Showing posts with label Apahal. Show all posts
Showing posts with label Apahal. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Apahal pulak Media Jepun lapor macamni tentang Anwar nih?.. marah macai nanti..


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun, JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

Laporan itu turut menyebut Ketua Umum KEADILAN itu antara tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

“Dalam pilihan raya umum yang lalu, pembangkang is memenangi 51% undi. Berbanding parti pemerintah kekal mentadbir walaupun mendapat 47% undi akibat sistem ‘gerrymander (first past the post).

“Parti pemerintah menguasai 60% kerusi parlimen, mengekalkan mereka di tampuk kuasa,” tulis laporan tersebut. ambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.

Laporan turut menyebut parti politik yang menguasai kerajaan Malaysia mengehadkan kebenaran berhimpun dan penguasaan pemerintah keatas media arus perdana.

Liputan berkenaan bersempena kehadiran Anwar ke Jepun kelmarin, selepas dihalang pada 19 Januari lalu apabila pihak berkuasa negara matahari terbit itu memberi alasan Anwar tidak mendapat kebenaran khas kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Acara Anwar di Jepun sangat padat, kerana beliau diaturkan memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

Anwar dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi semalam

“Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

“Acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media,” tulis Anwar di laman Facebooknya, semalam.

Anwar diundang bagi menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund dan menjadi panel di forum anjuran National Graduate Institute For Policy Studies. mengupas tentang ‘Kebangkitan Arab (Arab Awakening) serta kesannya kepada rantau Asia di Tokyo, Jepun.

Anwar menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Hadir sama dalam delegasi beliau ialah ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar,

~ KeadilanDaily

Saturday, 26 January 2013

Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Inside)


RTM dilabelkan sebagai sebuah medium untuk "Rais Tayang Maznah" oleh beberapa orang blogger Pro UMNO yang jelas tidak berpuas hati dengan Media milik Kerajaan itu yang jelas cuba menggelapkan perhimpunan PERKASA baru-baru ini..

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru ini langsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Ulasan Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini sila baca di ( SINI )

Dan ini pula mengenai TV3.. siapa atau kumpulan mana pula yang menguasai stesen TV ini agaknya?

Persoalan timbul apabila ketika Najib riuh rendah mencanangkan di Kelantan kononnya isu air di negeri tersebut akan selesai jika UMNO/BN diberikan mandat untuk berkuasa di Kelantan pada PRU13 nanti.

Media yang jelas ditunggang oleh UMNO/BN tersebut telah menyiarkan satu laporan yang panjang lebar mengenai masaalah air yang berlaku di Pahang..



Adakah kumpulan yang dikuasai oleh Najib dalam TV3 ini juga sudah beralih arah meletakkan diri mereka selari dengan kumpulan yang mahu Najib disingkir dari jawatan Presiden UMNO???

Saturday, 19 January 2013

Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adakan ceramah ni?


Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini.

Adun Kinrara itu berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah

Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan.

Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut.

Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran.

Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah bagi mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

“Syarat-syarat yang dikenakan oleh balai polis Serdang itu telah mendatangkan banyak masalah pada pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Teresa lagi, oleh kerana ceramah diadakan di tepi jalan dan depan restoran, jika anggota unit amal PAS tidak dibenarkan untuk mengawal trafik ia mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika polis mahu menyuraikan ceramah jika kehadiran melebihi jangkaan adalah tidak munasabah kerana pihaknya tidak dapat memastikan peserta kurang daripada 500 orang.

“Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi,” katanya.

Menurut Teresa, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu tetapi polis menolak permohonan dengan alasan tempoh pemberitahuan hanya lapan hari. Dalam Akta Perhimpunan Aman pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program.

`Syarat ketat’

“Saya dan pembantu saya mendapati polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman.

“Sebelum adanya akta itu, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari.

“Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak penduduk persekitaran tapak ceramah membantah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak orang ramai membantah,” tambah beliau.

Teresa berkata, objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur mengadakan program atau perhimpunan dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program.

“Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihanraya yang akan datang.

“Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami.

“Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini,” kata Teresa lagi.


~ Free Malaysia Today