Showing posts with label kalah. Show all posts
Showing posts with label kalah. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Ali Rustam dah tidak siuman sebab kalah dalam PRU?


PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis,” kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal,” tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.

"Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.

Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.

Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.

Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku ” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO

Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek.

Thursday, 25 July 2013

Bantuan khas RM500,Najib kalah kepada Khalid Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.
Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - BERNAMA

Ooo.. Patutlah PAS kalah di Kuala Besut.. Ini sebabnya rupanya..


Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN. 

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu. 

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah.

~ The Malaysian Insider

Saturday, 29 June 2013

Orang Taiping yang kalah jadi Speaker DUN Perak.


Devamany anak kelahiran Taiping kini Speaker DUN Perak. Kini sudah tentu Palanivel ,Presiden MIC selamat di Cameron Highland. Justeru beliau,Devamany mesti menerima habuan jadi Speaker,kerana kerusi Sungai Siput kerusi maut buat MIC.

IPOH: Naib Presiden MIC, Datuk K. Devamany telah terpilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-13, menewaskan calon Pakatan Rakyat, S.Sivakumar pada pemilihan yang berlangsung tadi.

Devamany memperolehi 31 undi manakala Sivakumar 28 undi.

Devamany adalah bekas calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Sungai Siput tetapi tewas kepada calon Pakatan.

Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput buat pertama kali tewas kepada penyandang kerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memenanginya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2, 793 undi.


Sementara itu untuk jawatan timbalan speaker pula, calon BN iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasarudin Hashim turut memperolehi 31 undi mengalahkan calon Pakatan Rakyat dari PKR, YB Abdul Yunus Jamahri yang mendapat 28 undi

Saturday, 30 March 2013

Panas RTM kalah kes fitnah ADUN

ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.

“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”

PBO: kena ambil tindakan tatatertib ke atas kakitangan awam tuh...



pen buruk online




Sunday, 3 February 2013

UMNO kalah,DYMM Agong dibawa dengan helikopter- DS Nizar.

DS Nizar dalam siri ceramah "Ini kalilah" untuk Selamatkan Malaysia di Kg Kubu Bukit Gantang,pada 25 Janauari lalu menekankan serba kemungkinan untuk UMNO mengekalkan kuasa. "DYMM Agong ,mungkin dibawa lari dengan helikopter, jika UMNO kalah" kata DS Nizar."Perkara ini dah dibuat di Sabah"tegas Nizar.  " Mana terfikir kita 60 anggota polis masuk DUN Perak ,untuk mengurung Speaker .YB Sivakumar."  Apabila ditanya pada sepupu Najib Hishamudin,inilah seni dalam politik.Lantas DS Nizar meminta penduduk Perak dan Malaysia kena fikir di luar jangkaan ,untuk memastikan BN jika kalah tidak boleh melakukan penipuan lagi.



Saturday, 19 January 2013

Ramal UMNO/BN kalah pun kena gantung tugas?.. Alahai takutnya depa..


Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan.

“Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme,” ujar Nik.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu.

Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka.

“Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13.

Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu. Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu.

Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu.


http://www.keadilandaily.com/?p=43151