Showing posts with label Kenapa. Show all posts
Showing posts with label Kenapa. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Najib kata Jambatan Kedua ni hadiah.. tapi kenapa pulak kena bayar tol?



Menjelang PRU13 yang lalu, dalam kunjungannya ke Pulau Pinang bagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa hadiah kononnya buat rakyat Pulau Pinang..

Kunjungan tersebut telah disifatkan oleh media tunggangan UMNO/BN sebagai satu kunjungan yang membawa berita gembira buat rakyat Pulau Pinang.

Kononnya menurut media tunggangan UMNO/BN, selepas lima tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, penduduk Pulau Mutiara kini dapat membezakan antara batu dan permata.

Selama tempoh itu, mereka saban hari ‘didodoikan’ dengan kehebatan dan kejayaan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Kini, rakyat sedar kesilapan mereka lima tahun lalu sudah memakan diri sendiri.

Maka dengan itu kononnya lagi..  angin perubahan sudah dirasakan di Pulau Pinang kerana rakyat tidak mahu lagi bergantung harap kepada pakatan pembangkang yang hanya pandai bermuka-muka dan mencari salah orang lain untuk menunjukkan kononnya mereka lebih baik.Tetapi pada masa sama, nasib dan kebajikan rakyat terabai.

Antara hadiah yang diumumkan oleh Najib ialah untuk membina 9,999 unit rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong serta pembangunan semula perumahan di Padang Tembak yang membabitkan sebanyak 4,800 unit rumah kos sederhana rendah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan, Projek Landasan Elektrik Berkembar yang melalui Pulau Pinang (RM2.7 bilion), pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion) dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM300 juta), diteruskan.

Cuma yang aku hairan dalam hal ini.. Jambatan Kedua Pulau Pinang ini Najib kata dia hadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang... tapi kenapa pula kena bayar tol?

Sedangkan menurut Wikipedia, Hadiah atau hibah atau kado adalah pemberian wang, barang, jasa dll yang dilakukan tanpa ada kompensasi balik seperti yang terjadi dalam perdagangan, walaupun dimungkinkan pemberi hadiah mengharapkan adanya imbal balik, ataupun dalam bentuk nama baik (prestise) atau kekuasaan. Dalam hubungan manusia, tindakan pertukaran hadiah berperan dalam meningkatkan kedekatan sosial.
 

Saturday, 27 July 2013

Kenapa perlu bunuh Guru Besar SK Seri Pristana ini?


Keadilan untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana,Saujana Utama ,Sungai Buloh,Selangor.Mengapa mahu bunuh guru besar ini?Kesalahan beliau bukannya membunuh orang.Hanya masalah teknikal,berkaitan tempat makan untuk budak-budak.Jangan hukum guru besar ini atas dasar marah,hukum berdasarkan setelah siasatan dibuat dan memang beliau"cuai". Ambil tindakan ikut Perintah AM kerajaan,bukannya dendam dan marah.
 
 
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
   
Mohd Nasir Mohd Noor, 57,  berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
   
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
   
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
     
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
   
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
   
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada  ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
   
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Dua finalis Miss Malaysia persoal kenapa Ratu Cantik tak boleh tapi Renang dan Gimnastik boleh?


DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

Nurul Fatiha Abd Hamid

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

NurHidayah AbdulWahid

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya ~ MynewsHub

Saturday, 20 April 2013

PRU13 : Kenapa Najib takut bubar parlimen waktu ini?


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) mempersoal pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini.

Beliau berkata, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini.


"Saya mencabar Najib untuk membuat pengumuman segera tarikh pembubaran parlimen jika beliau merasakan sokongan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional telah meningkat.


"Namun apa yang saya lihat, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang," jelasnya yang juga Adun Meru.


Dr Abdul Rani yang turut melahirkan kerisauan apabila tindakan Najib yang berdiam diri akan menimbulkan satu situasi yang di luar jangkaan dan menyalahi undang-undang.


Malah beliau juga beranggapan, ketidakyakinan Najib terhadap sokongan yang beliau perolehi nanti dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dapat dilaksanakan.


"Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah.


"Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati," sambung beliau lagi.


Abdul Rani berharap, Najib akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Friday, 15 February 2013

Kenapa Macai UMNO turunkan banner Nurul Izzah?


Semasa Pilihanraya Umum yang lalu, banner Nurul Izzah paling kurang kelihatan.. bukan kerana peruntukan untuk membuatnya kurang..

Tetapi semakin banyak yang dinaikkan semakin banyak yang hilang..

Sebabnya dikhabarkan ramai yang mengambilnya untuk disimpan sebagai kenangan, sebab dia cantik..

Kali ini belumpun pilihanraya, banner Nurul Izzah telah diturunkan.. tetapi bukan diturunkan oleh orang ramai yang meminatinya tetapi oleh maca-macai UMNO...

Kenapa agaknya? 

Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah.

Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan dan demokrasi di tanahair tercinta ini.

Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau.

Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat.

Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban.

Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban..


Rakan FB Nurul Izzah

Tuesday, 12 February 2013

Kenapa Artis Berhijrah Tak Nak Jumpa Najib?



Pelik....dan misteri ....kenapa artis bila berubah atau berhijrah mesti jumpa Tuan Guru Nik Aziz.
Kenapa mereka tak cari PM Najib? lalala....... 

Terbaru artis Farah Asyikin yang sudah berhijrah juga turut mengunjungi tuan guru. Alhamdulillah,,,,, ulama terus disanjungi.

Sebelum ini artis Diana Amir juga turut menemui tuan guru.

Sebenarnya Farah sudah lama berhijrah, sejak Feb 2012 lagi. Jom kita baca kisah penghijrahan beliau...


Cerita Farah Asyikin, beliau ingin memakai tudung secara tiba-tiba apabila sudah selesai solat taubat. Sesudah dia selesai solat tiba-tiba guruh dan hujan turun dengan lebatnya.
“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.
“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.
“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan”
Farah asyikin takut azab Allah
“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,”
“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik”

Hadis
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya.
Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.
Riwayat Bukhari Muslim.
Apa yang kita lakukan bergantung kepada niat dan tujuan kita, jika niat baik maka dapatlah kebaikan dan ganjaran kepada kita.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Friday, 1 February 2013

Ibu Bapa dipaksa melanggan Berita Harian di Selangor?.. Kenapa agaknya?

Disebabkan jualannya yang semakin hari semakin merudum, gara-gara kredibilitinya musnah selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah, pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan akhbar yang menjadi Lidah Rasmi UMNO daripada terus kerugian..

Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai bagi membantu meneruskan survival akhbar tersebut.

Akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa,( UIAM ) dengan tajaan pihak tertentu.

Malangnya walaupun diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah... sila baca di ( SINI )

Dan ini pula adalah kisah mengenai Berita Harian pula, dari e-mail yang diterima daripada seorang waris kepada pelajar Sekolah Rendah Desa Aman beliau mendakwa para Ibu Bapa kepada pelajar di Sekolah tersebut telah dipaksa melanggan akhbar Berita Harian.

Apa yang dipersoalkannya ialah meskipun akhbar tersebut mempunyai sisipan khas untuk pelajar UPSR iaitu 'Didik' yang disertakan bersama akhbar tersebut dua kali dalam seminggu tetapi Ibu Bapa dipaksa untuk melanggan selama sebulan..

Ini e-mail beliau..

SALAM,

SAYA ADALAH PENDUDUK DESA COALFIELDS SUNGAI BULOH, SELANGOR. SAYA INGIN BERKONGSI CERITA.

HARI INI SAYA HAIRAN KERANA MENDAPAT SURAT DARI PIBG SEKOLAH RENDAH DESA AMAN DI SINI AGAR MELANGGAN SURAT KHABAR BERITA HARIAN YANG PENUH KEHAIRANAN INI DENGAN HARGA DISKAUN RM1 BERBANDING RM1.50.CARA MEMANCING NYA PULA,SURAT KHABAR INI MEMPUNYAI SISIPAN DIDIK UPSR YANG AKAN DI GUNAKAN DALAM LATIHAN TAMBAHAN KHAS.BARU JE DAPAT RM100,DAH MINTAK RM30 SEBULAN PULAK.

PIBG DESA AMAN INI SEHARUSNYA MEMPERJUANGKAN NASIB ANAK-ANAK MURID YANG BERGELUT DENGAN BAU TAHI AYAM DARI KILANG BAJA HARAM LAY HONG YANG DAPAT DI LIHAT DARI SEKOLAH.MASAALAH YANG DI HADAPI DARI ZAMAN KERAJAAN BN LAGI.KILANG YANG SUDAH MASUK TV3,KOSMO,HARIAN METRO DAN LAPORAN KEPADA PBT YANG LAIN TAPI MASIH BEROPERASI.HAIRAN BUKAN??

CUKUPLAH RAKYAT SERTA PELAJAR UNIVERSITI DI BRANWASH,JANGAN PULA ANAK-ANAK KECIL KAMI JUGA DI BRAINWASH.

DISINI DISERTAKAN ATTACHMENT BORANG LANGGANAN YANG DIKATAKAN BUKANLAH WAJIB TETAP SEPERTI TERSELINDUNG MAKSUD AYATNYA

(sisipan itu akan digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru mata pelajaran semasa sesi pembelajaran).dalam kata tersirat:tak beli tak belajarlah anak anda.

SEKIAN

Ni borang langganan.. sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..


Bagi golongan yang berkemampuan RM30 sebulan bukanlah satu perkara yang membebankan.. tetapi ianya sememangnya amat membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.. seperti bekas Puteri UMNO ini .. sila lihat di ( SINI )

Kenapa ibu bapa dipaksa melanggan selama sebulan sedangkan hanya lapan kali sisipan tersebut disertakan dalam sebulan??

Wednesday, 30 January 2013

Kenapa Projek bernilai RM2.47 Billion tiba-tiba dianugerahkan kepada syarikat yang tidak disenarai pendek?


Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dalam perkara ini.. antaranya ialah Samsung bukanlah antara syarikat yang telah disenarai pendekkan tetapi tiba-tiba syarikat tersebut telah memenangi tender bernilai RM2.47 Billion ini..

Dan biasanya apabila sesebuah syarikat dari luar negara memenangi sebarang tender untuk melaksanakan sebarang projek di negara ini, ianya harus bergabung dengan syarikat tempatan.. tapi dalam hal ini tidak seperti biasa perlaksanaannya... KENAPA??

Baca ni..

Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.

Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.

Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.

Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.

Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.

Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.

Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.

· Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.

· Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan

· Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.

· Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.

· Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.

Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.

Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah

· 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction

· YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan

· CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited

· Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited

· Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.

· Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.

· Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad

· Genting Sanyen Power Sdn Bhd

· Sime Darby Power Sdn Bhd

Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.

SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;

· TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.

· Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.

· Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.

Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;

· Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?

· Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu menjelang PRU ke 13.

SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.

Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.

Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
 
Hmmm.. katalah komisyen lebih kurang 30%...

Cuba korang tolong kira berapa banyak jumlahnya 30% dari RM2.47 Billion.. masuk masuk poket siapa pula agaknya?.. yang pasti tentu bukan masuk poket macai UMNO..