Showing posts with label Terbongkar. Show all posts
Showing posts with label Terbongkar. Show all posts

Saturday, 29 June 2013

Altantuya: Pekung Najib Terbongkar Lagi..

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

“Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.

“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

baca lagi ..




Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.

Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam.“Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting ini tidak dipanggil.

Bukti jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.“Apakah kita boleh terima bahawa Najib sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.

Sirul Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar ‘kambing hitam yang harus dikorbankan’ untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. ~keadlandaily




# sila like "kami undi pakatan rakyat"





sumber sini

Thursday, 21 February 2013

Kemelut Psy, Najib dan Yee Sang Terbongkar Akhirnya...


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Barisan Nasional (BN) terpaksa mencipta ribuan pembohongan untuk menutup penipuan asal mengenai kemelut “yee sang” pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang menampilkan bintang K-Pop Korea Selatan, Psy dan Gangnam Style.

Katanya, pada asalnya, kemelut “yee sang” yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dijelaskan penganjur BN Pulau Pinang bahawa aturcara majlis dirosakkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sehingga pemimpin BN “merah muka” apabila membuat keputusan mengejut supaya menjemput Psy menyertai upacara “yee sang” walaupun tidak terdapat di dalam program.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kabinet terpaksa menempuh kejadian memalukan itu kerana menunggu Psy selama lima minit di atas pentas untuk menyertai mereka dalam upacara “menggaul yee sang”.

“Setelah hampa, semua mereka kemudian terpaksa malu-malu turun daripada pentas apabila upacara “menggaul yee sang” tidak disempurnakan dan dianggap orang ramai sebagai petanda buruk.

“Perdana Menteri serta barisan pemimpin BN Pulau Pinang terpaksa meninggalkan pentas itu kerana hampa menunggu Psy selama lima minit untuk turut serta menggaul yee sang, di samping wajah panik kerana polis memberi amaran ancaman “bunuh” atau “keselamatan” menjadikan peristiwa itu jenaka ramai, kerana terakam dan dimuatnaik ke YouTube,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ancaman bunuh itu, jika benar ditujukan kepada Psy di lapangan terbang dan hotel, bukannya di tapak Sekolah Han Chiang menimbulkan pertanyaan sama ada “ancaman bunuh” terhadap Psy itu dipercayai atau sekadar lawak kebudak-budakan.

Katanya, adakah polis telah menyiasat dakwaan ancaman bunuh terhadap Psy di Pulau Pinang itu, walaupun Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan SMS daripada pengurus bintang K-Pop Korea Selatan, Psy kepada pihak polis berkenaan ancaman bunuh itu.

Semalam, Rahim menunjukkan kepada wartawan SMS yang dihantar pengurus Psy kepada polis pada 10 Februari lalu yang menyatakan: “Kami menerima ancaman bunuh yang serius yang mengatakan mereka akan menghentikan Psy apa cara sekalipun di lapangan terbang dan hotel di Pulau Pinang.”

Berikutan itu, Ketua Polis Pulau Pinang berkata polis telah mengetatkan kawalan keselamatan dengan menghantar 11 pegawai untuk memastikan bintang Korea itu selamat sewaktu ketibaannya pada pagi 11 Februari lalu.

Menurut Kit Siang, kemudian terdapat versi kedua yang bercanggah dengan versi pertama yang mendakwa kemelut “yee sang” Najib itu berpunca daripada ancaman terhadap nyawa Psy dan Perdana Menteri. Semalam Rahim berkata, tiada ancaman bunuh terhadap Perdana Menteri, kerana tiada bukti terdapatnya “ancaman bunuh” terhadap Psy di Sekolah Han Chiang.

“Mengapa penganjur BN tergesa-gesa membawa Najib dan VIP lain turun pentas sebelum menyempurnakan upacara “yee sang”

“Ini membuktikan penganjur BN Pulau Pinang hanya melakukan ribuan penipuan untuk menutup satu penipuan itu yang sehingga kini belum lagi menjelaskan kemelut “yee sang” Najib itu selepas Tahun Baru Cina lapan hari lalu,” katanya.