Showing posts with label Besut. Show all posts
Showing posts with label Besut. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Kuala Besut,PAS perlu tambah cawangan dan ahli.


BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.
PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi manakala calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.
BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.Calon PAS PRU 13, Napisah Ismail mendapat undi 6,375.Dengan ini undi PAS merosot 679.Sementara BN merosot undi sebanyak 521,kerana pada PRU 13 ,UMNO mendapat 8809.

Pada saat-saat akhir berkempen di Kuala Besut, Pemuda PAS letakkan PAS sama taraf dengan UMNO.. Tahniahlee!!


Dalam saat-saat akhir tempuh berkempen yang dibenarkan bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia ini telah meletakkan PAS sama tarafnya dengan UMNO..

Sebelum itu ikuti dulu pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan pada 18 Julai lalu..

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut. 

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan. Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. 

Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini. Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan. 

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguam-peguam. Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan. 

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu. 

Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat. 

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut. 

sepenuhnya di SINI

Oleh kerana apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan dan janji-janji itu adalah rasuah kepada rakyat..

Maka tindakan Pemuda PAS seperti di bawah ini telah menjadikan PAS sama dengan UMNO.. kerana rasuah tetap rasuah.. walaupun lima sen nilainya..

Artikel penuh sila baca di ( SINI )

Jadi tak salahlah jika ada macai UMNO menyiarkan artikel dengan tajuk begini..

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )
Lebih menarik lagi tindakan merasuah ini dihebahkan keseluruh alam cyber berserta dengan video.. videonya sila lihat di ( SINI )

Penyokong tegar PAS menyifatkan tindakan ini sebagai "Kempen PAS paling BANGANG di PRK Kuala Besu".. silalah baca di ( SINI )

Thursday, 25 July 2013

Kalau BN menang, saya akan bogel keliling Kuala Besut

Rupa-rupanya dalam menantikan keputusan BN melawan PAS ini, ada juga sebilangan kecil yang cuba mengambil risiko mempertaruhkan maruah diri mereka.

Entah terlebih yakin, atau tersilap 'betting', gadis yang memakai nama Damia Izara ini pada akaun Facebooknya berjanji akan berbogel jika BN menang di Kuala Besut.

BACA LANJUT ..




https://www.facebook.com/damia.izara?fref=ts

Nah, pastinya 'impian' beliau akan pantas di 'print screen' kan untuk hebahan...

Ada berani ka?





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Tahniah! Secara Rasminya BN Kekal Kerusi Kuala Besut, Menang Seluruh Saluran Termasuk Undi Pos..


Secara rasminya SPR telah mengumumkan sebentar tadi bahawa calon dari Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah memenangi Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut.

Beliau telah memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang mendapat 5,696 undi, jumlah undi rosak dan ditolak ialah 125.

Majoriti yang diperolehi oleh Tengku Zaihan ialah 2,592 undi meningkat 158 undi berbanding Pilihanraya Umum 13 lalu iaitu 2,434 undi, walaupun lebih dari RM477 Juta telah dilaburkan disini bagi memikat hati pengundi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh calon PAS menyaksikan kemerosotan berbanding dengan jumlah yang diterima pada Pilihanraya Umum lalu sebanyak 679 undi.

Pada Pilihanraya Umum lalu calon PAS, Napsiah Ismail mendapat 6375undi..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan.. Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

Ni keputusan awal..


Ulasan menarik mengenai keputusan ini sila baca di ( SINI )

Sunday, 21 July 2013

Di Kuala Besut .. Abby Abadi umum dah kahwin 12 hari .. pasti ada yang kecewa..


Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.

Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.

"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.

Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.

Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.

Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.

"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.

Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.

"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.

Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.

Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.

Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. ~ The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah.. pasti ada yang mengigit jari... bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Abby Abadi.. semoga segala fitnah terhadap dirinya oleh macai-macai UMNO akan terhenti...

Baca juga siapa suami Abby itu di ( SINI )

Rumah bekas exco Melaka dipecah masuk ketika beliau sibuk di Kuala Besut


Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di Alor Gajah dipecah masuk awal pagi ini.

Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi ini dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang.

"Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram. Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah.

"Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. - Bernama

Tahun lepas rumah exco Melaka dipecah masuk kerugian RM200,000 baca di ( SINI )

Thursday, 4 July 2013

Kuala Besut,peluang cerah kakitangan kerajaan dapat bonus sebelum raya.

Pilihanraya kecil  Dun Kuala Besut ,Terengganu peluang cerah bagi penjawat awam menerima bonus sebelum menyambut Aidilfitri.Pengundi DUN Kuala Besut juga termasuk  kakitangan kerajaan seperti cikgu, dan tentera.

Semasa PRK Kuala Besut inilah sewajarnya Cuepacs memberi tekanan kepada kerajaan.Untung sabut timbul.

Kuala Besut,PAS perlu pilih calon boleh menang.

                                                  Puan Napisah calon PAS PRU 13 lalu.

Pilihanraya kecil(PRK) berbeza dengan pilihanraya umum,(PRU).PRK calon perlu  lebih mesra pengundi.Memandang Dun Kuala Besut ,pengundi banyak nelayan dan kakitangan kerajaan sewajarnya PAS mesti membuat pilihan yang tepat untuk menentukan siapa yang seharusnya mewakili PAS.