Showing posts with label lagi. Show all posts
Showing posts with label lagi. Show all posts

Saturday, 29 June 2013

Kes Kugan: polis jangan buat silap lagi,rakyat yang bayar pampasan


Di harap pihak polis tidak lagi buat kesilapan dan kecuaian sewaktu suspek dalam lokap.Anggota cuai dan lalai ikut SOP ,duit rakyat yang terpaksa keluar bayar pampasan.
KUALA LUMPUR: Keluarga kepada suspek pencuri kereta A. Kugan pada Rabu menang dalam pertikaian sivil mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung kematiannya dalam tahanan.
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan defendan membayar RM751,700 sebagai ganti rugi dan RM50,000 sebagai kos kepada keluarga Kugan.
Ibu Kugan, N.Indra pada 13 Januari tahun lalu telah memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta.
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.

Wednesday, 27 February 2013

TG Nik Aziz dihina lagi, BIADAP sungguh. SEBARKAN...

Lihatlah bagaimana biadap dan kurang ajarnya dia neh...

Antara mereka ni tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sesuatu isu hanya atas dasar pemahaman politik yang berbeza dengan pembicara... Jahil sendiri kerana tidak faham terus diletakkan atas kepala orang lain.

Apa dosa besar TG Nik Aziz sebenarnya sampai mereka terlampau membencinya?

DOSA besar TG Nik Aziz hanyalah kerana dia diiktiraf dan dijadikan role model pemimpin yang BERSIH, diangkat sebagai ikon dan TONGGAK dalam penyatuan Pakatan Rakyat. Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Guan Eng serta lain-lain pemimpin dalam Pakatan Rakyat jugak penting sebagai alat tahaluf siyasi yang menjadi pegangan Pas.

TG Nik Aziz harus diburukkan. TG Nik Aziz mesti dijatuhkan. Aura BERSIH yang ada pada TG Nik Aziz mesti dikotorkan. Rebahnya TG Nik Aziz maka akan berkecailah Pakatan Rakyat... Itu jaa...

Maka tunggu apa lagi. Ayuh..!!!
Kita rebahkan kebiadaban makhluk-makhluk ini terlebih dahulu, biar dia tahu langit tinggi ka rendah...
#Sebarkan pada seluruh rakyat Malaysia tentang posting biadab dari manusia ini!! Agar satu dunia tahu dia sungguh KURANG AJAR!!


Felda disaman lagi, kini di Melaka

24 FEB: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Sebagai bekas peneroka, plaintif ada ‘legitimate expectation’ untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda.

“Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001,” katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu.

Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik.

Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah.

“Plaintif juga meminta pengurus memberi Penyata Pendapatan Tahunan dan Pinjaman Sara Hidup sehingga 2012 tapi hingga ke hari ini tiada jawapan,” katanya.

Merujuk kes bekas peneroka Chew Ah Kiw yang meninggal dunia, Kumar berkata, waris mendiang pergi ke ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur untuk menukar hak milik tanah kepada isterinya.

Namun, katanya, penukaran hak milik tidak dapat dilakukan kerana Felda menyatakan mendiang berhutang RM35,581.11.

“Ini mencemaskan plaintif lain kerana tanah milik mereka tidak pernah diurus Felda sejak 2001,” katanya.

Justeru, Kumar berkata, bekas peneroka tiada pilihan lain kecuali menyaman Felda atas kecuaian dan keengganan memberi penyata akaun, hutang bersama dengan butir terperinci kepada plaintif.


~keadilan daily