Showing posts with label Padang. Show all posts
Showing posts with label Padang. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Gambar-gambar terkini sekitar Padang Merbok yang mula dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat..


Bukan salah ejaan, tapi memang dinamakan 'Nasi Berani' bukannya 'Nasi Beriani' sempena himpunan Black 505..

Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti.

Krew Harakahdaily yang meninjau sekitar jam 10.00 pagi ini melaporkan kenderaan bergerak lancar di kedua-dua jalan bersebelahan tempat himpunan itu.


Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.



Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan. Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Dataran Merdeka ditutup kepada awam..

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.





Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.




Di Jalan Raja Laut
Hadapan SOGO
Petaling Street


Masjid Negara


Sedang bergerak..

PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir ke Padang Merbuk ..


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur telah dilaporkan turut hadir di Perhimpunan Black 505 di Padang Merbuk hari ini.

Beliau telah dilihat bersama-sama dengan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin..

Bagaimanapun kehadirannya bukanlah sebagai tanda beliau menyokong himpunan tersebut, kerana kita sedia maklum jika beliau menyokong himpunan ini tak lama dah la jawatan Menteri tu dia pegang..

Kehadirannya ialah untuk memujuk dan meminta penganjur Blackout 505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka..

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, ketika ini perbincangan masih berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan itu.

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka.

"Penganjur sepatutnya mengikut peraturan dan tidak bertindak atau provokasi yang boleh mencetuskan keadaan tidak menyenangkan," katanya ketika ditemui di kawasan Padang Merbok sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika penganjur masih enggan mengubah lokasi perhimpunan.

"Jika bersetuju, penganjur bokeh dapatkan permit daripada polis," katanya ~ Berita Harian

Perkara ini telah disahkan oleh Rafizi dan tiada sebarang perubahan katanya..

"Perhimpunan #Black505 hari ini ttp diadakan di #pdgmerbok622. Jgn dengar khabar2 angin bhw ada pertukaran tempat. Terus berkumpul"


Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

LIVE dari Padang Merbuk!!..Saksikan!!


Tepat jam 2.00 petang, 22 June 2013 para peserta himpunan Black 505 yang datangnya dari seluruh negara telah mula bergerak ke Padang Merbuk dari tujuh lokasi berhimpun yang telah ditetapkan..

Di beberapa buah lokasi berhimpun Pihak Polis telah menunjukkan sikap proffesional sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Malaysia dengan membantu mengawal lalu lintas..

Ivy Josiah melalui Twitternya @ivyjosiah melaporkan..
#PdgMerbok622 Brickfields group marching. Police is helping with traffic:) #Black505
Lee Khai Loon @leekhailoon pula melaporkan..
The possession sing "tq polis" 2 show appreciation 2 polis who control traffic & safety of protestors! Reach Bangsar LRT Station. #black505


Berikut adalah LIVE Streaming yang dibawakan oleh JMR TV...

Jika ditakdirkan siaran langsung ini terputus.. sila lihat di SINI

Dan cuba tengok kat sini Menteri mana yang hadir ni.. lihat SINI