Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Hidup Melayu... Hidup Melayu... Hampeh...!!!!

Candi Lembah Bujang yang berusia lebih 1 millenium masih belum digazetkan sebagai tapak sejarah..???

Apakah sebenarnya ini...????

Selama lebih 56 tahun merdeka masih tidak sempat menggazetkan Lembah Bujang sebagai tapak sejarah..??? What the F**K... yang Keraaaaaaajaan BN buat selama ini. Sedangkan pelbagai Kementerian bersilih ganti... last sekali dan terkini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Menterinya.... buat apa haaaaa..... nak harapkan Rais Yatim.. dia pun dah mampuih, sembang bagai nak rak masa jadi Menteri dulu... habuk pun tarak...

Perkara nih sesuatu yang sangat umum dan terdapat dalam buku2 teks sejarah sekolah. Apakah nak ditunggu bahan sejarah seperti Candi Lembah Bujang ini dirobohkan, kemudian baru terhegeh2 nak melalak....????

Nah..., sekarang baru padan muka lu orang, bahan sejarah sudah roboh... muakakakaaaaa...., apa pun takda gunanya lagi


Hidup Melayu.... Hidup Melayu... Hidup Melayu.... melalaknya penjulang keris bogel umno... yang perjuangkan bangsa selama ini... hahahaha...

Woiii... Mukhriz.... Lembah Bujang dah hancoq... ni kat Kota Kuala Muda ada pintu gerbang sejarah Kerajaan Lama Kedah, inipun bahan sejarah jugak, kalau hang nak biaq hancoq pun... hang punya suka laaaaa.... hahahaha... hang kan MB Kedah la ni....

Kota Kuala Muda
Kota Kuala Muda terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Kota ini dibina pada abad ke-17 dan 18. Ianya pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, setelah ibu negeri dipindahkan dari Kota Setar ke Kuala Muda. Tujuan perpindahan itu ialah untuk mengelakkan ancaman serangan Siam.

Yang sebenarnya... pintu gerbang tu dah lama roboh dan hanya tinggal serpihannya sahaja... apa  yang BN/umno buat selama ini pun gua tak tau laaaa... lu orang nilaikanlah sendiri... Melayu la sangat... nak jaga bangsa la sangat.... hampeh.... 

Tuesday, 12 February 2013

Lara hidup Norish Karman




WAJAHNNYA pilu dan sesekali jari-jemarinya mengesat air yang tumpah dari kolam matanya yang berkaca, namun Norish Karman, 37, tetap mengagahkan diri. Dia bercerita dan terus bercerita tentang lara yang sedang dihadapi ekoran pelbagai kontroversi.
Tahun lepas namanya panas gara-gara kehadiran seorang bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang sehingga kini masih dirahsiakan identiti bapanya. Tahun ini, air muka pelakon berkaliber yang cukup dikenali dengan panggilan NK itu masih belum habis diconteng dengan arang.
Sama ada terhukum oleh kesilapan lalu atau dihukum sewenang-wenangnya oleh media, apa yang berlaku kepada Norish sebenarnya satu episod hitam. Luka hidupnya tidak pernah sembuh.
Semuanya bermula beberapa tahun lalu selepas rumah tangganya bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir hancur dipukul badai pada 2008. Dalam tempoh beberapa tahun ini, namanya tenggelam timbul. Selesai soal penjagaan anak-anak, muncul pula kisah bercinta lelaki muda. Tidak habis dengan perkara itu, tiba-tiba pula dia dikatakan menyembunyikan diri dan hamil anak luar nikah.
Terbaharu, Norish dikecam seorang wanita yang mendakwa pelakon itu cuba merampas suaminya. Norish, baru-baru ini terpaksa merasakan sudah tiba masa untuknya bangkit memperjelaskan keadaan sebenar kepada media.
"Semua cerita dan kontroversi yang selama ini dipaparkan oleh pihak media sangat mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya. Saya lebih teruk daripada banduan kerana media terus menjatuhkan hukuman kepada saya tanpa mempedulikan berita itu sahih atau tidak," getus Norish dalam nada hiba usai majlis solat hajat dan jamuan makan buat peminat-peminatnya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Norish mengambil peluang itu untuk beramah-mesra dengan media yang selama ini disifatkannya tidak habis-habis mencungkil cerita panas tentang dirinya.
"Tanyalah saya apa sahaja, selama ini pihak media tidak habis-habis telefon saya minta komen macam-macam cerita," katanya separuh tegas, separuh berseloroh.
Lebih memburukkan keadaan, kata Norish: "Karier lakonan saya mendapat impak yang paling teruk. Selama enam bulan sampai ke hari ini, saya tidak berlakon dan tidak mendapat sebarang tawaran lakonan. Semua itu kesan cerita buruk tentang saya yang dijaja oleh media."
Kehilangan sumber pendapatan hasil lakonan menyebabkan Norish melakukan kerja-kerja sampingan lain seperti katering dari rumah dan memenuhi jemputan mengadakan ceramah motivasi. Sepanjang tiada tawaran lakonan juga, Norish menumpukan perhatian untuk promosi albumnya, Terus Melangkah.
Untuk tahun 2013, dia masih punya harapan untuk menjayakan promosi dan persembahan jelajah untuk album berkenaan ke seluruh negara.
"Mujurlah saya masih ada peminat yang terus memberi sokongan. Sekarang saya ada empat akaun Facebook kerana satu akaun tidak menampung jumlah pengikut yang ramai," akui Norish.
Berhubung kontroversi terbaharu dituduh sebagai artis perampas suami orang yang terpalit ke mukanya, ibu kepada empat orang anak itu menjelaskan dakwaan itu adalah kenyataan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang pernah dianggap seperti kakak sendiri.
"Tuduhan itu buat saya bertambah sedih dan terkilan. Dia bukan sahaja kawan bahkan saya anggap sebagai kakak sendiri. Saya kenal rapat keluarga tapi tidak perlulah namanya disebut, saya tidak mahu dia pula yang dicerca oleh masyarakat.
"Ini semua kerana cemburu dan iri hati. Dia cemburu kerana anak-anaknya sangat rapat dengan saya. Dia mungkin kurang senang dan fikir saya mahu rampas suaminya. Saya langsung tidak tergamak untuk runtuhkan rumah tangga orang lagipun suaminya sudah berusia 66 tahun," jelas Norish.
Menurut Norish, dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah berkenaan. Dia cuma kesal kerana hubungan yang terbina selama lima tahun musnah begitu sahaja gara-gara prasangka tanpa usul periksa.

kosmo

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿