Showing posts with label bumbung. Show all posts
Showing posts with label bumbung. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Oooo.. patutlah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh... ini sebabnya rupanya..


Laporan dari Bernama ini yang menyebut tentang sebab runtuhnya struktur lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA)adalah kerana kontraktornya kurang pengalaman.

Persoalannya di sini ialah mengapa kontraktor yang kurang berpengalaman itu telah dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek baik pulih yang bernilai RM15Juta itu..

Adakah ketika dipilih pengalaman tidak diambil kira oleh pihak mereka atau kroni lebih diutamakan?

KUALA TERENGGANU: Kontraktor yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja membuka kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, didapati kurang pengalaman untuk melakukan kerja itu.

Pengerusi Jawatankuasa Amalan Terbaik Industri Pembinaan (CIBPAC), Jamaluddin Noh, berkata perkara itu ditemui dalam siasatan awal CIBPAC yang menyiasat insiden bumbung SSMZA yang runtuh kali kedua pada 20 Februari lalu.

"Kita masih menjalankan siasatan yang mendalam berhubung kejadian itu dan kita akui terdapat sedikit kelemahan iaitu kontraktor yang terlibat dalam kerja berkenaan tidak mempunyai pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau juga berkata kontraktor berkenaan berdepan tindakan tatatertib serta mungkin digantung lesennya jika siasatan lanjut mendapati ada unsur kecuaian kontraktor ketika melaksanakan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan.

Jamaluddin berkata, tidak ramai kontraktor tempatan yang mampu melakukan kerja membuka semula kerangka bumbung stadium.

Dalam kejadian Rabu lalu, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung SSMZA yang dalam proses baik pulih runtuh.

Kejadian berlaku 11.30 pagi ketika lapan pekerja sedang menjalankan kerja memotong kerangka bumbung lama itu.

Kerja baik pulih berkenaan dilaksanakan kontraktor terbabit sejak tiga tahun lalu dan dijadual siap pada 24 Februari lalu.

Bumbung stadium berharga RM292 juta itu runtuh pada 2009, kira-kira setahun selepas disiapkan dan kerja baik pulih dianggar menelan kos RM15 juta. - BERNAMA

Thursday, 21 February 2013

Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa..


Betul-betul aku tak faham dengan kenyataan MB Terengganu ni.. rangka bumbung dah ranap macam dalam gambar itu pun beliau masih mengatakan tidak runtuh..

Mungkin dia tak sedar lagi bahawa maklumat sekarang bukannya tersebar satu atau dua hari selepas kejadian.. tapi satu atau dua minit saja lepas kejadian..

Mungkin juga dia nak memperbodohkan rakyat Terengganu.. tapi dalam masa yang sama terserlah kebodohannya sendiri..

Tapi macam Chegu Bard kata.. Kalau yang dilantik itu orang bodoh.. yang melantik dan menyokongnya pula sudah tentu lebih bodoh..

MB nafi Stadium Sultan Mizan runtuh

ARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan ~ Sinar Harian

Lagi gambar runtuhan bumbung Stadium tersebut yang dikatakan tidak runtuh oleh Mat Said itu sila lihat di ( SINI )