Showing posts with label letak. Show all posts
Showing posts with label letak. Show all posts

Friday, 7 March 2014

'Kajang Move' bakal merempuh tembok... Khalid tak akan letak jawatan!


Tentu ramai yang dah boleh membaca apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Kajang Move' yang kini sedang digerakkan di Kajang, Selangor..

Bagi yang masih tak dapat membaca strateginya begini...

Oleh kerana Kajang telah dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang besar, makan ADUN Kajang sebelum ini telah diminta mengosongkan Kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar.

Anwar Ibrahim akan bertanding sebagai ADUN, tujuannya ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Jika Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi DUN itu (jika.. kerana sudah ada khabar angin mengatakan akan berlaku sabotaj dari dalam PR sendiri)..

Selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli DUN, Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan Menteri Besar yang kini disandangnya.

Nampak mudah bukan jika semuanya berjalan lancar?

Tetapi apa yang berlaku kini ialah 'Kajang Move' kelihatan sedang menghala kearah tembok batu yang semakin kukuh.

Khalid Ibrahim dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya..

Mahu atau tidak mahu 'Kajang Move' terpaksa diteruskan juga dengan melanggar tembok yang ada melalui dua pilihan yang masih ada..

Jika ini berlaku, yang melanggar akan cedera yang dilanggar turut cedera.....

Laporan berkaitan..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya. 
Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu. 
Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya. 
"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor. 
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor. 
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti. 
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor ~ The Malaysian Insider 

Pesanan buat pemimpin PKR disana.. kalau nak teruskan juga dengan pilihan yang ada tu biarlah umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak..

Monday, 24 February 2014

Khairy dedahkan punca P. Waytha Moorthy letak jawatan..


Kalau benarlah apa yang didakwa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemimpin Hindraf ini, maka tiada bezanyalah beliau dengan lain-lain pemimpin MIC..

Seorang sahabat suatu masa dulu pernah menyatakan, bukan Kerajaan Barisan Nasional tidak membantu kaum India tapi bantuan hilang ditengah jalan ditelan pemimpin MIC katanya..

Dari apa yang Khairy jelaskan dalam mempertahankan Najib melalui Twitter miliknya dari serangan Pemimpin Hindraf P. Waythamoorthy yang mendakwa beliau meletakkan jawatan Timbalan menteri kerana kegagalan Perdana Menteri dalam menjaga janji-janji kepada masyarakat India.

Ketua Pemuda Umno itu berkata Waythamoorthy mahukan kawalan ke atas dana yang dimaksudkan untuk masyarakat India tanpa melalui saluran yang betul.

Itu kelihatan menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh kebanyakkan pemimpin MIC suatu masa lalu dimana bantuan untuk Kaum India disalurkan melalui mereka supaya boleh ditapis mereka..


Khairy tidak menjelaskan berapakah jumlah dana yang dimaksudkan, tetapi satu sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini telah mendedahkan kepada MalaysiaGazette

... DALAM satu sidang media hari ini, Pengerusi Hindraf mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri telah memungkiri janji yang dimeterai dalam satu memorandum di antara Barisan Nasional dan Hindraf.

Sidang media sehala (wartawan tidak dibenarkan bertanya soalan) selama 15 minit itu dijadikan platform P. Waytha Moorthy untuk menghentam kerajaan terutamanya Perdana Menteri tanpa menjelaskan sebab sebenar peletakan jawatan beliau.

Berulang kali beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji namun Waytha Moorthy gagal menyatakan secara terperinci mengenai apakah janji yang telah dilafazkan oleh Najib sebelum ini.

Seorang sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini memberitahu MalaysiaGazette, Waytha Moorthy telah menghantar cadangan kepada Perdana Menteri pada Jun tahun lalu supaya sebuah Unit Pembangunan Komuniti India ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana beliau bertanggung jawab terhadap jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan akan dilengkapi dengan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah, pegawai pentadbiran serta mempunyai kuasa eksekutif dan bajet tersendiri untuk melaksanakan program-program pembangunan kaum India yang telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman BN-Hindraf.

Dengan itu, Waytha Moorthy telah meminta bajet operasi sejumlah RM70 juta setahun untuk tempoh 2013 sehingga 2017 bagi membiayai operasi yang terdiri daripada 231 kakitangan awam dan 300 kakitangan daripada Hindraf.

Selain bajet operasi, Waytha Moorthy turut meminta bajet berasingan berjumlah RM4.5 bilion setahun selama lima tahun untuk melaksanakan program-program yang telah dipersetujui dalam MoU BN-Hindraf.

"Kaedah pelaksanaan yang dicadangkan Waytha Moorthy bercanggah dengan sistem penyampaian kerajaan di mana Hindraf mahu menjadi penyudah (final touch point) inisiatif kerajaan kepada masyarakat India.

"Cadangan tersebut bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini," kata sumber tersebut lagi.

Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, katanya, Waytha Moorthy tetap menggesa Perdana Menteri supaya meluluskan bajet berjumlah RM4.5 bilion yang akan diletakkan di bawah Hindraf.

Sekali lagi, Najib bertegas menolak permintaan tersebut kerana perkara seumpama itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Daripada menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri di atas kegagalan pelaksanaan memorandum tersebut, Hindraf sepatutnya mengakui kesalahan sendiri dan memikul tanggung jawab terhadap kegagalan pelaksanaan program-program untuk membantu kaum India,” katanya. - MalaysiaGazette

Korang ingat lagi tak ayat ni.. MAKKAL SAKHTI!!

Tentu ingat lagikan... sebab Anwar Ibrahim sering melaungkannya dalam setiap ceramah ketika Hindraf bersama Pakatan Rakyat suatu masa dulu..

Ada hikmah rupanya kenapa Pemimpin Hindraf ini tidak kekal bersama Pakatan Rakyat... perangai dia sama macam perangai pemimpin MIC..

Bayangkan jika beliau kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga selepar PRU13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya.. dan beliau umumkan menyokong BN disaat-saat Anwar berhadapan denga PRK Kajang..

Tentu amat mengecewakan ramai...

Tapi jangan takut.. kalaulah sekarang selepas meletakkan jawatannya dari kabinet Najib beliau menghampiri Anwar mungkin beliau akan diterima semula untuk bersama Pakatan Rakyat..

Sebab Anwar Ibrahim tak pernah serik!!

Yang tak faham Bahasa Malaysia tu sila baca di The Malay Mail Online di ' Waythamoorthy quit over fund ‘control’ issues, minister claims '


Thursday, 21 March 2013

PAS letak 22 calon wanita bertanding PRU.

Puan Rohawati ,Ketua Dewan Muslimat PAS  Lumut salah seorang bakal calon  dalam kalangan wanita. Beliau dijangka bertanding di DUN Pasir Panjang ,menggantikan DS Nizar yang bertanding di DUN Changkat Jering dalam PRU 13 ini.  

KUALA LUMPUR: PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.

Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.

"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.

Selain itu, kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.


Tuesday, 19 February 2013

Najib letak jawatan?.. siapa punya kerja pulakdah nie..


Dalam beberapa laman FaceBook hari ini telah tersebar image di atas, Ianya memaparkan satu kenyataan kononnya 'PM Secara rasminya meletak jawatan' yang tersiar di portal Kementerian Penerangan.

Angkara siapa entahlah.. antara isi berita yang disiarkan ialah 'Dato Seri Najib secara rasminya meletak jawatan selaku Perdana Menteri di atas desakan rakyat Malaysia.

Selain dari Najib dibuli lagi ianya juga mendedahkan kepada kita semua bahawa selain lembab portal Kementerian Penerangan itu boleh ditembusi oleh penggodam dengan mudah..

Bagaimanapun Kementerian Penerangan telah mengambil tindakan awal dengan memadam kenyataan palsu itu..

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Dan kenyataan akhbar berikut telah dikeluarkan..


Kesian kat Najib.. apalah suwey dia ni.. Bulan Februari ini bermacam-macam perkara memalukan dah terjadi terhadapnya...

Bermula dari sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang lihat di ( SINI ), di malukan oleh Psy lihat di ( SINI ).. dan semalam dimalukan lagi di ( SINI )

Monday, 4 February 2013

Hello Najib, mana kau nak letak muka selaku PM?

Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini – dengan menduduki tangga ke-145 daripada 179 negara – sejak indeks tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Reporters Without Borders yang mengeluarkan indeks berkenaan antara lainnya menyebut, kedudukan buruk itu antara lainnya disebabkan tindakan polis ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lalu.

Malaysia mencatat kedudukan ke-141 pada 2010 dan memperbaikinya ke tangga-122 pada 2011-2012.

Ia juga menyatakan bahawa negara Bangladesh, Libya, Kyrgyzstan, Thailand, Indonesia dan Brunei mencatat kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Singapura mencatat kedudukan ke-149 manakala Burma melangkaui 18 kedudukan selepas mengalami "perubahan dramatik" pada tahun lalu.


sumber sini