Showing posts with label kahkahkah.... Show all posts
Showing posts with label kahkahkah.... Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Najib dicabar lagi... kahkahkah...

Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik

27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).

“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebaik sahaja Pakatan membentang Manifesto Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin lalu, pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menggesa Perbendaharaan Malaysia supaya adil memberikan maklumat kepada kedua-dua pihak.

“Perbendaharaan perlu beri kami semua maklumat yang diperlukan, bagi membolehkan debat dijalankan dengan adil.

“Perbendaharaan perlu bersikap tidak berpihak, seperti mana di negara demokratik lain,” katanya lagi.~ KD


Wednesday, 6 February 2013

Masih evergreen untuk di KETAWAKAN... kahkahkah...

Kenapa kita dilarang untuk membaca dan percaya pada akhbar Utusan? Ni antara sebab-sebabnya...
"Mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah HARAM untuk dibeli dan dibaca" ~ Prof Datuk Dr Harun Din Al-Hafis
Betoi...

Dr Harun Din tak sebut akhbar mana tapi ada tak ciri-ciri sebegitu pada akhbar penjilat Umno nombor satu neh...?? Jadi, itulah salah satu dari beribu sebabnya. Malah, bukan itu saja Utusan juga didapati menipu dan segala isi kandungannya juga amat-amat diragui.

Ni haa.. buktinya... walaupun lama punya cerita tapi masih evergreen untuk kita sandarkan sebagai fakta. Selama neh kita ingat... dalam akhbar pencacai, hanya result 4D saja yang benar... rupa2nya, result 4D pun boleh salah!!

Kahkahkah...

Apa lagi yang ada dalam akbar pencacai yang boleh kita percaya... siaran TV...? Iklan jawatan kosong...?

Tapi yang herannya, kalau buat salah kat macai-macai dia... laju ja dia mintak maaf. Tak payah pegi naik court pun...

Kahkahkah...