Showing posts with label Gara-gara. Show all posts
Showing posts with label Gara-gara. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Gara-gara keceluparan Zahid menghentam Syiah, BN minta bantuan PAS?


Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam. 

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

~ The Malaysian Insider

Sunday, 23 February 2014

Direjam gara-gara miliki Facebook? Benar atau hanya satu propaganda.. tapi..


Dua hari yang lalu seorang sahabat yang bukan beragama Islam telah menunjukkan kepada aku satu laporan dari Kwong Wah Yit Poh versi on-line tentang berita kononnya seorang gadis Syria telah dihukum rejam sampai mati kerana memiliki akaun Facebook.

Tiada sebarang caption diletakkan pada gambar itu, dan ini menyebabkan sahabat aku menganggap ianya adalah gambar dari tempat kejadian..

Dalam masa yang sama berdasarkan gambar tersebut beliau mengatakan undang-undang Islam yang diguna pakai ini amat kejam dan zalim..

Yang aku boleh nafikan ialah ini bukanlah apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam melalui hukum Hudud, ianya kalau benar telah dijalankan oleh puak ektrimis dalam Islam..

Tentang berita itu pula samada ianya benar atau tidak, aku tak pasti sebabnya ia datang dari sebuah negara yang sedang bergolak..

Dan hari ini laporan mengenai insiden tersebut telah disiarkan oleh Sinar Harian di SINI , aku copy n paste kat bawah ni..

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook. 
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral. 
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut. 
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu.

Ada yang mendakwa ini adalah satu propaganda pihak Syiah untuk memburuk-burukkan pihak lain dalam Islam kerana berita asal telah disiarkan oleh media Iran iaitu The Iranian FARS News Agency.

Ini apa yang dilaporkan oleh Iranian Fars News..

The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) stoned to death a young Syrian girl for membership in Facebook social network.  
The ISIL militants took the Syrian girl, Fatoum Al-Jassem, to Al-Reqqa religious court and the judge ruled that membership in Facebook is tantamount to adultery and sentenced her to death by stoning, the Arabic-language Al-Rai Al-Youm reported.  
Also in the past 24 hours, the Popular Front for the Liberation of Palestine-General Command (PFLP-GC) announced that all foreign-backed militants who were stationed in Yarmouk Palestinian refugee camp in Southern Damascus have withdrawn from the camp. 
“The terrorists groups of Al-Nusra Front and Ibn Timieh and Al-Sahaba Battalion have withdrawn from Al-Salasin Street which was their last bastion in Yarmouk camp,” PFLP-GC’s Politbureau Chief Hessam Arafat said. .. more HERE

Siapa atau kumpulan mana yang disasarkan oleh mereka hanya mereka yang tahu..

Walau siapapun yang mereka sasarkan dalam laporan ini, ianya sebenarnya telah menjadikan bukan Islam yang percaya akan laporan ini semakin takut dan menjauhkan diri dari Islam...

Islam sekali lagi dilabel sebagai kejam oleh mereka.. macam yang kawan aku kat atas tu kata sebelum dijelaskan keadaan sebenar..

Tentang gambar yang disiarkan oleh kebanyakkan media itu pula, ianya adalah salah satu babak filem 'The Stoning Of Soraya M.'

 Ni thriller dari YouTube..

 

Direjam gara-gara Facebook & The Stoning of Soraya M & Propaganda Barat


DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail 

sumber:  sinarharian

Imej di atas sebenarnya adalah satu babak dr scene The Stoning of Soraya M,  filem  Iran. ISIS pula adalah puak pelampau di Syria, Berhati-hati dengan propaganda Barat yang ingin memburukkan umat Islam dan Pejuang Islam di Syria. 


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Saturday, 3 August 2013

Video Kerajaan dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..


Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.

Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.

Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.

Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.

Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..

Saksikan!!


Kemana menghilang macai-macai ini sekarang agaknya?

Saturday, 29 June 2013

Gara-gara tak jadi derma, hilang RM50


Insafnyaaa.... insafff!!!!
Tak kan kuulangi kesilapan itu maafkan aku dehaka pada MU

hamba khilaf..... KHILAF!!!!

Semalam pergi kedai bawa 2 keping RM 50... duit cuma masuk poket je.... bila dah siap beli barang, bayar kalo tak silap belas2 ringgit je... jadi ada baki sekeping RM1 dan 3 keping RM10..... dan masa itulah terpandang tabung derma anak yatim.
Dalam hati kata nanti nak suruh anak je masukkan duit dalam tabung derma (sebab memang kesukaan dia)..... masa tu dah keluar dari kedai. Tapi entah kenapa anak tak mahu..... dia kata segan sebab dekat cashier masa tu ramai orang. Oh.... camtu lain kali je lah time takde orang baru  masuk tabung ye.
Pergi kedai lain pulak.... masa bayar ada lagi duit semua. Last singgah kedai makan tapau teh ais dan nasi ayam sebungkus... nasi ayam tu belikan untuk jiran sebab dia tak sihat.... tak lalu makan.
Dah petang baru teringat duit baki belanja...... cari balik dalam poket memang takde....
Alamakkkk.... mesti tercicir masa beli teh ais tadi.
Masa duduk makan malam cerita pada suami.... takut juga kena marah tapi sebab ayat-ayat yang keluar berbunyi "inilah balasannya kerana tak jadi derma pada anak yatim tadi.... sekelip mata allah tarik rezeki. " suami cuma kata... haaa tau takpe...
memang selama ini pun kalau hilang pape suami tak marah sgt.... macam baru2 ni tercicir galaksi tab kat pasat tani shah alam.... suami cakap "rezeki orang yang jumpa.."

pengajaran . jangan bertangguh untuk membuat kebaikan... jangan kedekut.... jangan malu membuat kebajikan....jangan permainkan  anak yatim...DOSA!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Wednesday, 20 March 2013

Bankrap gara-gara PTPTN

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara.

Katanya PTPTN sehingga kini meminjam RM45 bilion daripada institusi kewangan, kebanyakannya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 bilion disalurkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi.

Peningkatan sebanyak 11 peratus setahun itu, kata Rafizi, dijangka mencecah paras RM100 bilion pada 2022.

"Apabila ia berlaku, ia akan mula memberi impak kepada sistem kewangan kita. Maka apa akan berlaku? Kita terpaksa menyelamatkan PTPTN," katanya semalam.

Katanya, lebih baik tabung jika tabung tersebut dihapuskan sekarang dan hutang RM30 juta itu dibiayai semula dalam tempoh 20 tahun akan datang, berbanding jika negara menanggung beban hutang RM100 bilion itu di kemudian hari.

Tambahnya, PTPTN hanya berjaya memungut RM2 bilion hutang sejak ditubuhkan pada 1997.

Beliau membandingkan dengan perkembangan di Amerika Syarikat di mana kutipan semula bayaran hutang siswa adalah kecil, sehinggalah jumlah hutang siswa meningkat kepada USD1 trilion (kira-kira RM3.12 trilion) tahun lalu.

“Sangat besar sehingga kongres AS dan senat merangka tawaran dan perundangan baru untuk memaafkan hitang tersebut, tapi bukan kerana AS mahu mencontohi tindakan kita untuk memansuhkan PTPTN.

"Mereka sedar bahawa risiko paling besar kepada kestabilan kewangan mereka, selepas pinjaman rumah dan kad kredit sebenarnya adalah pinjaman siswa.

"Jika (siswa) tidak boleh biaya, ia akan menjatuhukan kesemuanya seperti gelembung aset 2008," katanya.

Bekas akauntan itu bercakap dalam satu sesi dialog di antara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 orang anak muda di Bandar Utama, Selangor.


sumber sini



pen buruk online




Saturday, 2 March 2013

Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk


Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube.

Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di SINI

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang.

Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu?

Tonton video-video tersebut di ( SINI ) dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka..

~ DCM

Tuesday, 19 February 2013

Gara-gara video ini.. habis keburukkan Dr.Fadzilah Kamsah didedah..


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pakar motivasi tersohor dalam negara ini Dato' Dr.Fadzilah Kamsah tiba-tiba menjadi sasaran serangan Blogger Pro Pakatan Rakyat hari ini?

Semuanya kerana tersebarnya video di bawah ini,

Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video di bawah beliau mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi.

Malah menurutnya juga rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan.

Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri.

Beliau seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran, maka inilah sebabnya satu persatu wajah sebenar beliau didedahkan.

Beliau tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa beliau juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahnya "materealistik".

Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"



Apa yang telah didedahkan tentang pakar motivasi ini sila lihat di ( SINI )

Saturday, 26 January 2013

Gara-gara 'Janji Tak di tepati', 9 bilik gerakan UMNO ditutup


Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..


Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya ~ Sinar

Hmm.. kalau ahli UMNO sendiripun ditipu oleh pemimpin UMNO.. rakyat jelata yang bukan ahli UMNO lagi mudah untuk ditipu..

Yalah.. Ahli UMNO menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin..

Biarpun mereka punya kuasa untuk menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin yang bakal dipilih pula oleh rakyat biasa sebagai Wakil Rakyat namun bukanlah satu masaalah untuk menipu mereka oleh pemimpin UMNO..

Kalau ahli yang melantik pemimpin UMNO itu sebagai pemimpinpun boleh ditipu mereka.. rakyat biasa ni apalah sangat...

Saturday, 19 January 2013

Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya, Utusan diperbodohkan pembacanya pula..


Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya dengan laporan-laporan yang diputar belit.. Lidah Rasmi UMNO atau Utusan akhirnya diperbodohkan pembacanya sendiri..

Gambar di atas telah dikirimkan oleh seorang sahabat kepada aku semalam, menurut beliau ianya telah disiarkan oleh Utusan edisi cetak sehari dua yang lalu.

Beliau meminta aku mengulas… tetapi memandangkan kebelakangan ini kesibukan melanda sebab nak kejar project dateline dan malam pula semakin kerap ada meeting pasal nak pilihanraya ni aku tak berapa sempat nak ulas..

Hari ini baru ada sikit masa nak mengulas..

Dari apa yang terpapar pada gambar tersebut, ianya adalah satu makhluk misteri yang kononnya dikirimkan oleh seorang pembaca Utusan yang sempat merakamkan gambar makhluk tersebut.

Gambar tersebut menurut pengirim telah dirakamkan secara tidak sengaja pada malam 1 Januari ketika beliau mahu merakamkan percikan bunga api sempena sambutan tahun baru yang lalu.

Lihat gambar makhluk misteri yang disiarkan oleh Utusan di bawah ini..


Benarkah ianya adalah makhluk misteri?

Editor Utusan telah diperbodohkan oleh pembacanya yang mengirimkan gambar tersebut sebenarnya..

Ini kerana gambar objek yang dikatakan misteri ini sebenarnya boleh dihasilkan dengan salah satu applikasi telefon pintar berkenaan (S3 Photo Mood Effect New 2012)

Untuk imej yang lebih jelas sila lihat di ( SINI )