Showing posts with label baling. Show all posts
Showing posts with label baling. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Kerana BR1M, 'Imam baling kasut' kini insaf dan sokong BN? (Video Inside)


"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Islam dan tatacaranya... Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," - Imam Hoslan Hussin

Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Imam Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan Imam Hoslan Hussin membaling kasut.

Hukuman tersebut telah dianggap sebagai keterlaluan dan zalim tanpa diasaskan sebarang pertimbangan moral dan perikemanusiaan .

Kes yang sepatutnya ditangani dengan penuh kewajaran, belas kasihan dan bijaksana telah gagal dilaksanakan sebaliknya dengan kejam menjatuhi hukuman penjara sehingga sanggup memisahkan beliau dengan 7 orang anak dan isteri.

Tindakan memenjarakan Imam Hoslan Hussin adalah satu tindakan zalim bagi tujuan menutup isu sebenar .

Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan tersebut menyebabkan pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Imam Hoslan dan melakukan perbuatan itu (melontar kasut) kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999.

Isu sebenar telah ditutup dan disembunyikan melibatkan penyelewengan ratusan ribu RM oleh pentadbir Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan oleh Imam Hoslan Hussin.

Itu sebahagian dari kenyataan media Koordinator JINGGA 13 bagi menggerakkan satu demo mendesak agar Imam Hoslan dibebaskan suatu masa lalu.

Rentetan dari itu Imam tersebut telah menjadi sasaran kecaman blogger-blogger Pro UMNO dan macai yang seangkatan dengannya..berbagai kisah lampau dirinya didedahkan.

Bagaimanapun kini Bekas penjawat awam tersebut yang juga penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, dikatakan telah pun insaf dan bersyukur.

Setelah kembali daripada menghantar anak beliau belajar di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

 

Sunday, 23 February 2014

Anwar anggap baling daging babi ke dalam Masjid 'Provokasi Purba'..


Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ketawa apabila diminta mengulas mengenai insiden balingan daging babi ke dalam Masjid Qaryah Tok Kun Atas, di sini.

"Penyokong Umno dan Perkasa perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka sahaja yang begitu sensitif mengenai insiden ini.

"Mengapa penduduk setempat langsung tidak terpengaruh dengan 'provokasi purba' ini," seloroh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut kepada wartawan, selepas melawat lokasi kejadian.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan tahniah kepada komuniti setempat kerana menolak provokasi yang menguntungkan pembangkang Umno Barisan Nasional sahaja.

Sebelum itu, Anwar mengadakan interaksi dengan komuniti setempat serta mendapatkan membalas mengenai insiden itu daripada wakil AMK Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Nasser.


Hadir sama, Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan Dr. Afif Baharudin (Ketua AMK Pulau Pinang) lapor Blogger Pembela Guan Eng di SINI

Sebenarnya kalau nak dianggap sebagai 'Provokasi Purba' tu.. taklah purba sangat.. sebabnya insiden seperti ini telah berlaku sekitar tahun 1945 pihak British telah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Dimana pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir.

Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu.

Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005.

Cerita penuh yang tak ditulis dalam buku sejarah ni silalah baca di ( SINI )