Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Pesawat Air Asia terhempas di KLIA?.. Lawak jenis apa ADUN PAS buat ni?


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.

Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.

Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.

@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.

@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.


Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.


~ MalaysiaGazette

Saturday, 3 August 2013

Jangan Salahkan Polis... hahahaha... Lawak Iftar..!!!!

Gua berusaha dalam sepanjang Ramadhan ini untuk tidak memaki hamun makhluk2 bodoh dari kalangan Menteri2 BN beb...., tapi apakan daya... disebabkan tak boleh nak tahan gelak guling2 dengan statement dan ayat gampang dari mulut menteri2 bn nih... gua belasah tetap belasah....

Dalam Sinar harian, si Zahid Komidi mengatakan;
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.


Apa justifikasi yang di gunapakai oleh si komedian KDN tu membandingkan Amerika dengan Malaysia...????

Ooooo... baru gua paham, Menteri Komedi tu cuba menyampaikan pada rakyat bahawa penduduk Malaysia lebih ramai daripada penduduk Amerika jadi amatlah sukar untuk membendung jenayah, tambahan pulak dengan masalah kekurangan Anggota Polis.... hahahaha... bijak sungguh kepala hotak menteri ni eekkkk...

Yeaaalaaahhhh.... yeeaaalllaaahhhh... dalam segala hal sekalipun polis tetap tak salah... menteri2 bn pun tak salah... keraaaaa...jaan bn pun tetap tak bersalah... yang menjadi bahan kesalahan atas peningkatan jenayah sekarang ini adalah bekas2 banduan Simpang Renggam... hahahaha...

Itulah kenyataan dari mulut longkang Zahid Komidi...., so... sebagai rakyat Malaysia yang cerdik pandai2 lah kita menilaikannya... hehehehe...

Gua yakin kita semua tidak dilahirkan untuk berjangkit dengan penyakit Bodoh kaaaannnnn...????

Wednesday, 27 February 2013

GEMPAR: Dr Asri buat LAWAK pulak [Tengok gambar neh..]


Dr.Maza pun dah pandai buat lawak dah. Hehe...


Thursday, 14 February 2013

Awie buat lawak, rasmi pusat media banteras gejala sosial

Awie ni buat lawak antarabangsa ke apa......beriya-iya hari tu dia mempertahankan kelab  malam miliknya yang sah2 jual arak dan  perempuan-perempuan  seksi. Tiba-tiba aje hari ni keluar berita nak mendidik masyarakat mengamalkan nilai murni, sayang kepada bangsa, agama dan negara. Dah tutup ke kelab malam awak ??? .....  lagi satu kalau betul sayang pada agama tolonglah buang subang dan rantai leher tu.

Awie



Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.
Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata, menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.
Katanya, maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di sini hari ini.
Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.
"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya. sumber

ini yang dikatakan POYOOOO.....ha ha ha. Cakap tak serupa bikin!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿