Showing posts with label Kebangkitan. Show all posts
Showing posts with label Kebangkitan. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Kebangkitan pengaruh menantu dalam PAS..


Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.

Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Golongan profesional yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan oleh kerana hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Selain Mohamad yang kalah di kerusi Parlimen Pendang, Salahuddin Ayub tewas dikedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Datuk Husam Musa kalah di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi menang di kerusi DUN Salor, Bagaimanapun, Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob.

Dr Dzulkefly Ahmad pula kalah di Parlimen Kuala Selangor.

"Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam PAS untuk menang," kata satu sumber dari kepimpinan tertinggi PAS.

“Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," katanya.

Isu Kota Damansara 

Zaharudin yang dikenali sebagai Din Ayam itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara - sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.

Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.

Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan 22,172 undi.

Sumber dalaman PAS Selangor memberitahu The Malaysian Insider Zaharudin menggunakan latarbelakang sosialis Nasir sebagai alasan untuk mempengaruhi Abdul Hadi menandatangani watikah Rizuan walaupun Datuk Mustafa Ali yang mengepalai PAS dalam rundingan kerusi antara parti PR sudah bersetuju Presiden PSM itu sebagai calon Kota Damansara dengan menggunakan tiket PKR.

“Bila Nasir menang atas tiket PKR pada 2008, Zaharudin yang menetap di seksyen 8 Kota Damansara tak berpuas hati.

Katanya Nasir tidak cukup Islam, tidak selalu di masjid dan memuja Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin yang merupakan tokoh-tokoh komunis,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Mustafa Ali terpaksa turun ke Kota Damansara berceramah bersama Dr Nasir untuk jelaskan kedudukan sebenar kepada orang ramai akan tetapi program itu diboikot oleh PAS kawasan,” tambah beliau merujuk kepada Setiausaha Agung PAS.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi menyelar calon PKR yang dikatakan bermahzab sosialis walaupun tidak menamakannya secara terbuka.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? “Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Rusia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin dalam sebuah klip video di Youtube.

Abdullah-Khairy

Isu Zaharudin ini mengingatkan kita tentang kisah bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang dikatakan dipengaruhi dengan kuat dalam pelbagai perkara oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa memimpin Malaysia.

Khairy disalahkan oleh pembesar-pembesar Umno yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menjadi punca BN gagal mengekalkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya 2008 dan kehilangan penguasaan terhadap beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain gagal merampas Kelantan.

Akibatnya, Abdullah terpaksa bersara lebih awal pada 3 April 2009 untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya.

Abdullah kini sudah bersara daripada politik Malaysia akan tetapi Khairy masih bertapak sebagai Ketua Pemuda Umno dan dilantik sebagai menteri belia dan sukan selepas Pilihan Raya 2013.

Pilihan Raya 2013 juga menyaksikan keputusan merosot PAS apabila hanya mendapat 21 kerusi Parlimen berbanding 23 yang mereka perolehi pada 2008.

Rakan-rakan PR lain DAP dan PKR masing-masing mendapat 38 dan 30 kerusi pada 5 Mei lalu.

Negeri Kedah yang dikuasai PAS pada 2008 juga tumbang pada 2013 dan kedegilan Abdul Hadi yang tidak mahu menggantikan Tan Sri Azizan Razak dengan nama lain sebagai calon menteri besar negeri jelapang padi itu dikatakan menjadi penyumbang utama kekalahan.

Apakah isu menantu Abdul Hadi ini akan turut menjadi punca kejatuhan Ahli Parlimen Marang itu?

Setakat ini masih belum nampak kerana kuatnya pengaruh Abdul Hadi yang dianggap sebagai ulama berpengaruh dalam parti Islam itu.

Wednesday, 20 March 2013

Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.


Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.


Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.





Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Saturday, 19 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang.. (video inside)


Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.

Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.


SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.

Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di ( SINI )

Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..


Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..

Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..


Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..

Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...

Lautan? Manusia juga hadir..

Mereka dilayan umpama pelarian..
Hanya untuk mendapatkan sedikit imbuhan..
Ada yang pengsan kerana bersesak-sesak untuk mendapatkan habuan
Habuannya hanya sekampit beras dan juga tepung.
Diangkut dengan puluhan bas dari serata negeri

Warga asing? turut memeriahkan majlis Najib.
Mereka datang kerana Najib atau kerana Beras atau imbuhan yang dijanjikan?


Agak sukar untuk mencari gambar-gambar Himpunan Najib ini sebenarnya, kerana hari ini boleh dikatakan kebanyakkan macai-macai UMNO peliharaan Najib lebih suka untuk melaporkan tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat..

Malah ada antara mereka yang lebih aktif dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dalam melaporkan program yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat.

Mungkin mereka menyedari program Najib pasti tidak akan mendapat sambutan sebagaimana program Pakatan Rakyat, kalau siarkan dalam blog pun bukan ada orang nak tengok sangat pun...

Gambar-gambar di atas datangnya dari FB Semenyih Kini

Ini sekeping gambar dari Himpunan KEbangkitan Rakyat.. bandingkan dengan gambar Himpunan Najib kat atas tu..


Yang hadir di Stadium ini.. tidak diberikan walau sebutir beras sekalipun oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat malah segala perbelanjaan untuk hadir adalah ditanggung sendiri..

lagi gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat tu sila lihat di ( SINI ), Video sila lihat di ( SINI )