Showing posts with label depa... Show all posts
Showing posts with label depa... Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Patutlah depa demo.. yang dapat projek Terowong RM6.3 Billion tu bukan kroni depa..


Petang Jumaat lalu buat yang ke entah berapa puluh kali akupun tak pasti, satu lagi demonstrasi telah diadakan di Komtar, Pulau Pinang.

Seperti biasa demo yang kelihatan sudah menjadi rutin kepada macai-macai UMNO/BN Pulau Pinang ianya diadakan setelah berakhirnya solat Jumaat..

Demo kali ini melibatkan beberapa buah NGOk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri Pulau Pinang ini..

Ianya diadakan bertujuan Projek Mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar yang bernilai RM6.3 Bilion..

Ianya melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Yakin bahawa kebanyakkan yang menyertai demo tersebut gagal memahami apaa tujuan sebenar projek tersebut Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog mengenai projek ini.

Dan ianya telah diadakan pada 24 Mac 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada jam 10.00 pagi. Dialog ini akan diadakan dalam Bahasa Malaysia.

Tujuan utama penganjuran dialog ini adalah untuk memberi penjelasan yang sebenar berkaitan dengan cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menaiktaraf jalan-jalan utama di Pulau Pinang dan juga membina terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam, Butterworth kepada masyarakat di Seberang Perai Utara (SPU) khususnya dan masyarakat Seberang Perai amnya.

Kira-kira 20 hingga 30 orang ahli PERKASA telah dilihat hadir dalam sesi dialog ini dan ini menimbulkan kesangsian.. huru hara apa yang akan mereka cetuskan pula kali ini..

Bagaimanapun kehadiran mereka kali ini tidak mencetuskan huru hara kerana mereka benar-benar hadir untuk mendengar apa penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai projek ini.

Mungkin mereka terkedu agaknya bila mengetahui bahawa Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur tersebut adalah seorang Melayu yang bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly..

Antara ucapan Zarul dalam sesi dialog itu..

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Ucapan penuh beliau sila lihat video di bawah ini..



Sesi dialog berakhir dengan aman dan kumpulan ahli PERKASA tersebut dilihat bersalaman dengan orang ramai termasuk Zarul dan juga Guan Eng..

Macam tu kan elok...faham betul-betul baru lah pertikaikan kalau tak betul.. jangan mudah percaya cerita dari pemimpin UMNO (terutama yang berada di kerusi baris belakang sekali) yang tak puashati kerana bukan kroni mereka yang dapat projek ni..

err.. gambar tak ada.. sebab tak kecoh.. he..he..


Saturday, 19 January 2013

Ramal UMNO/BN kalah pun kena gantung tugas?.. Alahai takutnya depa..


Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan.

“Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme,” ujar Nik.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu.

Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka.

“Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13.

Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu. Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu.

Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu.


http://www.keadilandaily.com/?p=43151