Showing posts with label Kedah... Show all posts
Showing posts with label Kedah... Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.


Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.


Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.





Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Banyak ni saja yang datangpun Mukhriz dah berangan nak jadi MB Kedah..


Cubaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk merampas kedudukan sebagai Bakal MB Kedah jika BN menang dari Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah nampaknya semakin menjolok mata.

Banyak program besar yang dianjurkan Mukhriz tanpa kehadiran Ahmad Bashah.

MCA Kedah baru-baru ini menganjurkan program penyerahan sumbangan untuk persatuan-persatuan Cina Kedah tetapi menjadikan Datuk Mukhriz sebagai tetamu utama (nama dan foto diletakkan di backdrop) sedangkan Ahmad Bashah selaku Pengerusi BN Kedah hadir sama.


Pada 16 Mac, kumpulan Mukhriz telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan mengundang Tun Mahathir serta ramai pemimpin UMNO Kedah, malangnya Ahmad Bashah tidak hadir.

Adakah beliau sengaja tidak dijemput?


Program yang menghimpunkan anak-anak Kedah di perantauan itu turut mengadakan cabutan bertuah sebuah kereta Peugeot 207 dan pelbagai hadiah lagi untuk menarik kehadiran orang ramai namun ia gagal menarik penyertaan anak Kedah di perantauan.

Mujur crew pihak pernganjur dari Kedah yang hadir meramaikan, jika tidak Muhhriz mendapat malu besar.

Tun Mahathir memberi ucapan yang agak mengejutkan hadirin apabila berkata, tiada gunanya BN menang di Kedah jika mereka kalah di Pusat.

Kenyataannya itu jelas membayangkan bahawa beliau sudah tidak menaruh harapan lagi bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya.


Menang pun belum tentu, tapi siap wujudkan page untuk angkat Mukhriz sebagai MB Kedah... Kesian Mat Bashah berpuluh tahun berjuang dalam UMNO depa buat 'seduit dua' macam tu saja..


Sumber info datangnya dari Kedah La
Sumber gambar pula dari Lidah Rasmi UMNO