Showing posts with label Pinang... Show all posts
Showing posts with label Pinang... Show all posts

Friday, 7 March 2014

Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang..


Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai anak saudara kepada timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia diselamatkan oleh nelayan sejauh kira-kira 500 meter dari KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, tempat di mana dia dipercayai terjun.

Polis marin tiba tidak lama kemudian dan membawanya ke pangkalan di Batu Uban.

Beliau kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.

Pada 6 Jun 2013, tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.

Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ~ mStar

 
Anak sedara siapalah ni???

Wednesday, 26 February 2014

Kalaulah gerai yang diroboh ni di Pulau Pinang.. riuh rendahlah 1Malaysia...


Hujung Januari lalu satu kekecohan yang melibatkan keganasan telah tercetus bilamana pihak Penguatkuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Insiden itu telah dikecam oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata "Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang".

Tambahnya lagi "Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

Haji Mohd Rashid turut membidas pihak Polis yang berada ditempat kejadian tapi tidak mengambil sebarang langkah pencegahan.

"Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan."

Laporan penuh dan gambar-gambar tentang insiden itu sila baca di ( SINI )

Itu apa yang berlaku di Pulau Pinang, bilamana operasi merobohkan binaan haram yang biasanya dijadikan gerai-gerai di atas tanah milik kerajaan negeri pasti tercetus kekecohan..

Biasanya yang mencetuskan kekecohan itu pula adalah golongan yang sama, yang mendakwa merekalah pejuang bangsa..

Itulah untungnya Melayu Pulau Pinang.. punya pembela yang perkasa dari PERKASA..

Tapi berbeza sungguh nasib Melayu Pulau Pinang dengan nasib Melayu di Terengganu ini.. gerai mereka dirobohkan kerajaan yang didominasi oleh UMNO tapi tiada siapa yang peduli...

Kedai diroboh tanpa notis, mohon penjelasan

MARANG – Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung status tanah diambil kontraktor bagi melaksanakan projek pembesaran jalan di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dari Merchang ke Jambu Bongkok, dekat sini.

Penduduk yang tinggal dan berniaga di sepanjang jalan utama berkenaan, kini bingung kerana mendakwa tidak mendapat sebarang pampasan kesan daripada pelaksanaan projek tersebut.

Seorang peniaga roti, Norhashimah Mamat yang menjalankan perniagaan di situ berkata, tiada hitam putih atau dokumen rasmi serta pengesahan terutama mengenai pampasan yang akan diberikan selepas kedai mereka dirobohkan pihak berkaitan.

“Takdok (tiada) orang kerajaan mari (datang) beritahu apa-apa sampai ke hari ni. Exco pun takdok mari jumpa dengan kita,” katanya yang turut mendakwa sudah ke pejabat tanah daerah bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Lebar jalan masuk sempadan tanah milik penduduk

Norhashimah berkata, dia dan keluarganya tidak berpuas hati dengan pihak berkaitan dalam menguruskan projek tersebut terutama berkaitan sempadan tanah.

Dia mendakwa, kerja-kerja pelebaran jalan turut memasuki ke sempadan tanah miliknya walaupun batu penanda sudah diletakkan di hadapan kedainya.

Katanya, dia turut bimbang apabila ada ura-ura mengatakan tanah yang sudah termasuk dalam rizab jalan berkenaan tidak akan dibayar pampasan.

“Macam mana masa kita nak dapat kelulusan bina gerai dulu, dia terima geran tanah ni dan dok (tidak) timbul soal di mana tanah rizab dan sempadan jalan? Ler ni (sekarang), timbul pasal tanah rizab pulok (pula) masa nak ambil tanah ni semula,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 15 rumah, tujuh premis perniagaan dan lebih 30 gerai jualan makanan terutama gerai jagung terjejas akibat projek pelebaran jalan berkenaan.

Peniaga jagung dikatakan mampu memperoleh hasil jualan antara RM200 sehingga RM300 sehari dan pendapatan meningkat sekali ganda pada hari minggu serta cuti am, namun mereka kini tidak dapat meneruskan perniagaan itu.

Minta beri penjelasan, elak rakyat keliru

Luahan dan keluhan sebahagian penduduk serta peniaga terbabit dimaklumkan kepada Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mengadakan tinjauan sambil menziarahi mereka yang tinggal dan berniaga di tepi jalan utama berkenaan.

Susulan aduan berkenaan, Mohd Nor mendesak agar kerajaan negeri membuat satu kenyataan rasmi berhubung projek pelebaran jalan tersebut kerana ia menimbulkan banyak persoalan sekali gus memerlukan penjelasan lanjut.

“Persoalan seperti siapakah kontraktor yang dapat projek ini? Kenapa ia dijalankan secara tidak teratur, tanpa notis dan pemberitahuan umum terutama kepada penduduk serta peniaga terlibat di sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan berkenaan.

“Juga, berapakah pampasan yang akan diberikan kerajaan kepada penduduk dan peniaga yang 100 peratus Melayu sebagai ganti rugi ke atas perniagaan mereka,” katanya.

Mohd Nor juga meminta kerajaan menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung sempadan tanah yang dikatakan sudah diambil sejak 1963 lagi, kerana ada beberapa penduduk mengadu bahawa sempadan tanah milik mereka tidak jelas.

“Sehingga kini, masih tiada wakil kerajaan atau Exco datang bagi menjelaskannya,” katanya.

Turut libat tanah perkuburan

Dalam pada itu, penduduk turut mendakwa masalah pelebaran jalan berkenaan bukan hanya melibatkan penduduk dan peniaga jagung, tetapi juga kawasan tanah perkuburan yang terletak berdekatan Kampung Pasir Putih.

Mengulas isu tanah perkuburan itu, Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu berkata, kontraktor terbabit perlu lebih prihatin dengan kerja-kerja pelebaran jalan apabila membabitkan kawasan tanah perkuburan.

“Walaupun kubur lama, mereka sepatutnya lihat jajaran kubur ini dahulu dengan nasihat daripada pihak berwajib dan orang kampung yang tahu kedudukan kubur-kubur ini.

“Dalam Islam, kita percaya sesetengah mayat mungkin tak mudah reput, jadi sepatutnya kita gali dan pindahkan mayat-mayat ini sebagai menghormati mayat serta ahli keluarga,” katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pendedahan tersebut bukan bertujuan menolak sebarang pembangunan, tetapi ia seharusnya dilaksanakan dengan memikirkan kesan kepada masyarakat.

“Ia juga bagi memastikan semua projek pembangunan yang menggunakan duit rakyat, dapat dilaksanakan dengan betul dan telus kerana projek ini akan dinilai semua pihak,” katanya.

Bagi mengulas lanjut, Sinar Harian turut menemui Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang yang juga Adun Pengkalan Berangan dan beliau berkata, akan menyiasat mengenai dakwaan penduduk itu.

~ Sinar Harian

Saturday, 16 February 2013

Sebab Psy tak gaul 'Yee Sang' dengan Najib didedahkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang..


Jika semalam Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow telah memberikan penjelasan tentang insiden 'Yes for Psy.. No for BN' (sila baca di SINI ), hari ini beliau telah menjelaskan tentang mengapa Psy tidak turut serta untuk menggaul 'Yee Sang' bersama Najib pula..

Psy telah dilaporkan membiarkan Najib dan Rosmah serta gerombolannya ternganga-nganga selama lebih dari lima minit di atas pentas, namun begitu hingga ke akhirnya Psy tetap tidak hingain menggaul 'Yee Sang' bersama Najib.. video kejadian sila lihat di ( SINI )

Ini apa yang dinyatakannya kepada The Malaysian Insider..

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengatakan hari ini mereka telah diberitahu untuk memastikan polis bersiap sedia kerana penyanyi rap itu menerima ancaman maut sebelum tiba di Malaysia.

Beliau menafikan spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai “Yee Sang” dengan pemimpin BN.

Teng mengatakan kelewatan Psy muncul disebabkan faktor keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap dirinya.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” katanya.

Beliau mengatakan Psy telah menerima ancaman bunuh jika beliau datang ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan.

Beliau menafikan penyanyi pop Korea Selatan itu enggan untuk “low sang” (melambung Yee Sang) dengan pemimpin BN, mengatakan acara tersebut tidak termasuk dalam program Psy.

Beliau mengatakan Psy tidak tahu apa itu “low sang” oleh kerana ia tiada dalam aturcara programnya, mka pasukannya terpaksa menerangkan kepada penyanyi tersebut.

“Selepas selesai menerangkan kepadanya, semua sudah habis,” katanya.

Beliau mengatakan pengacara majlis tidak mengikut aturcara sehingga menyebabkan ‘salah faham’.

Teng menambah membawa Psy ke Pulau Pinang adalah cara menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang beliau menunaikan janjinya.

“Apa yang saya mahu beritahu rakyat Pulau Pinang, apa yang saya janjikan, akan saya tunaikan,” katanya.

Beliau menambah, jika rakyat yakin kepadanya, beliau akan membawa penyanyi terkenal lain ke Pulau Pinang dan tidak semestinya hanya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Teng mengatakan beliau mempunyai kawan dalam industri yang menawarkan untuk membawa penyanyi terkenal Korea Selantan itu dan semuanya ditanggung oleh penderma swasta..

“Ia ditaja oleh penderma swasta yang tidak mahu dikenali kerana takut dijadikan “mangsa” jika identiti mereka didedahkan,” katanya ~ The Malaysian Insider

Menariknya dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat itu, pembohongannya terdedah bilamana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan Polis hanya menerima laporan tentang cubaan sabotaj.. tapi tak ada laporanpun kononnya nyawa Psy diancam..

Baca nih!!

The Malaysian Insider


Apa?.. dia ingat semua rakyat Malaysia ni boleh diperbodohkan macam macai-macai UMNO ke?