Showing posts with label jatuh. Show all posts
Showing posts with label jatuh. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Pemuda Jatuh Jambatan yang dirasmikan Tok Pa... (Video Inside)


“Saya reda tetapi berharap anak ditemui,” kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin.

Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.

Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya.

“Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya,” katanya. Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.

Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat ~ Berita penuh di ( SINI )

Tahukah anda?.. Siapa yang telah melakukan Majlis pecah tanah Jambatan  Kedua Sultan Yahya Petra?.. kalau tak tahu sila lihat video di bawah..

Friday, 15 February 2013

'Ia adalah seperti adegan filem Armageddon': lebih 500 orang cedera apabila hujan meteor jatuh di Rusia - video

Sight: Brightly burning rocks could be seen for hundreds of kilometres as they crashed at around 9.20am local time and one bystander described it 'like a scene from the Armageddon movie'

Terrifying: A meteorite shower hit Russia early this morning injuring at least 100 people, including school children

Spectacular sky: The Urals region was struck by falling meteorite fragments which fell in the city of Chelyabinsk

Smoking: Pictures show a streak of smoke followed by several bright blasts of flames

Hit: The stadium of Chelyabinsk's Traktor ice hockey side was hit and state television showed a part of the roof and a wall shorn off a brick zinc factory in the city


SUMBER


MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.
Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.
“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.
“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya. mstar

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿