Showing posts with label sebenar. Show all posts
Showing posts with label sebenar. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Sebab sebenar komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan didedahkan KDN..


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik 'Ultraman The Ultra Power' dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.

Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai “Allah” akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan ‘Ultraman The Ultra Power’ sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

"Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

"KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai," demikian menurut kenyataan itu.

Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers. Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," kata kenyataan itu.

Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

~ mStar

Friday, 28 February 2014

Musuh sebenar Anwar di Kajang dari PKR, Pakatan bukan BN


Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang .

Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.

"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.

Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.

Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

"Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya," katanya.

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar.

Manakala bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

Sejak pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi bekenaan, beliau dikhabarkan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

Manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 23 Mac depan.

~ The Malaysian Insider

Saturday, 27 July 2013

Wajah Sebenar MP Pasir Salak Terserlah di Kuala Besut.. Saksikan Betapa Racistnya Dia..


Walaupun mereka terpaksa memfitnah , tetap mereka lakukan yang penting akan memberikan keuntungan kepada politik dan survival UMNO yang konon sebagai pejuang kepada Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan sebagai pejuang islam tulin .

Mereka terus memanupulasikan segala isu, membakar hati dan perasaan rakyat, mencetus ketegangan dan menjana sentimen perkauman demi survival umno dan pemimpin umno.

Orang melayu terus diperbodohkan dan umno terus mendapat sokongan .

Senjata itu juga digunakan bagi tujuan untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat dengan menggunakan 3 R bukan luar biasa.

Fitnah terus menjadi agenda UMNO yang cuba mempalitkan kesan negatif khusus orang melayu terhadap Pakatan Rakyat .

Media syaitan mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus dijadikan alat penyebaran fitnah yang bertujuan untuk menghilangkan keyakinan terhadap PR.

Sedangkan umno selama ini bertindak menghancurkan orang melayu, menghina dan mencerca institusi raja-raja melayu, merosak dan menghina islam ditutup agar dilihat UMNO adalah juara untuk survival melayu.

Adalah malang jika orang melayu terpengaruh dengan segala dakyah dan kemunafikan yang bertopengkan melayu dan islam oleh pemimpin UMNO.

Apa yang tertera di atas ialah sebahagian dari tulisan Fariz Musa mengenai agenda 3R yang dibawa oleh UMNO sila baca di sini ( Fariz Musa ) untuk artikel sepenuhnya..


Dan saksikan bagaimana seorang Timbalan Menteri dari kabinet 1Malaysia Najib memainkan isu perkauman dalam kempennya di PRK Kuala Besut..


Untuk pengetahuan semua, semenjak Selangor di bawah PR, mereka menjalankan program MES ( merakyatkan ekonomi selangor), untuk lebih lanjut, klik di sini http://mes.selangor.gov.my/.

Friday, 15 February 2013

Eksklusif: Punca sebenar mengapa Selangor gagal ambil alih SYABAS sudah dikenalpasti

PETALING JAYA 2 FEB : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) memaklumkan Kerajaan Pusat sebenarnya yang tidak membenarkan proses pengambilalihan konsesi air oleh Kerajaan Negeri.



#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya sudah berbincang dengan Syabas mengenai pengambilalihan itu bagaimanapun, Syabas memaklumkan Kerajaan Pusat sebagai pemegang ‘golden share’ tidak membenarkan perkara itu dilakukan.

“Kita sudah terangkan salah satu daripada pemilik saham yang terpenting ialah kementerian kewangan, dia ada golden share, kalau kita bincang dan tidak berbincang dengan pihak kementerian iaitu Kerajaan Pusat, maknanya usaha kita terbantut itu sebab yang lepas apabila berjumpa dengan Syabas untuk mereka terima tawaran kita syabas cakap, Kerajaan Pusat tidak bagi kelulusan.

“Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seharusnya kena terima dan jelaskan kepada saya dalam surat bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan penstrukturan ini.

“Kalau tidak ia tidak akan berlaku, tujuan kita nak susun semula air ini ialah bukan nak naikan harga air tapi nak air diuruskan dengan baik supaya rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan asrama anak pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Semalam, Chin memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang Kerajaan Negeri daripada mengawal industri perkhidmatan air negeri itu, jika semua pihak bersetuju.

Chin mengulas mengenai kenyataan oleh Menteri Besar yang berkata Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada kementerian bahawa ia akan mengambil alih industri perkhidmatan air negeri, jika kementerian tidak memberi maklum balas kepada surat yang dihantar semalam dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Charles berkata kenyataan Peter Chin yang memaklumkan harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini sebagai satu pandangan yang lemah.

Katanya, jika mengikut konsesi yang ditandatangani oleh Syabas dan Kerajaan Negeri sebelum ini, akan menjadikan harga air naik dan lebih tinggi daripada harga minyak seterusnya akan membebankan rakyat.

“Oleh itu, kita mahu Kerajaan Negeri ambil alih industri air. Begitu juga dengan kenyataan beliau (Peter) yang dikatakan tidak menghalang pengambilalihan air, Peter sebenarnya tidak ikhlas, beliau hanya bermain politik kerana takut dengan Umno.

Beliau menambah, pihaknya menghantar surat kepada Peter dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu lalu untuk menyediakan satu rangka kerja dan pelan bagi mengatasi masalah air ketika Tahun Baru Cina ini.

“Sebab sebelum ini, Syabas ada beritahu masalah air akan dipanjangkan semasa Tahun Baru Cina ini, jadi kita tidak mahu susahkan rakyat, namun sehingga kini, tiada maklum balas,” katanya.


sumber sini