Showing posts with label dibelasah. Show all posts
Showing posts with label dibelasah. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Hari ini dalam sejarah.. Najib dibelasah dua Tokoh Wartawan Negara..


Hari ini dunia blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam menghentam Najib..

Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis..

“Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 

Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini. 

Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com 

Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan.

“Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 

Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam. 

Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?". kadirjasin.blogspot.com 

Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

Sumber : Mummy Rokiah

Saturday, 30 March 2013

Cerita dibelasah rupanya hanya auta Papa Gomo untuk tidak ke Mahkamah?


Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah hari ini.

Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.

Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan terbitannya.. sila baca di ( SINI )

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.

Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan..

Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin.

Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"


Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Laporan mengenai kes saman ini sila baca di ( SINI )

Thursday, 31 January 2013

GILIRAN NIK AZIZ PULAK DIBELASAH

Ketara sangat umno dah hilang modal dan idea nak hentam PAKATAN RAKYAT. Setela berminggu-minggu Nurul Izzah kena serang, kini giliran Tok Guru Nik Aziz pulak. Utusan akan belit-sebelitnya kenyataan ini. Agaknya beginilah perangai buruk parti yang dah nak tamat riwayatnya. Moga jadi kenyataan. Amin.

Wednesday, 30 January 2013

Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis.. (Video Inside)


Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

“Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka,” kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.


“Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

“Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

“Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

“Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta,” tegasnya. Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis ~ Keadilandaily

Berikut adalah rakaman CCTV dari tempat kejadian.. rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut dilakukan melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman asal yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.

Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.

  

Sumber video : SINI