Showing posts with label pulak. Show all posts
Showing posts with label pulak. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Najib kata Jambatan Kedua ni hadiah.. tapi kenapa pulak kena bayar tol?



Menjelang PRU13 yang lalu, dalam kunjungannya ke Pulau Pinang bagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa hadiah kononnya buat rakyat Pulau Pinang..

Kunjungan tersebut telah disifatkan oleh media tunggangan UMNO/BN sebagai satu kunjungan yang membawa berita gembira buat rakyat Pulau Pinang.

Kononnya menurut media tunggangan UMNO/BN, selepas lima tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, penduduk Pulau Mutiara kini dapat membezakan antara batu dan permata.

Selama tempoh itu, mereka saban hari ‘didodoikan’ dengan kehebatan dan kejayaan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Kini, rakyat sedar kesilapan mereka lima tahun lalu sudah memakan diri sendiri.

Maka dengan itu kononnya lagi..  angin perubahan sudah dirasakan di Pulau Pinang kerana rakyat tidak mahu lagi bergantung harap kepada pakatan pembangkang yang hanya pandai bermuka-muka dan mencari salah orang lain untuk menunjukkan kononnya mereka lebih baik.Tetapi pada masa sama, nasib dan kebajikan rakyat terabai.

Antara hadiah yang diumumkan oleh Najib ialah untuk membina 9,999 unit rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong serta pembangunan semula perumahan di Padang Tembak yang membabitkan sebanyak 4,800 unit rumah kos sederhana rendah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan, Projek Landasan Elektrik Berkembar yang melalui Pulau Pinang (RM2.7 bilion), pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion) dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM300 juta), diteruskan.

Cuma yang aku hairan dalam hal ini.. Jambatan Kedua Pulau Pinang ini Najib kata dia hadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang... tapi kenapa pula kena bayar tol?

Sedangkan menurut Wikipedia, Hadiah atau hibah atau kado adalah pemberian wang, barang, jasa dll yang dilakukan tanpa ada kompensasi balik seperti yang terjadi dalam perdagangan, walaupun dimungkinkan pemberi hadiah mengharapkan adanya imbal balik, ataupun dalam bentuk nama baik (prestise) atau kekuasaan. Dalam hubungan manusia, tindakan pertukaran hadiah berperan dalam meningkatkan kedekatan sosial.
 

Apahal pulak Media Jepun lapor macamni tentang Anwar nih?.. marah macai nanti..


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).

“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut. ambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.

Laporan turut menyebut parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia mengehadkan kebenaran berhimpun dan penguasaan pemerintah keatas media arus perdana.

Liputan berkenaan bersempena kehadiran Anwar ke Jepun kelmarin, selepas dihalang pada 19 Januari lalu apabila pihak berkuasa negara matahari terbit itu memberi alasan Anwar tidak mendapat kebenaran khas kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Acara Anwar di Jepun sangat padat, kerana beliau diaturkan memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

Anwar dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi semalam

“Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

“Acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media,” tulis Anwar di laman Facebooknya, semalam.

Anwar diundang bagi menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund dan menjadi panel di forum anjuran National Graduate Institute For Policy Studies. mengupas tentang ‘Kebangkitan Arab (Arab Awakening) serta kesannya kepada rantau Asia di Tokyo, Jepun.

Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Hadir sama dalam delegasi beliau ialah ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar,

~ KeadilanDaily

Monday, 24 February 2014

Lepas MCA, Bekas rakan pulak nak kuburkan Anwar di Kajang...


Yang menariknya dalam menghadapi PRK Kajang ini, media-media tunggangan UMNO/BN tidak lagi mengguna pakai kaedah biasa yang dah basi mereka..

Biasanya dalam menghadapi setiap PRK jika yang bertanding itu DAP maka keluarlah laporan Ahli DAP berbondong-bondong keluar DAP..

Begitulah juga jika yang bertandaing dalam PRK itu PAS atau PKR, maka berbondong-bondonglah ahli-ahli parti tersebut keluar parti.

Paling hebat ialah ahli PKR, kalau dicampur semua ahli PKR yang dah keluar parti tu.. mungkin sekarang ni PKR tinggal Wan Azizah dan Anwar Ibrahim saja..

Mungkin awal lagi kot.. buat masa ini sasaran serangan peminpin UMNO/BN ialah Anwar Ibrahim dan juga Anwar Ibrahim saja...

Selepas MCA nak kuburkan Anwar di Kajang.. muncul pula laporan bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar..

SHAH ALAM 16 Feb. - Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.
Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.
"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.
"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.
Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.
Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.
Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.
"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.

Ha..ha.. ha.. ramainya nak kuburkan Anwar kali ni..

Sebelum ini Khairy, lepas Khairy. PapaGomo pulak.. lepas PapaGomo. MCA pun nak kuburkan Anwar.. bacalah di SINI

Thursday, 21 March 2013

Bengang disaman RM100Juta, Papa Gomo sebar video 'Anwar liwat Mahasiswa' pulak dah... Ini videonya..


Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.

Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.

“Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas KEADILAN, Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS,” katanya dalam blog beliau.

Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM100 juta terhadap Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam.

Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka.

Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan termasuk pemimpin Umno.

“Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara.

“Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik,” katanya. Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menunjukkan wajah mahasiswa yang dimaksudkan, menyebabkan ia layak dibakul sampahkan selain fitnah tanpa menyertakan bukti kukuh ~ Jalan Pulang

Ini videonya..

  

Cuba korang ulang balik pada part Anwar kata "Daripada rumah I la" dan cuba cakap sendiri dan tengok gerak mulut Anwar, perkataan tu kalau nak disebut memerlukan kita tutup mulut dua kali, iaitu "daripada" dan "rumah", tapi anwar tutup mulut sekali saja...

Kemudia dengar betul-betul pada 0:49 "Apa bende ni semua" ... "tapi kadang kadang, walaupun akhirnya .... tweet banyak masuk tau" ...

Kah..kah.. kah.. siapa tulis skrip ni Gomo woiii?

Orang penang tak cakap macam tu la.. agak-agak le nak buat dubbing suara pun...

Kononnya kata PapaGomo "Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."

Tapi rasuah RM400 pun dia kedarah.. kah.. kah.. kah..

Tengok ni..


Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Pertuduhan Pertama:

Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua:

Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "

Hukuman :

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

Wednesday, 27 February 2013

GEMPAR: Dr Asri buat LAWAK pulak [Tengok gambar neh..]


Dr.Maza pun dah pandai buat lawak dah. Hehe...


PANAS: Ustaz Azhar TIBAI sapa pulak dah neh...

Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah as-Sa'ah (kebinasaan).
Allah, Allah... La haula wala Qawwata illa billah…

Tolak Hukum Allah (Hudud) Tapi Pergi Ke Mekah - Ustaz Azhar Idrus



Sunday, 17 February 2013

HOT: Artis Zed Zaidi pulak terima gelaran Ayahanda

Zed minta masyarakat ubah persepsi mengenai istilah 'ayahanda' yang sering dikaitkan dengan gengsterisme.

Gelaran ‘Ayahanda’ Zed Zaidi Tiada Kaitan Gengsterisme

Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.
“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.
“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dianugerahkan pangkat ‘ayahanda’ oleh Epanco pada Ahad lalu.

Pertubuhan berdaftar itu bertujuan memelihara agama Islam selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Zed berkata, dia tidak perlu berasa bimbang dengan gelaran tersebut kerana ia tiada kaitan dengan unsur gengsterisme seperti yang sering disalah ertikan oleh masyarakat.
“Tiada apa yang perlu saya takut dengan gelaran ini. Saya sendiri panggil bapa saya dengan gelaran ayahanda, adakah bapa saya ketua gengster?
“Sebelum ini pun saya terima pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) daripada Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia) dan ia lebih kurang sama juga dengan pangkat ini (Epanco).
“Cuma istilah sahaja berbeza kerana kebanyakan pertubuhan Melayu memilih istilah ‘ayahanda’ sebagai simbolik seorang ketua,” katanya.
Zed berkata, susulan penganugerahan itu dia bertanggungjawab untuk menarik golongan muda Melayu dan memberikan bimbingan kepada mereka menceburi bidang perniagaan atau politik mengikut kecenderungan masing-masing.~ mStar


Friday, 15 February 2013

VVIP mana pulak di tahan kerana seludup USD1.5 Juta di Buenos Aires ni?

Seorang Peguam menulis dilaman Facebook miliknya.. VVIP Malaysia ditahan di Airport Buenos Aires kerana disyaki seludup keluar wang tunai USD 1.5 Juta .

Mereka ditahan dan dilarang meninggal Negara itu untuk beberapa hari, lebih malang duit USD 1.5 Juta dirampas.

Bila dapat berita ini ada 2 dua perasaan yang timbul 1)kesian dan 2)sedih.

Kesian kerana kebodohan diri yang tidak menghormati undang-undang Negara Argentina...

Mungkin di Malaysia VVIP ini adalah "Penjenayah Yang Dilindungi dan Dihormati" jadi sentiasa terlepas dari siasatan dan pendakwaan segala jenayah-jenayahnya walaupun terlalu banyak aduan dan laporan Polis dibuat.

Ada sahaja "jalan penyelesaian" dan "bantuan ajaib" bagi menyelamatkannya.

Sedih pula kenapa perlu seludup duit jika "duit itu halal" ???

Sedih juga kerana yang tukang bawa beg berisi duit itu adalah "Orang Yang Patut Menangkap Penyeludup Wang".

Mana dia Integriti yang diagung-agungkan?.

Kerajaan Berusaha Gigih Membenteras Masalah Ini dan Pasukan Polis Bukit Aman Bekerja Keras Mengembalikan Kepercayaan Rakyat Kepada Pasukan NAMUN sikap segelintir "makhluk" yang beranggapan bahawa mereka ADALAH "above the Law" TELAH menggagalkan berbagai usaha-usaha yang MURNI yang cuba dilaksanakan.

Rakyat berharap Kerajaan dan Polis Sentiasa Adil Terhadap Isu-isu seperti ini. Amanah Rakyat kepada Kerajaan dan Polis adalah untuk Melindungi Rakyat .

JIKA VVIP bersalah bawa mereka ke Pengadilan WITHOUT FEAR AND FAVOUR.


Siapa VVIP yang dimaksudkannya agaknya??..

Kalau dah dianggap sebagai VVIP takkan lah pemimpin dari Pakatan Rakyat kot.....

Wednesday, 6 February 2013

PANAS: Dr Asri TIBAI sapa pulak dah neh... [Tengok]

Dr Asri:
Kau ingat, tu duit mak bapak kau ka..?
Itu duit rakyat yang bayar cukai...!!


PUNAH: Bendera BN pulak di TERBALIKan...

Apa yang boleh anda katakan setelah melihat gambar ini...? Apakah dia neh memang berbangsa Umno...?

Kahkahkah...

Bagi aku, bendera BN neh memang layak sangat berada dekat dengan punggung sebab setiap kerja buat depa la ni semuanya tengik dan amat busuk... mengalahkan NAJIB... oppss... NAJIS...

Nah amek kaw..!! Bukankah korang yang suka sangat dengan cerita-cerita belakang neh...

Kahkahkah...


Afdlin Shauki bikin GEMPAQ pulak dah... [Saksikan]

Jangan terkejut, Afdlin Shauki ni pro punya. Walaupun dia masih ahli Umno tapi demi sebuah majlis yang meraikan persaudaraan sesama Islam neh terutama dengan Palestin, bab politik boleh tolak tepi punya... Syabas Afdlin...

Anwar sambut kunjungan delegasi pemimpin Hamas

KUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.

Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut.

Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir.

Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu.

Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel.

Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi).

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. ~ KD


Thursday, 31 January 2013

GILIRAN NIK AZIZ PULAK DIBELASAH

Ketara sangat umno dah hilang modal dan idea nak hentam PAKATAN RAKYAT. Setela berminggu-minggu Nurul Izzah kena serang, kini giliran Tok Guru Nik Aziz pulak. Utusan akan belit-sebelitnya kenyataan ini. Agaknya beginilah perangai buruk parti yang dah nak tamat riwayatnya. Moga jadi kenyataan. Amin.

Saturday, 26 January 2013

Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Inside)


RTM dilabelkan sebagai sebuah medium untuk "Rais Tayang Maznah" oleh beberapa orang blogger Pro UMNO yang jelas tidak berpuas hati dengan Media milik Kerajaan itu yang jelas cuba menggelapkan perhimpunan PERKASA baru-baru ini..

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru ini langsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Ulasan Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini sila baca di ( SINI )

Dan ini pula mengenai TV3.. siapa atau kumpulan mana pula yang menguasai stesen TV ini agaknya?

Persoalan timbul apabila ketika Najib riuh rendah mencanangkan di Kelantan kononnya isu air di negeri tersebut akan selesai jika UMNO/BN diberikan mandat untuk berkuasa di Kelantan pada PRU13 nanti.

Media yang jelas ditunggang oleh UMNO/BN tersebut telah menyiarkan satu laporan yang panjang lebar mengenai masaalah air yang berlaku di Pahang..



Adakah kumpulan yang dikuasai oleh Najib dalam TV3 ini juga sudah beralih arah meletakkan diri mereka selari dengan kumpulan yang mahu Najib disingkir dari jawatan Presiden UMNO???