Showing posts with label harga. Show all posts
Showing posts with label harga. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

GEMPAQ: Ada harapan HARGA barang akan naik lagi [Tengokla KENAPA...]

Hadiah PRU: Harga minyak RON95 akan naik ?

Minggu lalu semasa berada di stesen minyak menunggu giliran, penulis sempat bersembang dengan seorang pemandu lori yang juga sedang menunggu giliran di pam minyak. Beliau memberitahu penulis dia ada mendengar desas-desus bahawa harga minyak RON95 akan naik sebelum hujung tahun ini.

Berita tersebut adalah satu lagi tamparan kepada rakyat selepas mendengar berita bahawa tarif elektrik juga akan dinaikkan. Ini bererti mula bulan Januari tahun depan, harga minyak RON95 dan tarif elektrik akan mengalami kenaikan serentak.

Pada masa kini, Polisi Gaji Minima RM900 masih belum dilaksanakan lagi. Pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah pun sudah penat menunggu, seperti menunggu kucing bertanduk sahaja. Ramai daripada mereka telah pun merungut bahawa harga barang semakin naik sementara gaji mereka tidak naik.

Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak menang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), maka ramai warga miskin dan golongan berpendapatan rendah bakal mengalami masa depan yang malap apabila tiba bulan Januari nanti kerana kerajaan tidak berupaya mengawal kenaikan harga barang.

"Apa sudah terjadi kepada slogan 'Rakyat Didahulukan' yang sering dilaung-laungkan oleh Kerajaan BN?

Justeru itu, berita yang paling buruk untuk kebanyakan warga marhaen pada tahun ini ialah: Pakatan Rakyat kalah PRU13. Ini adalah kerana jika Pakatan menang, harga minyak sudah diturunkan dan harga barang lain akan distabilkan pada paras ketika itu juga," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.


Saturday, 22 June 2013

Harga murah PROTON Saga SV, siapa kena kencing?

Proton Saga SV. Proton melancarkan siri terbaru Saga SV – Saga Super Value (SV) mereka dengan harga RM33, 888.00. Harganya agak berpatutan dan berkurangan dari harga model sebelumnya. Ia dilancarkan Sabtu lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara.

Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock. Ia dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Proton buat gempak dengan baner mereka dengan kadar bayaran RM250 sebulan. Itulah yang cuba dipertikaikan. Adakah RM250 sebulan yang benar-benar RM250 sebulan sepanjang tempoh pinjaman. Pembeli diminta tanya apakah maksud tanda bintang pada harga tersebut dan cuba darab RM250 x 9 tahun=??

Cuba kita kirakan….

baca lanjut:



Harga kereta, RM33, 888.00. Bayaran deposit untuk pembelian kereta biasanya 10% iaitu RM3388.00. Baki adalah sebanyak RM30 500.

RM30 500 akan dipinjam dengan kadar faedah sebanyak 2.85 setahun [anggaran - maklumat salesman]. Faedah untuk 9 tahun [jumlah tahun paling lama dibenarkan Bank Negara] adalah sebanyak RM7823.25 dan bayaran bulanan untuk 9 tahun [pinjaman + faedah] ialah sebanyak RM354.85

Jadi Proton dah bagi gempak dengan RM250 sebulan. Gempak Proton menjadi untuk mengelirukan pembeli. Betullah RM250 tetapi mungkin hanya untuk tahun pertama atau hingga tahun kedua, selepas itu bayaran bertambah lagi banyak.

Jadi bakal pembeli janganlah teruja sangat!! Adat orang berniaga, bohong tu..bohonglah juga. -


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Raja Noor Jan Shah mendakwa gelaran yang diberikan kepada ketua Naning oleh Belanda pada 1800 sebagai tanda penghargaan kerana membekalkan tenaga kerja untuk memperbaiki pelabuhan Melaka ketika itu dan pemegang gelaran tersebut tidak mempunyai darah diraja.

"Oleh itu keturunannya hanyalah seorang rakyat biasa dan tidak berhak mengurniakan gelaran diraja," kata Raja Noor Jan Shah.

Menurutnya jika terdapat sebarang gelaran diraja dikurniakan oleh keturunan Sultan Melaka, beliau sepatutnya yang melakukannya.

Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 berkata, beliau merupakan Raja Kesultanan Perak yang sah dan telah mengurniakan pelbagai gelaran kepada individu yang layak sejak 2005.

"Istiadat pengurniaan saya diadakan untuk menghargai mereka yang memberi sumbangan kepada Melaka dan Perak," katanya.

Raja Noor Jan yang mendakwa turut memiliki persalinan Kesulatanan Melaka termasuk dua keris berkata, beliau akan mengadakan satu lagi majlis perjumpaan pada 19 November di Melaka.

Dakwanya, semua persalinan diraja disahkan sebagai harta pusaka oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti

Dalam perkembangan berasingan, dakwaan mengenai pengurniaan gelaran oleh Undang Luak Naning dijual dengan bayaran yang tinggi mula tersebar.

Setiausaha sulit kepada Abdul Latif berkata, terdapat segelintir individu yang mendakwa sebagai penerima gelaran itu tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai penerima gelaran Datuk oleh Undang Luak Naning ke-19 tersebut.

Sementara itu, Datuk Paduka Seri Syahbandar Omar Ali yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Lembaga Adat Naning berkata, Abdul Latif dipecat pada 2011.

Syahbandar mendakwa Abdul Latif merupakan warga Singapura dan menyebabkan beliau dipecat oleh lembaga tersebut selepas mendapati beliau tidak mempunyai keturunan darah Raja Naning.

"Dia dianggap sebagai Undang Luak Naning yang tidak sah kerana lembaga yang melantiknya pada 2004 mengetepikannya tujuh tahun lalu. Dia tiada hak untuk mengurniakan gelaran Datuk," katanya.

Laporan dari mStar ini tidak mendedahkan berapa harga untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' itu tetapi ianya didedahkan oleh The Star..

Wednesday, 30 January 2013

Resit Jabatan Pendaftaran Negara dijual dengan harga RM250 bagi membenarkan pendatang asing mengundi..


Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.

Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.

"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.

Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.

Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.

Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.

Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.

Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.

"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.

"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.

Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran."

Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.

Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".

Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok ~ The Malaysian Insider