Showing posts with label BLACKOUT. Show all posts
Showing posts with label BLACKOUT. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Ini surat dari Jusuf Kalla menafikan laporan Berita Harian kononnya “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”


Mantan Timbalan Presiden Indonesia M Jusuf Kalla menafikan beliau diwawancara oleh Azharri Siddiq mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk membiayai aktiviti Perhimpunan Blackout 505.

“Pertemuan saya dengan Azharri pada 1 Jun lalu hanya silaturahim singkat kerana diatur oleh seorang anggota Parlimen Indonesia,” kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Kuala Lumpur semalam, di mana sesalinannya difakskan kepada ibu pejabat PKR.

Jusuf Kalla menjelaskan demikian sebagai merujuk kepada artikel akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2013 di bawah tajuk “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Ujarnya, “saya baru membaca Berita Harian tanggal 28 Jun 2013, artikel yang menyebut ada wawancara khas saya dengan AzharriSiddiq perihal “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Beliau menafikan bahawa beliau pernah diwawancara mengenai isu tersebut dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak realistik dan tidak benar.

“Oleh kerana itu, wartawan Azharri telah memohon maaf kepada saya berhubung dengan isu yang menimbulkan kontroversi ini,” jelasnya.


Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau akan menyaman Berita Harian kerana menyiarkan berita palsu hingga mencemari nama baik beliau.

Beberapa siri perhimpunan Blackout 505 telah dianjurkan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 yang didakwa berlangsung dengan penuh penyelewengan dan penipuan.

Penganjur dan para demonstran turut menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. ~ free malaysia today

Thursday, 4 July 2013

Pemimpin yang tolak Himpunan Blackout 505 jangan benarkan berkempen di Kuala Besut.

Datuk Paduka Husam Musa antara nama yang dicadangkan sebagai  Pengarah Operasi Induk  Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut.Dengan Kuala Besut dianggap sebagai sebuah Republik,kerana bahasa dan budaya yang hampir dengan masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan.

DatukHusam Musa sebagai Pengarah Operasi Induk,boleh menapis tenaga utama yang perlu turun ke Dun Kuala Besut. Pemimpin yang menolak Himpunan Blackout 505 baru-baru ini jangan benarkan berkempen di Dun Kuala Besut.Pemimpin itu tidak tahu denyut nadi rakyat.

Saturday, 22 June 2013

BLACKOUT 505: Polis tuduh penganjur akan cetus 'pertempuran'

Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu.

Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dengan orang ramai,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh dalam satu kenyataan lewat petang ini.

baca lagi ..


sumber sini



“Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa,” tambah beliau lagi.

Menurut Mohamad, himpunan Black505 juga menyalahi undang-undang kerana ianya bercanggah dengan kehendak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar akta tersebut dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan balas tidak berapa lama selepas itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melahirkan rasa terkejut dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau merupakan salah seorang daripada penganur.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar," katanya. ~insider



# sila like "kami undi pakatan rakyat"