Showing posts with label Janda. Show all posts
Showing posts with label Janda. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

Janda serah tubuh demi ..

Kuala Lumpur: Nyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan
sekumpulan penculik.

Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah
terbabit.

Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan
penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,”
katanya.

baca lagi ..

sumber sini






Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu.

“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan
jika mahu bekas suaminya dibebaskan.

“Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah
RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.

“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan
hutang bekas suaminya itu,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu
bekas suaminya itu ditembak hingga mati.

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.

“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang
dijadikan tahanan.

“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya
kepada penjenayah terbabit.

“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan
bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian.

“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit.

Harian Metro




# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Monday, 4 February 2013

Janda anak 3 kantoi berbogel dengan remaja

Dungun – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.

Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.

Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.

Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.

Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.


sumber sini