Showing posts with label hilang. Show all posts
Showing posts with label hilang. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 hilang, macai dakwa sebab juruterbangnya penyokong PKR?


Tak sangkalah pulak aku ketika kaum keluarga dan waris-waris penerbangan MH370 yang masih hilang dan hingga kini masih belum pasti status sebenarnya sedang bersedih, ada juga yang kurang cerdik menjadikan isu ini sebagai satu isu politik.

Menurut seorang blogger pro UMNO.. tanggapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tentang insiden ini mungkin berbeza jika mereka menyedari bahawa juruterbang pesawat MH370 ini adalah seorang penyokong PKR.

Ianya dipercayai ditujukan kepada bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin dilabel sebagai bodoh oleh blogger dan Facebooker pro UMNO kerana satu 'Tweet' nya yang mempermainkan insiden ini..


Dengan menganggap harta kerajaan adalah harta UMNO/BN blogger tersebut mempersoalkan mengapa pihak MAS masih mengekalkan juruterbang yang jelas menetang kerajaan ini dalam perkhidmatannya.

Bagi aku jawapan kepada persoalan oleh Blogger pro UMNO di atas itu adalah mudah dan perkara ini telah berulangkali dinyatakan oleh Tun Mahathir.

Jawapannya mudah... ini kerana hanya yang bodoh menyokong UMNO/BN, jika dipecat juruterbang yang menyokong PKR itu.. ada berapa kerat dari penyokong UMNO/BN yang layak ditauliahkan sebagai juruterbang?.. Jurutemberang tu banyaklah..

Ini apa yang disiarkan oleh Blogger pro UMNO itu..


Puak dari Parti Pakatan Rakyat termasuk beberapa pemimpin menghentam dan mempersendakan kemalangan MH370 ke Beijing yang di percaya jatuh terhempas di Laut China Selatan.

Tetapi tanpa mereka sedar, Ketua Juruterbang yang bernama Zaharie Shah itu adalah penyokong tegar PKR.

Sungguh aneh apabila MAS yang merupakan sebuah syarikat kerajaan, tidak membuang menjadi juruterbang ini walaupun Facebook akaunnya siang malam dia menghentam Barisan Nasional.


Apakah selepas 'rahsia' ini didedahkan, maka para pecacai PKR akan menukar taktik mereka dengan menyatakan juruterbang tersebut telah ditamatkan riwayatnya kerana UMNO takut dengannya?

Blog mana yang tulis tu.. korang carilah sendiri...

Apalah macai ni... perkara macam ini pun nak dipolitikkannya.. mula-mula dikaitkan dengan PKR lepas ni salahkan Anwar Ibrahim pula..

Mungkin kerana dah ketandusan isu yang nak dibawa kot?.. tapi aku nampak banyak isu dalam PR sekarang ni.. terutama kat Penang ni..

Cari isu lainlah Bro.. sepatutnya kita bersama melahirkan rasa simpati kepada waris atau kaum keluarga MH370 ni, bukannya politikkannya..

Sekali sekala tu letakkanlah politik ke tepi... Najib dengan Anwar pun tak gila berpolitik sepenuh masa walaupun mereka ahli politik sepenuh masa..

Friday, 7 March 2014

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang


Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Saturday, 29 June 2013

Gara-gara tak jadi derma, hilang RM50


Insafnyaaa.... insafff!!!!
Tak kan kuulangi kesilapan itu maafkan aku dehaka pada MU

hamba khilaf..... KHILAF!!!!

Semalam pergi kedai bawa 2 keping RM 50... duit cuma masuk poket je.... bila dah siap beli barang, bayar kalo tak silap belas2 ringgit je... jadi ada baki sekeping RM1 dan 3 keping RM10..... dan masa itulah terpandang tabung derma anak yatim.
Dalam hati kata nanti nak suruh anak je masukkan duit dalam tabung derma (sebab memang kesukaan dia)..... masa tu dah keluar dari kedai. Tapi entah kenapa anak tak mahu..... dia kata segan sebab dekat cashier masa tu ramai orang. Oh.... camtu lain kali je lah time takde orang baru  masuk tabung ye.
Pergi kedai lain pulak.... masa bayar ada lagi duit semua. Last singgah kedai makan tapau teh ais dan nasi ayam sebungkus... nasi ayam tu belikan untuk jiran sebab dia tak sihat.... tak lalu makan.
Dah petang baru teringat duit baki belanja...... cari balik dalam poket memang takde....
Alamakkkk.... mesti tercicir masa beli teh ais tadi.
Masa duduk makan malam cerita pada suami.... takut juga kena marah tapi sebab ayat-ayat yang keluar berbunyi "inilah balasannya kerana tak jadi derma pada anak yatim tadi.... sekelip mata allah tarik rezeki. " suami cuma kata... haaa tau takpe...
memang selama ini pun kalau hilang pape suami tak marah sgt.... macam baru2 ni tercicir galaksi tab kat pasat tani shah alam.... suami cakap "rezeki orang yang jumpa.."

pengajaran . jangan bertangguh untuk membuat kebaikan... jangan kedekut.... jangan malu membuat kebajikan....jangan permainkan  anak yatim...DOSA!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Sunday, 3 February 2013

Zambry Kadir Faraid Tanah sebelum hilang kuasa-Nizar.

DS Nizar  memulakan ceramah pada 31 Jan,Kamunting dengan  mengemukakan isu ,Zambry yang berkelulusan PHD itu tidak kira dosa  untuk meluluskan tanah kepada kroni.Rakyat yang memerlukan tanah hak milik dinafikan hak.Mereka minta untuk satu tapak,banyak karenah. Untuk kroni satu orang boleh dapat banyak tanah balak. 

DS Nizar  menjelaskan jika tak betul SB ada rakam, boleh saman beliau. Beliau memberi contoh bagaimana satu bidang tanah seluas 6 ekar ditengah-tengah  pekan Setiawan  diberi kepada kroni  Roslan Khalid. Menurut Nizar,tanah itu jika ditender boleh memberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri. 

Lagi satu DS Nizar beritahu , Zambry bagi tanah dekat Hanafiah Man, Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda  Bahagian dekat Kamunting( Kamunting Raya dlm Parlimen Bukit Gantang) seluas 32 ekar. Seusai berceramah DS Nizar memberitahu penulis "Zambry /UMNO faraid tanah,kerana mereka tau kehilangan kuasa"

Friday, 1 February 2013

Kanak-kanak hilang, disahkan mati. (takziah buat keluarga William Yau Zhen Zhong)



Sebelum itu disini ;






Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu.

Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya.

Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR.

 Sementara itu, bercakap kepada pemberita di HTAR, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.

“Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.

“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group’ dan `Best Team’.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.

“Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan,” katanya.

William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿