..

Keputusan rasmi sila baca di ( SINI )

Thursday, 21 March 2013

Ini bukti Najib semakin gentar menghadapi pilihanraya..


Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit, DUN JOHOR terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Thursday, 21 February 2013

Pencacai UMNO semakin ganas.. Kain Rentang PAS Pasir Salak dibakar..


2 Kain rentang yang dinaikkan di Pejabat Operasi HalWa dan Bilik Operasi PAS Kampung Gajah, Pasir Salak telah dibakar pagi tadi.

Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Laporan Polis telahpun dibuat, namun begitu PAS Pasir Salak menjangkakan mungkin tiada tindakan di pihak berkuasa.

Dikoyak dan digunting
Sebelum dibakar

Ini bukan kali pertama berlaku, namun sabotaj terhadap banner PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Salak sentiasa ada dalam situasi menghadapi PRU.

Doa dan solat hajat akan dilakukan agar pengkhianat ini akan diberikan balasan setimpal oleh Allah dan manusia menerusi ilham-Nya.

Difahamkan juga Bendera PAS bersaiz besar 10' juga telah dibakar lokasi Jambatan Sg Perak , Kg Gajah.

~ Sumber: PAS Pasir Salak

Monday, 4 February 2013

Mahathir semakin cemas dengan bayang-bayang hitam

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




sumber sini

Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"
Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.


"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

PBO:

#Mahathir silap percaturan, dia samakan pemerintahan itu kelak sama dengan pemerintahan dia satu ketika dulu. Dengan ini secara langsung telah membuka pekung di dada bahawa masa pemerintahan dia memang zalim.

#Mahathir semakin percaya pakatan akan mengambil alih putrajaya. Ya Allah panjangkan usia Mahathir

#Mahathir sama ada bergurau atau tidak, telah mengakui Akta ISA memang zalim. Dan itulah senjata dia untuk melumpuhkan politik lawan.

#Mahathir semakin takut ibarat orang yang bersalah. Gerak hati dan perasaan tidak kereuan. Ibarat orang yang bersembunyi dari buruan polis, kucing melintas pun rasa berdebar-debar. Aduhai Mahathir.