Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Tahniah Najib!! Namamu kini tersenarai sebagai pemimpin kedua paling boros didunia..


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah. Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya ~ Selangorku

Thursday, 4 July 2013

Pemimpin yang tolak Himpunan Blackout 505 jangan benarkan berkempen di Kuala Besut.

Datuk Paduka Husam Musa antara nama yang dicadangkan sebagai  Pengarah Operasi Induk  Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut.Dengan Kuala Besut dianggap sebagai sebuah Republik,kerana bahasa dan budaya yang hampir dengan masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan.

DatukHusam Musa sebagai Pengarah Operasi Induk,boleh menapis tenaga utama yang perlu turun ke Dun Kuala Besut. Pemimpin yang menolak Himpunan Blackout 505 baru-baru ini jangan benarkan berkempen di Dun Kuala Besut.Pemimpin itu tidak tahu denyut nadi rakyat.

Saturday, 2 March 2013

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?

pen buruk online
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung. Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Kenapa pemimpin Umno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut?

Apakah pemimpin Umno tidak pernah membaca peribahasa ini ketika mengambil kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat. Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN. Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno.

Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno.

Sumber: idrisahmad.wordpress.com





Wednesday, 30 January 2013

Hantar Memo bantah Pusat Judi tapi Pemimpin UMNO tak peduli.. Akhirnya penduduk adakan demonstrasi..


Jika perkara ini berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat baik Pulau Pinang, Kelantan, Kedah ataupun Selangor maka riuh rendahlah pencacai-pencacai UMNO memainkan di blog mereka..

Malangnya ia tidak berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tetapi ianya telah berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Meskipun memorandum telah dihantar kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO, bantahan ini dipandang sepi oleh mereka walaupun ianya akan mengundang gejala sosial... mungkin ada diantara mereka punya kepentingan..

Sehari dua yang lalu seorang pembaca mengirimkan e-mail yang disertakan dengan gambar-gambar memo tersebut..

Assalammualaikum w.b.t kpd ASD

Saya ingin memohon kpd semua utk mengwar2warkan isu kewujudan hiburan haram dan perjudian di daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Saya mendapat maklumat ini di papan kenyataan Masjid As-Syakirin Maran ketika Solat Jumaat minggu lepas 18 Januari 2013.

Sewaktu sy membaca memo ini, saya terdengar perbualan dua orang jemaah tentang isu ini yg turut sama membaca memo itu dan mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yg berlaku. Komen mereka perkara seperti inilah yg sebenarnya merosakkan orang Islam dan orang2 Melayu terutama golongan muda.

Jika saya tidak salah, tempat pusat judi ini berkemungkinan di kawasan Tong Kiat yg berhampiran dengan kawasan Kuala Sentul. Pengesahan lanjut perlu didapatkan tentang lokasi sebenar pusat kegiatan haram ini.

Jika dapat dilhat kepada senarai memo tersebut dihantar, ianya dihantar kepada Menteri Keselataman Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Besar Pahang, Ketua Polis Pahang.

Dan ianya juga telah dihantar kepada pihak berautoriti yang berada di daerah Maran seperti Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Hj. Ismail, ADUN Kawasan Luit, YB Dato' Hj. Ahmad Munawar, ADUN Kawasan Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza, ADUN Kawasan Jengka, YB Wan Salman, YH Dato' Pegawai Daerah Maran dan Ketua Polis Daerah Maran.

Pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid sebelum Solat Jumaat bagi memohon jemaah sama2 mengerjakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat.

Saya tidak mendapat maklumat bilakah memorandum bantahan tersebut dihantar dan ditandatangani. Diharap maklumat ini dapat disebarkan dan dikongsikan agar dapat membuka mata pihak2 berwajib untuk mengambil tindakan sepatutnyer.

Dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yg membarah sekarang ni, adalah amat wajar perkara2 seperti ini diperangi habis-habisan.

Yang Benar,
Anak Maran

Ini adalah memorandum yang dimaksudkan beliau..


Oleh kerana memorandum tidak dipedulikan satu demonstrasi telah diadakan..


ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Saturday, 19 January 2013

Pemimpin UMNO ni buta IT ke?


Pemimpin UMNO ini mungkin buta IT atau seangkatan dengannya, kerana jika beliau tahu bagaimana untuk melayari internet beliau mungkin tidak akan berkata begini...

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon kesal kerana kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan Shamsidar anjuran parti pembangkang Sabtu lepas.


Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya.


"Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini ~ Bernama


Lihat juga bagaimana UMNO menggunakan kana-kanak sebagai perisai manusia untuk menghalang Konvoi Oren dari memasuki Felda di ( SINI )

Adakah beliau buta IT atau Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO ini mempunyai dua undang-undang yang berbeza?.. Satu untuk UMNO dan pemimpinya manakala satu lagi untuk semua rakyat Malaysia..