Showing posts with label Minta. Show all posts
Showing posts with label Minta. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Polis minta Penyokong Anwar supaya bertenang..


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

"Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

"Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Bertenanglah ni.. tak percaya tengok gambar-gambar kat Kajang ni...mana ada kecohpun..



Bagi kami di Permatang PAuh ni.. yang rapat dengan Anwar Ibrahim.. kalau minta dia bertenang.. nanti dia akan jawab "Bertenangla... tak kena kat hang!.. cuba kena kat hang"..

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Monday, 3 March 2014

Gara-gara keceluparan Zahid menghentam Syiah, BN minta bantuan PAS?


Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam. 

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

~ The Malaysian Insider

Monday, 24 February 2014

KeAdilan minta penjelasan Suara KeAdilan kerana siar artikel Hishamuddin Rais?


PKR yang seringkali memperjuangkan kebebasan media dikatakan mengeluarkan arahan meminta akhbar rasmi mereka, Suara Keadilan untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

Menurut satu sumber, arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian.

"Seseorang daripada pemimpin PKR tidak berapa senang dengan tulisan artikel tersebut kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali secara keterlaluan, tambahan pula ia disiarkan di akhbar rasmi parti sendiri. Kerana itu mereka meminta penjelasan bagaimana artikel itu dilepaskan untuk disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

"Tidak ada penarikan, saya tidak dengar mengenai itu, Suara Keadilan hanya diminta beri penjelasan dan ia disampaikan melalui komunikasi tertentu, tiada surat atau apapun," katanya.

Artikel "Khalid dan Azmin" ditulis Hishamuddin dan disiarkan dalam ruangan kolumnis Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu, dan turut disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR," tulis artikel tersebut.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin dalam artikel tersebut.

Hishamuddin ketika diminta mengulas tulisan itu, menegaskan beliau mengeluarkan pandangan secara peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

"Memang saya bertanggungjawab 100% setiap tulisan saya, namun selepas ia disiarkan, sahih atau tidak itu terpulang kepada pembaca untuk menilai, sekiranya mereka merasakan sebegitu, maka ia diluar kemampuan saya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Hishamuddin, beliau mengamalkan kewartawanan Gonzo dalam penulisannya.

"Saya tidak kata siapa-siapa, siapa yang terberak dialah yang terbau kentot," katanya.

Kewartawanan Gonzo merujuk kepada gaya kewartawanan yang ditulis tanpa tuntutan objektiviti sebagaimana laporan di mana seseorang wartawan juga dimasukkan sama.

Perkataan "Gonzo" mula digunakan pada tahun 1970 untuk menggambarkan satu artikel yang ditulis oleh Hunter S Thompson. Kemudian ianya menjadi pop.

Istilah 'gonzo' telah ditakrifkan dalam kesusasteraan akademik sebagai cara dan bentuk penulisan yang bertenaga di mana penulis juga menjadi protagonis.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan parti itu ada mengeluarkan arahan penarikan atau meminta Suara Keadilan memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel tersebut, bagaimanapun mengakui isu tersebut ada dibincangkan.

"PKR tidak langsung mengeluarkan sebarang arahan meminta Suara Keadilan menarik kembali artikel atau memberi penjelasan, tambahan pula isu berkenaan kini masih lagi berada di tahap perbincangan," katanya.

Beliau juga menegaskan pihak parti memahami dan menyokong kebebasan media, kerana itu memutuskan Suara Keadilan bergerak bebas biarpun dikenali sebagai lidah rasmi parti.

"Isunya di sini apabila terdapat sesetengah pemimpin yang namanya dikaitkan dalam artikel tersebut menyuarakan hal itu, bagaimanapun parti masih tidak memutuskan apa-apa lagi, dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik malam ini," katanya.

Saturday, 22 June 2013

Minta Izin Untuk Berzina

Pernahkah anak lelaki remaja atau anak perempuan remaja anda meminta izin untuk melakukan dosa? Ya, saya setuju, ini soalan gila. Apahal pulalah saya tiba-tiba utarakan persoalan sebegini. Kalau ditanya langsung depan seorang bapa, peluangnya agak cerah untuk saya… ‘makan’ penampar, jawabnya.

Bagi soalan yang lebih lembut, kurang bersifat ‘personal attack’, bagaimana kalau kita sebagai guru, ustaz, penghulu atau ADUN, tiba-tiba didatangi seorang anak muda meminta izin untuk melakukan zina? Jawabnya, yang bertanya itu pula yang berpeluang ‘makan’ penampar.

Tentu kita tidak terbayang soalan sebegini akan keluar dari mulut generasi muda Islam kita. Tetapi bagaimana 10, 20 30 tahun akan datang sekiranya generasi muda masih dialpa kan dengan segala macam bentuk godaan berunsur seksual. Di suatu zaman akan datang ktika mana generasi muda cetek ilmu dalam gelodak nafsu. Di suatu zaman futuristik di mana gejala keruntuhan akhlak golongan muda berada pada tahap paling kritikal.

BACA LAGI ...


Baiklah saya tidak memanjang perkara yang kita rasa amat tidak logick tidak rasional dan tidak masuk akal, so to speak.

Namun ketahuilah, percayalah, terdapat suatu kisah di zaman nabi mengenai seorang pemuda yang meminta izin untuk melakukan dosa. Dosa bukan sebarangan dosa. Dosa zina. Dosa yang sangat hina. Serasa saya, kisah ini mungkin berlaku di peringkat awal perkembangan Islam.

Mungkinkah pemuda ini telah terbiasa dan seronok melakukan zina semasa jahiliyah sebelum memeluk Islam? Mungkinkah, apabila turun ayat al-Quran memerintahkan zina diharamkan, pemuda ini menjadi resah dan gelisah, lalu mencuba nasib berjumpa nabi meminta kebenaran. Manalah tahu, kalau-kalau dapat kelonggaran dan pengecualian.

Kisah ini bukan nukilan dalam kitab hikayat tetapi bersumberkan hadis di Musnad Imam Ahmad [No Hadith 21185]

Maksudnya: “…dari Abu Umamah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda menemui Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah s.a.w.! Izinkan aku untuk berzina. Orang ramai menghampiri lalu melarangnya, mereka berkata: “Jangan, jangan.” Rasulullah s.a.w. bersabda: "Marilah." Dia mendekati Baginda s.a.w. lalu duduk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah S.A.W., semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda lagi: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan ibu-ibu mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan anak perempuanmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: “Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan anak-anak perempuan mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai untuk orang berzina dengan emak-emak saudara dari sebelah ayahmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukainya orang berzina dengan emak-emak saudaramu dari sebelah ibumu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan Baginda s.a.w pada pemuda itu dan berdoa: "Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah mengerling mana-mana wanita pun.”

Sejak itu juga, zina adalah dosa yang paling dibencinya.

Wahai anak-anak muda lelaki dan perempuan sekelian,

Wahai bapa-bapa, ibu-ibu, kakak-kakak, abang-abang… kepada anak-anak muda ini. Ketahuilah!

Nasihat nabi s.a.w. kepada pemuda ini, meresap jauh ke dalam hati. Pada zaman ini disebut pendekatan psikologi. Sebahagian manusia moden menganggap ia idea dan kaedah baru. Padahal, nabi sudah laksanakan lebih 1400 tahun yang lalu.

Oleh itu, setiap ibu, kakak, adik perempuan atau setiap wanita bagi setiap keluarga, berilah pesanan dan peringatan kepada setiap lelaki di dalam rumahmu, dari kalangan ahli keluargamu, katakanlah;

“wahai anak lelakiku!”

“Wahai abangku!”

“Wahai adik lelakiku”

“Janganlah dikau lakukan zina dengan mana-mana wanita.

Sekalipun kau suka, dia pun suka!”

“Jangan kau tergamak merosakkan kesucian,

mana-mana perempuan,

sekalipun dirimu diberi keizinan,

secara rela atau dalam keterpaksaan.”

“Sanggupkah engkau, jikalau...

ibumu ini dirosakkan orang,

kakak mu dipermainkan,

adik perempuan mu dilarikan.”

“Sanggupkah dirimu, kiranya....

orang tersayang dari keluargamu diperdayakan,

direnggut kesucian,

dihancurkan kegembiraan,

masa depan kabur dan kelam,

dibayangi hukum dan pembalasan dosa,

di dunia dan di akhirat sana”

“Demi keredaan illahi

demi kasih kami selama ini

jauhilah dosa zina, jangan ia didekati

“wahai anak lelakiku!”

“Wahai abangku!”

“Wahai adik lelakiku”

Justeru…

tundukkan pandangan,

Jangan dilihat, disentuh dan diimaginasikan

yang tidak halal dan larangan

Nafsu, syahwatmu dan keinginan ...

jangan sampai luar kawalan,

hadith sahih ini jadikan ingatan;

“…dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: "… Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti (berkesudahan) atau ditolak (tidak berkesudahan) oleh kemaluan." [Muslim, Sahih Muslim. Kitab Takdir. No Hadith 4802]

Untuk artikel lengkap, ziarahilah :-

hisham-ahmad.blogspot.com


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Saturday, 20 April 2013

BUANG NAJIS MERATA-RATA, MINTA PAS TOLONG CUCI, INI TABIAT UMNO

ISU kalimah Allah makan tuan. Biarpun media haprak pencacai Umno cuba untuk mainkan isu ini termasuk beberapa ekor 'kontraktor cari makan' seperti Hassan Jati dan Us Nasha juga Zul Kulum menangguk di air longkang di dalam isu ini.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Jawapannya sudah diketahui oleh rakyat tentang persoalan siapakah yang sebenarnya bertangungjawab di dalam isu ini. Seperti yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Umno tidak boleh lari untuk menjawab isu yang mereka mainkan sekarang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu. "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam kelmarin.


Sekarang Umno mahu jawab apa lagi? Presiden PAS sudah jelaskan bahawa PAS tetap berpegang kepada keputusan Majlis Syura parti tersebut. DS Anwar Ibrahim juga bersetuju dengan Presiden PAS di dalam isu ini walaupun di pihak DAP mungkin agak kabur. Tetapi itu tidak menghairankan kerana sebagai Non Muslim, mana mungkin mudah untuk memahamkan orang seperti Karpal Singh. Lagi pelik pemimpin Umno yang mengaku Islam itu, usahkan mahu faham bahkan pemimpin mereka benarkan dan keluarkan lesen atau permit percetakan kitab Bibble di dalam Bahasa Melayu tersebut.


Isu ini hendaklah kita perjelaskan di dalam setiap ceramah penerangan kita kepada rakyat di seluruh pelusuk kampong, terutamanya kepada umat-umat Islam agar mereka mengerti bahawa Umno adalah parti yang masih berkuasa dan terus membenarkan benda yang pelik ini berlaku. Mereka buang najis merata-rata, mereka lari dan minta orang lain tolong cucikan.


OLEH: WFAUZDIN NS





Friday, 15 February 2013

Ribuan peminat minta Superstar Korea Selatan, Psy agar tidak menjadi alat politik Barisan Nasional ..


Matlamat utamanya ialah menggunakan Superstar dari Korea, Psy sebagai sebagai tarikan untuk meramaikan rakyat Malaysia terutamanya dari Pulau Pinang sendiri agar hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional.

Secara mudahnya Psy akan digunakan sebagai alat politik oleh Barisan Nasional bagi menumpang popularity meskipun terpaksa mencari penaja untuk menaja sehingga RM2 Juta untu membawa masuk Superstar itu.

Suatu masa dulu Red Carpet pernah membatalkan hasrat mereka untuk membawa masuk artis tersebut kerana tiada pihak yang sanggup untuk menaja kehadirannya itu.. sila baca di ( SINI )..

Tetapi kali ini entah siapa yang dijadikan mangsa .. Barisan Nasional Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan penaja untuk membayar RM2 Juta bagi Psy mempersembahkan sebuah lagu..

Menyedari akan hakikat Psy akan dijadikan sebagai alat politik oleh UMNO/BN..

Sejurus selepas Superstar dari Korea Selatan Psy akan mengadakan persembahan dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang, laman Facebook beliau dibanjiri dengan ribuan komen-komen dari peminatnya di Malaysia meminta beliau agar tidak menjadi alat kepada Barisan Nasional.

Satu pesanan yang agak panjang dalam bahasa Inggeris telah di ‘copied and pasted’ di hampir kesemua Psy updates di laman Facebook beliau..


Nak tengok lagi ribuan komen yang meminta Psy agar tidak datang ke Malaysia.. silalah lihat di Psy Official Facebook di ( SINI )

Apalah malangnya nasib BN ni.. nak tumpang populariti Psy tapi keburukkan pentadbiran mereka pila didedahkan dalam Facebook Psy...

Sekarang sudah puluh berapa juta rakyat negara luar yang meminati Psy tahu akan keburukkan pentadbiran Barisan Nasional itu agaknya??

Cybertrooper belaan UMNO mana? nak tengok saja ke?

Ke tak faham bahasa Inggeris???.. kah..kah..kah..

Sunday, 20 January 2013

Minta Tolong Support Bisnes Gua....

Bro and Sis... sekalian, di sini gua nak minta tolong dengan lu orang semua untuk bagi support sikit pada perniagaan gua nih....

3 bulan lepas gua dah buka sebuah kelab hiburan, lu orang tau laaaa... gua ni jiwa Rock beb... ROCK....!!!! wa cakap luuuuu....., so... gua tak pandai nak buat bisnes lain selain daripada bidang gua... iaitu hiburan. Jadi gua bukak laaa... Kelab Hiburan yang gua namakan MRS.

Makanan yang gua hidangkan dalam Kelab gua tu... semuanya HALALAN Toya aBAH gua dengan harga berpatutan... rugi woooo... kalau lu orang tak try... hahahaha...

Menu Utamanya...
Laksa Penang, Char Kwey Teow, Mee Rebus Jawa, Kari Kapla Ikan, Sup Tulang Biawak Komodo, Sup Lidah, Sup Gear Box...

Pencuci Mulut...
Banana Bersepah, Nananana... kita nyanyi bersama, hehehe... kita Comolot...., Raba-Raba... Romen-Romen... (ikutkan pada nama hidangan tuuuu... memang pelik sikit sebab gua mahukan kelainan... tapi gua jamin 110% sedap dan lu orang pasti teruja...)

Minuman;
Air Durian Belanda, Airmata Kucing, Airmata Anjing, Airmata Lembu NFC, Air Mata Bujang Senang dan banyak lagi aarrrr.... Air Kencing Setan gua tak jual ok.... gua nih bertaraf Ayahanda gua tau apa itu "Amal Maaruf, Nahi Mungkar"... jangan berpandangan serong pada gua... pleaseeee.....!!!! Betulkan persepsi lu orang semua...

Pelayan..., perghhhhh... yang perempuan semuanya bertudung labuh mengikut lunas dan hukum Islam. Pelayan lelaki dan pembancuh air semuanya berjubah labuh siap berserban lagi... jadinya lu orang pasti takan keciwa wa cakap luuuuuu.....!!!!


Live Band..???., adaaaa.... lu orang nak Band mana sebut jer.... gua bagi yang terbaaaeeeekkkkk..... punyeeaarrrr...!!!! Bengong pun ada jugakkkk..... hahahaha...

Meh.... lerrr.... Bro and Sis..., berkunjunglah ke Kelab gua.... lu orang pasti takan menyesal punyalahhhh..!!!!

Siapa lagi nak support orang melayu kalau bukan orang melayu sendiri kaaannnn.... lagipun kita semua bersaudara sebagai Melayu Islam. Jangan fitnah gua ok... gua cari rejeki halal....

p/s: Rock.... Rock jugak.... Solat jangan tinggal beb... kalau tinggal Solat maknanya boleh laaa... bukak Kelab Hiburan... muakakakakaaaa....!!!!