Showing posts with label berkhalwat. Show all posts
Showing posts with label berkhalwat. Show all posts

Friday, 8 March 2013

Kakitangan awam didenda RM1800 kerana berkhalwat

SEREMBAN – Seorang penjawat awam didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang wanita warga Indonesia, di sebuah rumah, dekat Mantin, di sini, Jumaat lalu.

Miswandi Samin, 54, dan pasangannya Dewi Maryanti, 23, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor di hadapan mereka selepas masing-masing membuat pengakuan bersalah.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd Helmi Nasran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan Wan Mohd Helmi selepas dia gagal memberi alasan sebab kes tersebut tidak boleh dijalankan secara terbuka.

Mengikut pertuduhan, Miswandi yang bekerja di Putrajaya bersama pasangannya, seorang pekerja kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram, kerana kedua-duanya bukan mahram atau suami isteri dengan berkurung sehingga menimbulkan syak.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma Villa di Kolej Lagenda, Mantin, kira-kira 5.15 petang.

Miswandi merupakan bapa kepada dua anak dalam rayuannya mengaku menyesal atas perbuatan dilakukannya dan ia merupakan kesalahan kali pertama.

Wan Mohd Helmi berkata, tertuduh yang akan bersara tahun hadapan sepatutnya menjaga nama baik jabatan tempat dia bekerja


sumber sini


PBO: Itu baru hukum dunia.





Monday, 4 February 2013

Dua isteri bermadu berkhalwat dengan lelaki yang sama serentak

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.


Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.


“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.




Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.


“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.



Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.


Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.


“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.


sumber sini