Showing posts with label SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label SENDIRI. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Isteri Rayu Calon Bebas Tidak Malukan Diri Sendiri Tanding DUN Kajang


Isteri kepada seorang Calon Bebas berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja. 

"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.

~ mStar

Sunday, 17 February 2013

Gambar Tuan Guru Haji Hadi sendiri memadam kebakaran..

MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar. Sekolah Maahad Darul Quran yang merupakan sekolah Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri selalu memberikan kuliah.

Kelihatan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut bersama-sama bantu padamkan api kebakaran di Maahad Darul Quran Rusila pagi tadi. Allahuakhbar! Inilah pemimpin yang patut kita contohi. Walaupun berkain pelikat, tapi masih sempat membantu rakyat. Semoga Allah merahmati pemimpin Islam yang masih ada yang memberikan contoh terbaik pada masyarakat Malaysia.

479744_416081431810314_1556815825_n
563085_10152524232885594_1968247152_n


531494_10151342383473369_865480382_n

Kepada semua yang ingin menderma
bolehlah terus ke akaun bank:

Muamalat: 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ)
Bank Islam:13017010080345 (Dana MDQ)


Semoga sumbangan ikhlas tuan-puan yang budiman dapat meringankan beban pihak MDQ dan pelajar- pelajar semua.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Thursday, 31 January 2013

RAIS YATIM TERBELIT SENDIRI

Rais yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat hadi benar-benar menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan semula Amanat Hadi, mereka  akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini serba tak kena. Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat tapi dia sendiri tak menhayati kata-katanya sendiri. Rais  makin gelabah nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan nsemula setelah 30 tahun berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang bandingkan kenyataan Rais yatim hari ini berbanding sewaktu Rais  menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah. Fikir-fikirkanlah...