Showing posts with label LAGI.... Show all posts
Showing posts with label LAGI.... Show all posts

Friday, 28 February 2014

Tan Sri Khalid Ibrahim buat hal lagi...


Untuk pengetahuan semua ini adalah antara salah satu dari enam sebab mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim wajar diturunkan dari jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor..

Semalam... sekali lagi Tan Sri Khalid telah bertindak membelakangkan Parti dan juga Pakatan Rakyat di Selangor..

Perjanjian yang ditentang oleh majoriti pimpinan PKR/PR Selangor diteruskan juga olehnya...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.

Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang semalam.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.


Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.

"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.

"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut ~ The MAlaysian Insider

Saturday, 2 March 2013

Najib dicabar lagi... kahkahkah...

Najib dicabar debat dengan Anwar, buktikan manifesto BN realistik

27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.

“Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

“Kami juga bersedia, sebagai Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat untuk berdebat dengan wakil daripada BN, (dan bahaskan) setiap isu dan peruntukan (manifesto).

“Debat ini bagi pertahankan setiap perangkaan (dalam manifesto) yang kononnya akan bankrapkan negara,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebaik sahaja Pakatan membentang Manifesto Rakyat di Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin lalu, pimpinan Umno BN menuduh kononnya manifesto itu tidak realistik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menggesa Perbendaharaan Malaysia supaya adil memberikan maklumat kepada kedua-dua pihak.

“Perbendaharaan perlu beri kami semua maklumat yang diperlukan, bagi membolehkan debat dijalankan dengan adil.

“Perbendaharaan perlu bersikap tidak berpihak, seperti mana di negara demokratik lain,” katanya lagi.~ KD


Thursday, 31 January 2013

IBRAHIM ALI KENA LAGI...


Big Boss Sinar Harian BANTAI Ibrahim Ali..




SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar).

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. ~sinar