Showing posts with label tarik. Show all posts
Showing posts with label tarik. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Husam tarik balik kes terhadap Papagomo..


Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.


Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.

“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini ~ Harakahdaily 

Baca juga apa autanya untuk mengelak dari hadir ke mahkamah hari ini di SINI

Tuesday, 12 February 2013

Fathul Bari kata dia tidak tarik diri dari berdialog dengan Dr Asri.. cuma..


Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.

"Saya tidak menarik diri.

"Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari.

Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.

"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi.


Awal pagi ini, Mohd Asri menulis di laman mikronya Twitter mengatakan Fathul Bari telah menarik diri tetapi tidak menyatakan alasan dan tempatnya akan digantikan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada malam ini.

Kedua-dua tokoh agamawan yang dikenali umum tersebut seringkali terlibat dalam perang mulut dan berbeza pendapat antara satu sama lain, Fathul Bari mencuri tumpuan ekoran keputusannya menyertai parti politik Umno.

Berbeza dengan Mohd Asri yang memilih untuk tidak memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Mohd Asri juga lantang dan sering membidas ulama yang berada dalam Umno kerana tidak memainkan peranan penting untuk menasihati pemimpin utama dalam parti tersebut.

Bekas mufti tersebut juga pernah mengeluarkan kenyataan membidas tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno dengan melabel mereka sebagai "hanyut", kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.


The Malaysian Inider