Showing posts with label Depan. Show all posts
Showing posts with label Depan. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Ramainya yang hadir demo ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara nie..


Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.

Siri jelajah ‘Anwar Dalang Lahad Datu’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.


Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

“Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang,” laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.


Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara.

Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today..


Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu...

Berapa orang yang hadir??.. kiralah pada gambar di bawah ni..


Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI..

Sunday, 20 January 2013

Samseng Depan Balai...


Malam tadi melepak dengan member2 kat Sunway, salah sorang daripadanya adalah Pegawai yang bertugas malam tadi di Balai Kajang, Inspektor "R"..... mood dia agak kureng sikit malam nih kerana tak cukup tidur dan mental blocked melayan kerenah pelajar2 yang menyokong si Umar Muhammad Azmi.

Menurut Inspektor "R"... nasib Umar kurang baik semalam (pada hari jumaat), dan masuk jel (reman 2 hari) sementara menunggu untuk failkan rayuan pada hari Isnin (esok)... itu prosedur dan memang tak bleh nak buat apa... malangnya Balai Kajang pun kurang baik jugak nasibnya kerana menjadi tempat transit kepada si Umar tuuu... hhahahaaa...

Yang membuatkan dia bengkek..., dalam kelompok 20 ke 30 orang pelajar tu ada yang nak tunjuk samseng... dia ada sebut nama, tapi gua tak berapa nak ingat beb... sorang tu namanya Anang ntah anak siapa dan sorang lagi bernama Razak bin apa ntah... wa phuchitau...

Dua ekoq nih agak agresif dok provoke Polis..., so kepada budak2 nih... lu orang kena ingat beb, jangan provoke berlebihan orang yang tak cukup tidur dan kepala kacau tu... diorang tu stress beb... silap haribulan berkecai pulak ubun-ubun kepala lu orang yang masih tak berapa nak keras lagi tuuu....

Dia dah bagi lu orang berkhemah depan balai pun dah cukup bagus beb..., jangan buat khemah atas laluan awam... tak cerdik namanya beb... member siap tarbiyah budak2 pelajar tu semalam.... umur baru awal 20an dah nak tunjuk samseng....

Nak protes itu lu orang punya hak... katanya, tapi buat laaaa... dengan cara yang betul beb..., Gua pun faham dan gua mengaku selama ini gua pun mencaci Polis... gua kutuk2 Polis... dan gua jugak gelarkan Polis tu sebagai Anjing umno beb..., tapi cacian gua kepada Polis2 yang perangainya serupa Anjing Polis umno laaaaaa.... hahahaha....

Buat pengetahuan, member gua nih jenis penyabar beb.... dia jugak laaaa... yang lepaskan peserta Bersih 2 dalam roadblock di satu kawasan tempat beliau bertugas..., sebab dia pun bencikan umno.... hahahaha... dia pun mengaku disebabkan sumpah janji setia dalam perkhidmatan sebagai polis... dia mengikut arahan jer... walau hati sakit beb...

Kepada budak2 yang berkhemah depan Balai Kajang tuuuu... gua nasihatkan kepada lu orang supaya balik dan tidur dirumah jelah... bukannya apa beb... gua dapat tau gang2 Pekida Sg. Jelok nak pi rembat sorang dua yang keras kepala dari kalangan budak2 pelajar tu... terutama sekali mamat yang cuba nak terjah ke bilik penjara semalam.... hahahaha...!!!!

Memang bunyinya macam tak logik, tapi modus operandinya nanti akan menunjukkan lu orang yang berkhemah yang bersalah.., lagipun tindakan protes tu tanpa perancangan yang lengkap.... jadi sendiri mau ingat laaaa....

(takan gua nak dedahkan (modus operandi pekida) di sini beb.... nanti gua pulak yang tak selamat... kah... kah... kah...., lagipun gua pun suka jugak kalau budak2 pelajar yang berOtak senteng depan Balai Kajang tu kena cepuk beb... umur mentah lagi dah nak tunjuk samseng dan kurang ajar, macam la badan tu dah kebal sangat..)

Kepada mamat yang cuba terjah ke sel penjara pada malam semalam... kalau lu baca apa yang gua taipkan nih, tindakan lu semalam memang BODOH laaaaa.... otak lu masih senteng..., nak berjuang tu... berjuang laaaa... tapi guna akal beb....!!!! Nasib baik lu tak kena pelupuh dengan anggota polis malam tuuuu... jika tidak jadi bahan buat blogger2 PR yang tak tau punca kejadian belasah menghentam Polis... padahal lu yang jadi punca kekecohan dalam rumah orang... sendiri mau ingat laaaa....

Adalah lebih baik lu orang buat Khemah depan rumah Hakim yang jatuhkan hukuman tuuuu... bukannya buat khemah depan Balai Polis Kajang tempat member lu orang "transit untuk 2 hari, sementara menunggu rayuan pada hari Isnin"... itupun tak boleh pikiaq kaaaaa.....!!!!

Nota: Kadang kala ada perkara yang boleh disokong dan ada yang tidak... bukannya sekadar melihat gambar dah boleh ulas sesuatu isu, sekeping gambar tidak boleh menjelaskan sepenuhnya... hehehehe....