Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.
Siri jelajah ‘Anwar Dalang Lahad Datu’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.
Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.
“Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang,” laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.
Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.
Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.
Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara.
Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today..
Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu...
Berapa orang yang hadir??.. kiralah pada gambar di bawah ni..
Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI..
0 comments:
Post a Comment