Showing posts with label surat. Show all posts
Showing posts with label surat. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Surat Terbuka Ke 2 Untuk Tuan Guru Nik Aziz..


Saya menekuni tulisan-tulisan ‘balas’ yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini.

Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia ‘dibakul sampahkan’ oleh kedua mereka.

Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!

Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.

Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.

Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!

Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.

Keputusan mesyuarat belum keluar tapi ‘wassup’ dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan.

Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.

Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut.

Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa. Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.

Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.

Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas.

Entahla... Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.

Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?

Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.

Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.

Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah.

Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.

Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.

Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja.

Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.

Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.

Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.

Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.

Saya bukanlah membangunkan fitnah yang tidur. Saya cuma menggerakkan orang yang tidur terlalu lena dek kerana kekenyangan berbuka tanpa menyedari api fitnah sudah memakan tilam dan bantal di bawah tiduran mereka.

Saya juga faham besarnya dosa menabur fitnah apatah lagi di malam-malam akhir Ramadan ini tetapi saya berpendirian lebih besar dosa membiarkan fitnah yang membara ini memakan ikhuwwah sesama kita tanpa bertindak apa-apa.

Sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua, semoga kita bertemu jalan pulang yang sebenarnya.

Andainya setelah di beri nasihat dan teguran ada yang masih berdegil, kita serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik di sisi-Nya untuk yang terlibat.

~ Mohamad Abdullah

Sunday, 21 July 2013

Ini surat dari Jusuf Kalla menafikan laporan Berita Harian kononnya “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”


Mantan Timbalan Presiden Indonesia M Jusuf Kalla menafikan beliau diwawancara oleh Azharri Siddiq mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk membiayai aktiviti Perhimpunan Blackout 505.

“Pertemuan saya dengan Azharri pada 1 Jun lalu hanya silaturahim singkat kerana diatur oleh seorang anggota Parlimen Indonesia,” kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Kuala Lumpur semalam, di mana sesalinannya difakskan kepada ibu pejabat PKR.

Jusuf Kalla menjelaskan demikian sebagai merujuk kepada artikel akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2013 di bawah tajuk “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Ujarnya, “saya baru membaca Berita Harian tanggal 28 Jun 2013, artikel yang menyebut ada wawancara khas saya dengan AzharriSiddiq perihal “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Beliau menafikan bahawa beliau pernah diwawancara mengenai isu tersebut dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak realistik dan tidak benar.

“Oleh kerana itu, wartawan Azharri telah memohon maaf kepada saya berhubung dengan isu yang menimbulkan kontroversi ini,” jelasnya.


Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau akan menyaman Berita Harian kerana menyiarkan berita palsu hingga mencemari nama baik beliau.

Beberapa siri perhimpunan Blackout 505 telah dianjurkan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 yang didakwa berlangsung dengan penuh penyelewengan dan penipuan.

Penganjur dan para demonstran turut menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. ~ free malaysia today

Saturday, 19 January 2013

#Listen : Ini surat dari Mahasiswa yang berada di tempat kejadian..

Oleh : Mahasiswa UUM


Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya.

Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]

Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas. Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta;

[1] TAJUK

Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR


Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM (gambar) sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS

Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? Ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

 ~SEJAM AWAL PROGRAM~

Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang. Sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini, adakah tajuk diubah? Menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan VIP jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1. Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia
2. Peter Yap (salesman)
3. Gulam Muzafar (banker)
4. Mazli Mutazam (Pengetua Kolej Proton, UUM)

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~
Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.
[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.
[3] Bersih.
[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang?

Maksumkah pimpinan wanita kerajaan? Mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? Kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? Satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang. Bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat. Saya ambil gambar borang untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya.

Kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka. Tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup. Saya mula rasa "semacam".

Saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar. Saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah).

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani.

Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini. (Video sila lihat di SINI )

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.

Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas.

Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani

Saya yang berada di majlis berkenaan kurang bersetuju dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani. Nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah

Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan. Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini.

Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya.

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlangsung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]

Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma. Ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM. Ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh Malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Ini pendapat Mahasiswa Indonesia tentang Politik Mahasiswa Malaysia..