Showing posts with label persoal. Show all posts
Showing posts with label persoal. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Ketua Pemuda Gerakan Persoal Hukum Hudud Sambil Serlahkan Kejahilannya..


Inilah yang terjadi bila seseorang yang jahil cuba mempertikaikan tentang sesuatu perkara yang dipercayai tidak langsung diketahuinya secara mendalam..

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa undang-undang Islam yang dicadangkan oleh Pemuda PAS tidak mampu menyekat kadar peningkatan jenayah pada masa ini.

Beliau menolak cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi untuk memperbaiki undang-undang sediada, sambil menyifatkan cadangan Nasruddin itu sebagai "obsesi peribadi ke arah undang-undang hudud."

Sambil menyerlahkan kejahilannya dalam hukum Hudud, Tan mempersoalkan apa perbezaan undang-undang Islam dengan undang-undang yang ada sekarang kerana sudah ada hukuman mati bagi mereka yang menggunakan senjata api dalam menjalankan jenayah.

"Tidak ada keperluan untuk menggantikan undang-undang sedia ada dengan hudud.

"Apa perbezaan ia akan lakukan walaupun kita menukar keseluruhan undang-undang jenayah di negara kita kepada undang-undang Islam?

"Adakah terdapat apa-apa hukuman yang lebih tinggi daripada kematian?" tanya Tan dalam satu kenyataan ~ FreeMalaysiaToday

Sebelum ini dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Nasarudin dilaporkan berkata..

Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.  
Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya. 
 
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.  
Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.  
Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah.  
Nasrudin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci cadangannya tetapi membayangkannya dalam bentuk "akta baru" bagi menggantikan ISA dan EO.

Malang buat negara.. walaupun sudah berpuluh tahun bersama dengan Parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama.. namun jelas tidak sedikitpun tentang Hudud yang diketahui oleh Ketua Pemuda Gerakan itu..

Bagaimana UMNO masih boleh berbangga kononnya merekalah pejuang Bangsa dan Agama sedangkan teman seperjuangan mereka sendiri gagal mereka tarbiah?

Saturday, 27 July 2013

Dua finalis Miss Malaysia persoal kenapa Ratu Cantik tak boleh tapi Renang dan Gimnastik boleh?


DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

Nurul Fatiha Abd Hamid

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

NurHidayah AbdulWahid

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya ~ MynewsHub