Showing posts with label Yaacob. Show all posts
Showing posts with label Yaacob. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk


Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube.

Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di SINI

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang.

Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu?

Tonton video-video tersebut di ( SINI ) dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka..

~ DCM

Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara


Petikan dari Malaysian Digest hari ini, Salih Yaacob mengumumkan persaraan beliau dari industri seni tanah air.

bangkang di longkang salleh yaacob, salih yaakup dikritik parti pembangkang, video salih yaakob dan nabil raja lawak, vide salleh yaacob dan nabil kutuk pembangkang, video salleh yaacob kutuk pakatan rakyat, video bangkang dari longkang salleh yaacob dan nabil raja lawak

Keputusan itu diambil beliau kerana timbulnya sebuah video di Youtube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”, katanya.

Kepada mereka yang belum menonton, boleh menilai sendiri video tersebut dibawah.


 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿