Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Teresa Kok ditampar selepas ceramah lapor Utusan


Utusan Malaysia menyiarkan berita Teresa Kok ditampar selepas ceramah pada jam 11:42 malam semalam. Di muka hadapan Utusan Online ditulis seperti berikut..

PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan…


Namun begitu apabila link dibuka, berita tersebut telah dipadam seperti keratan di bawah..


Kenapa berita tersebut dipadam, bimbang disaman… atau mungkin Utusan membuat rujukan daripada blog macai Umno dan mengetahui ia tak betul dan ia terpaksa dipadam!

Perkara ini telah disedari oleh EkEleh dan disiarkan di ( SINI )

Google membuktikan apa yang disiarkan oleh EkEleh itu adalah benar...


Kesian.. dah tak ada berita yang nak disensasikan ke?

Sebenarnya tak ada sesiapapun yang menampar Teressa Kok di Permatang Pauh malam tadi, cuma ada seorang lelaki berbangsa melayu yang keluar dari kalangan pendengar ceramah dan terus ke Teresa Kok dan menghulurkan tangan bersama sebiji telur tembelang..


Ianya berlaku selepas Teresa kok menyampaikan ceramah dan penerangan video yang sedang di fitnah kepadanya..

Bagaimanapun pengawal keselamatan berjaya menangkap lelaki terbabit dan serahkan kepada pihak Polis..

Lelaki tersebut dipercayai terpengaruh dengan satu cabaran dari laman Facebook yang boleh dilihat di ( SINI )

Friday, 28 February 2014

Berita tentang Anwar dari Jepun yang tak disiarkan Utusan, TV3 dan seangkatan dengannya...



Bila Anwar dihalang dari memasuki Jepun pada 20 Januari lalu, maka riuh rendahlah Utusan, TV3 dan lain-lain media yang ditunggang UMNO/BN memainkan isu ini.

Bukan media-media itu saja ianya juga disiarkan oleh berbagai blog-blog Pro UMNO dengan berbagai-bagai tajuk dan berbagai ulasan dengan tujuan untuk menjahanamkan imej Anwar.

Ada yang mendakwa Anwar ihalang dari memasuki Jepun kerana kesalahan meliwat, sedangkan ianya jelas satu fitnah kerana tiada Mahkamah yang telah mensabitkan kesalahan tersebut dengan Anwar.

Tapi hakikat sebenar Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun ialah sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki Jepun.

Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga.

Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon Surat Kebenaran Khas untuk memasuki negara Jepun.

Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihaknya gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan:

CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien) Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. 

Dan akhirnya Anwar telah memasuki Jepun semalam dengan selamatnya...

Anwar buat kemunculan semula ke Jepun

SHAH ALAM - Selepas niat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki Jepun pada 19 Januari lalu terhalang, beliau pada hari ini bagaimanapun telah selamat sampai ke negara tersebut.

Menurutnya, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

"Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

"...acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media," tulis Anwar di laman Facebooknya.

Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon,Tan Sri Yohei Sasakawa ~ Sinar Harian

Errr.. ada tak berita Anwar masuk Jepun ni dalam Utusan, TV3 atau lain-lain media tunggangan UMNO?

Laporan tentang Anwar dihalang dari memasuki Jepun sebelum ini sila baca di SINI

Saturday, 22 June 2013

Utusan sudah berusia 75 tahun tetapi ....

18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu. Daripada pejabatnya di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.

Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.

baca lagi ..




Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.





Jika bangsa lain boleh mengekal bahasa dan tulisan asalnya melalui akhbar sendiri, harapan kepada Utusan Malaysia menjadi wadah ini bagi mempertahankan tulisan jawi hilang terus di dunia.

Kerajaan UMNO masih tak sedar, pendidikan di sekolah menepikan tulisan warisan sehingga orang Melayu hilang jati diri.

Utusan Malaysia sepatutnya menjadi akhbar pembina bangsa, pencetus minda, pembawa perubahan dan inovasi, tetapi malangnya walaupun umur sudah 75 tahun tetapi UM makin jumud dan rasis.

Sebelum PRU-13 sebahagian besar editor UM telah ditukar dan beberapa bahagian daripada Utusan ini dikuasai oleh kumpulan inteligen khas yang membongkar beberapa siri pendedahan dan pencentus kepada ketegangan bagi kepentingan politik UMNO.

Mereka memainkan minda rakyat supaya wujud 'ketegangan' yang sangat tidak beretika.

Mungkin pembaca tidak jelas apa yang saya maksudkan, saya akan bagi satu contoh mudah. Pendedahan Video Seks Mustafa Ali adalah satu perancangan inteligen. Kes Mustaffa Ali ini telah didedahkan beberapa tahun lalu, tapi isu ini mati.

Cuba berfikir, kes video ini didedah internet dan pada masa yang sama ada tangkapan tentang pengedaran video di Hulu Terengganu. Utusan menjadi master maid dalam isu ini, sebab itu berita penangkapan ini pada awalnya disiarkan di Utusan sahaja tidak di akhbar-akhbar lain.

Tujuan penangkapan itu hanya memberikan lalu untuk Utusan memainkan isu ini. Inteligen yang ada dalam utusan memang mempunyai link dengan PDRM untuk menyebar luas maklumat ini. Utusan tak nak melihat dirinya yang beriya-iya menyebar luas maklumat. Tangkapan itu hanya 'politik inteligen' dalam Utusan Malaysia sahaja.

Cuba fikir, yang kena tangkap itu sekarang ada dimana dan kes itu sekarang sampai mana?

Yang ditangkap pula kata dia diupah oleh PKR. Ini satu lagi mainan politik untuk melemahkan PR pada PRU-13.

Saya dedahkan perkara ini untuk menyatakan Utusan Malaysia menjadi jumud dan rasis bukan kerana apa tetapi kerana UM dikuasai inteligen yang dihantar oleh kepimpinan UMNO untuk kepentingan diri sendiri dan malangnya perbuatan ini menghancurkan Utusan Malaysia yang lahir sebelum UMNO demi kebangkitan 'bangsa Melayu'.

Polis Pencen
http://polispencen.blogspot.com


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Monday, 4 March 2013

“Saya akan saman Utusan sekali lagi" kata Anwar Ibrahim


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.


“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Gambar-gambar hadirin sila lihat di ( SINI )

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.


“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang ~ Keadilandaily


Mendengar ceramah sebelum memberikan ucapan..

Lagi gambar-gambar semasa ceramah sila lihat di ( SINI )

Monday, 4 February 2013

Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail kerana memfitnah

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.

Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.

“Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar,” katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.

Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.


PBO: kantoi lagi surat khabar mengampu ni.

pelbagai lagi Utusan kantoi memfitnah




Thursday, 31 January 2013

BUKTI UTUSAN IKTIRAF PAKATAN RAKYAT

Utusan dan Berita Harian mula melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat. Tapi masih ramai pimpinan Pakatan yang sanggup diperbodohkan oleh Utusan dan Berita Harian. Macam budak kecil berebutkan sesuatu. Kenapa mesti dedahkan diri pada musuh yang nyata? Inilah antara kelemahan Pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak mulut. Masing-masing nak bercakap. Hasrat UMNO BN nak lagakan pemimpin Pakatan mula berhasil. 
Pun begitu, bila Utusan dan Berita Harian sibuk mencari calon PM, secara tidak langsung mereka mengakui peluang Pakatan untuk memerintah memang ada. Jadi mereka tolong carikan siapa PM yang sesuai nanti...

Monday, 21 January 2013

Anwar menang saman terhadap Utusan, mahkamah kata Utusan tidak bertanggungjawab


Setelah berkali-kali disahkan menyebar fitnah.. hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia media kebanggan pencacai UMNO disahkan sekali lagi menyiarkan fitnah..

Mahkamah Tinggi hai ini memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Datuk VT Singham juga berkata ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” Hakim Singham memberitahu mahkamah.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif.”

Here are the report from The Malaysian Insider..

KUALA LUMPUR, Jan 21 — Datuk Seri Anwar Ibrahim won his defamation lawsuit today against Utusan Malaysia after the High Court here ruled that the newspaper had “distorted” the opposition leader’s words to suggest he backed the lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) movement.

Justice Datuk VT Singham also said the Umno-owned daily did not practise responsible journalism, in addition to disregarding a golden opportunity to correct itself after Anwar (picture) had sent a legal notice asking for clarification.

“The articles ... were distorted, incorrect version of the events ... and taken out of context,” Singham said in his judgment.

“The court is satisfied that the words (in the articles) are defamatory to the plaintiff.”

The judge said it was “crystal clear” that Anwar did not say that LGBT activities should be legalised in his BBC interview, and the Utusan articles had suggested that Anwar was unfit to hold public office and be the opposition leader.

Anwar had in January filed the defamation suit seeking RM50 million in damages and an injunction to stop Utusan and its editor-in-chief from repeating statements accusing him of being a gay rights proponent.

At a hearing on July 18, Anwar had told the court that it was “public knowledge” that Utusan Malaysia was Umno-owned and that it took orders from the party’s president.

He also agreed then that homosexuals should be discriminated against to protect the sanctity of marriage, but pointed out that archaic laws should be reviewed to prevent innocent people from being punished.

Earlier this year, Anwar was acquitted of a charge of sodomising former male aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, with the High Court ruling that the prosecution had not done enough to prove the opposition leader had committed sodomy against Saiful.

Just days after Anwar was exonerated, Utusan Malaysia front-paged a story titled “Anwar ulas isu gay” (Anwar discusses gay rights), claiming the Pakatan Rakyat (PR) de facto leader had told a BBC interview that laws on homosexuality in Malaysia were considered “archaic” and “not relevant”.

Sunday, 20 January 2013

Utusan Seks Melayu...., Fitnah Lagi.

Utusan Seks Melayu.... "Perosak Pemikiran Rakyat", buat fitnah lagi.....

Ada ka patut akhbar pencacai nih buat fitnah mengatakan ada peniaga raih keuntungan RM5000 dalam masa empat jam.... perghhhh... macam ni punya bisnes gua pun nak join beb...!!!!

Beritanya di sini.

Di khabarkan mamat tu berniaga jual baju T dalam Perhimpunan Shamsidar (definasi umno laaa...) hahaha..., tapi tak pulak ditepekkan gambar baju T yang mamat tu jual sebagai bukti... hehehe..., ntah2 mamat tu jual baju T bertemakan "#KL112" ataupun baju T "R".... hahahaha....

Tak pulak ditepekannya gambar muka peniaga tu... bagi mensahihkan lagi berita diorang...., setakat tulis macam tu nenek gua yang dalam kubur pun fikir 100 kali nak percaya dengan utusan seks malaysia tuuuu... wakakakkaaaaa.....!!!!

Berdasarkan logik akal, boleh di andaikan berita tu betul beb.... sebabnya dengan jutaan umat manusia yang melaut di Kota KL semalam.... ramai peniaga senyum gumbira beb... terutamanya peniaga makanan dan minuman yang berniaga keperluan asasi manusia beb...!!!!

Bagi peniaga spesies umno laknatullah yang tutup perniagaan diorang semalam pasti hantuk kepala kat dinding batu menyesal tak sudah melihatkan rakan2 perniagaan yang lain untung berkali ganda untuk beberapa jam sahaja.... kah... kah... kah...

Itulah akibatnya kalau taksub dengan umno laknatullah... bukannya  ada untung tapi rugi lagi adaaaa.... hahahaha... 

Walau apa pun... dalam isu berita yang dilaporkan oleh utusan seks malaysia nih..., gua suka ambik perkataan dari Menteri Bangang Lagi Bahalol ini iaitu berita tersebut sebagai "Win-Win Situations" punya berita jelah...

Di mana akhbar tersebut sebenarnya malu nak mengaku perhimpunan "HKR - #KL112" telah berjaya membuatkan ramai peniaga2 di KL meraih keuntungan berlipat kali ganda semalam, sekaligus menafikan dakyah serta pembohongan dari akhabr diorang selama ini bahawa setiap Perhimpunan yang di buat oleh Pihak Pembangkang Malaysia menciptakan kontroversi dan merugikan peniaga.

Nak bercerita pulak pasal Menteri Bangang Lagi Bahalol yang gua berikan link kat atas tu, malaun nih buta sejarah atau sememangnya BODOH sejak azali lagi...., apa yang Mahadeath buat dalam tahun 80an-90an kepada institusi Raja2 tu apa kebendanya...????

Sudah gaharu cendana pulak, sudah botak akal pun tarak... bodoh punya menteri Jelebu nih..., tu la pasal kecik2 tak nak mampus... dah tua bangka rumah kata pergi kubur kata mari... masih nak kongkek dan perbodohkan pemikiran rakyat malaysia.

Apa lu ingat rakyat malaysia nih patung cendana yang lu boleh kongkek belakang pintu sesuka hati luuuuu.... bodoh wal bangang punya menteri... tak habis2 nak membodek mengampu...!!!!

p/s: Sori naik lori laaaaa.... jijik bagi gua nak tepek muka menteri tua kaki ampu kaki bodek tegar dari umno laknatullah tuuuu.... buat kotoq blog gua jer.... hahahahaha.... harap2 Jelebu nanti dapat YB baru laaaaaa.... selepas PRU13 nanti, yang ada sekarang nih lu orang campakkan dalam neraka jahanam jer....!!!!

Tak pun lu orang flushkan dia dalam lubang seperti dalam gambar kat atas tuuuuu.... muakakakakaaaa....!!!!

Saturday, 19 January 2013

Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya, Utusan diperbodohkan pembacanya pula..


Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya dengan laporan-laporan yang diputar belit.. Lidah Rasmi UMNO atau Utusan akhirnya diperbodohkan pembacanya sendiri..

Gambar di atas telah dikirimkan oleh seorang sahabat kepada aku semalam, menurut beliau ianya telah disiarkan oleh Utusan edisi cetak sehari dua yang lalu.

Beliau meminta aku mengulas… tetapi memandangkan kebelakangan ini kesibukan melanda sebab nak kejar project dateline dan malam pula semakin kerap ada meeting pasal nak pilihanraya ni aku tak berapa sempat nak ulas..

Hari ini baru ada sikit masa nak mengulas..

Dari apa yang terpapar pada gambar tersebut, ianya adalah satu makhluk misteri yang kononnya dikirimkan oleh seorang pembaca Utusan yang sempat merakamkan gambar makhluk tersebut.

Gambar tersebut menurut pengirim telah dirakamkan secara tidak sengaja pada malam 1 Januari ketika beliau mahu merakamkan percikan bunga api sempena sambutan tahun baru yang lalu.

Lihat gambar makhluk misteri yang disiarkan oleh Utusan di bawah ini..


Benarkah ianya adalah makhluk misteri?

Editor Utusan telah diperbodohkan oleh pembacanya yang mengirimkan gambar tersebut sebenarnya..

Ini kerana gambar objek yang dikatakan misteri ini sebenarnya boleh dihasilkan dengan salah satu applikasi telefon pintar berkenaan (S3 Photo Mood Effect New 2012)

Untuk imej yang lebih jelas sila lihat di ( SINI )