Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Angkara Kezaliman BN Kedah, Kakitangan Insaniah Holdings Bakal 'Makan Ketupat Berendangkan Pasir' Aidil Fitri Ini?


Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak.

"Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN.

Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang.

Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan. Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan!

Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil. Selepas Pakatan tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan.

Kerajaan negeri tidak meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu.

Ada cakap liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang membayar gaji staf Insaniah Holdings'.

Kakitangan Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan.

Antara tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana, Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada tindakbalas positif yang diterima.

Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak dapat berbuat apa-apa.

Masalah yang melanda Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah.

Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan tersebut.

Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN. Bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian mereka untuk semester baru.

Mereka hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja.

Untuk berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.

Jika disemak dalam laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang, Kulliyyah Usuluddin, Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah, Kulliyyah Muamalat, Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi.

Semua program yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi. Soalnya, jika hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung status program yang dikendalikan Insaniah Holdings.

Kalau tutup, lakukan mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa.

Pentadbir KUIN jangan letak kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.

Keyakinan masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh merudum.

Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini.

Sewaktu KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar baru ialah 1200 orang.

Apa yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi menyifatkannya sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.

Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.

Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.

Banyak IPT dinaik taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya Universiti Islam Antarabangsa.

Entahlah, masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula ~ Zulya Nota Utara

Wednesday, 20 March 2013

Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.


Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.


Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.





Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Monday, 4 March 2013

Dalang pengkhianat PAS Kedah sudah dikenalpasti

Musuh dalam selimut dan pelbagai taktik kotor terutama dari musuh-musuh pakatan rakyat memang banyak. Pakatan Rakyat kena cerdas, cergas dan pantas untuk mencantas dalang-dalang tersebut. Jangan kasi dah nazak di mata pengundi baru nak berubat:

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu dalam parti yang disifatkan sebagai pengkhianat, kerana sering menimbulkan masalah dalam parti.

Katanya, pengkhianat terbabit semakin rancak menimbulkan masalah terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).






# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pengkhianat terbabit juga didakwa berniat jahat kerana cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam parti, terutama membabitkan calon yang diuar-uarkan akan bertanding.

“Saya sendiri sudah tahu siapa dalang di sebalik beberapa insiden lepas. Mereka ada niat jahat memburukkan parti dan mahu melaga-lagakan pemimpin tertentu untuk porak perandakan kesepakatan dalam Pas Kedah,” katanya.

Azizan sekali lagi mengulangi pendirian bahawa keputusan muktamad calon PRU13 akan diputuskan Pusat.

“Sampai sekarang pun Pusat belum buat keputusan akhir. Nama calon itu hanya akan diumum Pusat selepas bubar Parlimen, berdasarkan senarai yang diberikan oleh negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Azizan mengakui senarai calon yang dipersetujui akar umbi dikeluarkan dua tahun lalu.

“Senarai itu yang ada pada Pusat, kena tunggu Pusat umumkan. Sudah berkali-kali saya tegaskan Pusat akan buat pilihan akhir,” katanya.

Azizan turut menyifatkan dakwaan wujudnya senarai baru calon Pas Kedah, adalah disebabkan calon tertentu bimbang namanya tidak tersenarai.

“Mereka yang dakwa senarai itu dirombak, itu menunjukkan mereka bimbang tidak tersenarai sebagai calon, sedangkan senarai yang saya hantar bukan senarai baru,” katanya.

Azizan turut mempersoalkan bagaimana senarai yang dipersetujui dikatakan tidak sah dan tidak mengikut prosedur, sedangkan tiada senarai baru dikeluarkan.

“Saya pelik bila senarai dikatakan tidak sah. Isu tidak ikut prosedur tidak timbul sebab kita amal prosedur biasa,” katanya.

Azizan berkata, amalan biasa yang diamalkan dalam parti ialah menerima cadangan daripada Pas kawasan bagi mereka yang layak untuk ditapis sebagai calon, dan usul itu dibawa berbincang dalam mesyuarat perhubungan Pas negeri.

“Nama-nama itu kemudian dihantar ke Pusat untuk diteliti oleh Majlis Syura, termasuk Lajnah Politik Pusat untuk melihat kesesuaian calon. Seterusnya, Pusat akan umum calon yang sesuai,” katanya.


sumber sini



pen buruk online