Tuesday, 12 February 2013

BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style' ke majlis anjuran mereka?

Menyedari bahawa walaupun dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mereka tetap akan gagal untuk menghimpun puluhan ribu rakyat ke majlis anjuran mereka tanpa kerahan dan paksaan..

Contoh kerahan yang terbaru sila lihat di ( SINI ).

Barisan Nasional Pulau Pinang telah dilaporkan mengambil pendekatan baru bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini.

The Star melaporkan Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka tersebut.

Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang..

The Star Online

Dengan membawa masuk artis popular dari Korea itu, majlis tersebut dijangka mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat Cina.

Ini akan membolehkan media tunggangan UMNO/BN menyebarkan propaganda keesokan harinya.. kononnya kehadiran yang ramai itu membuktikan masyarakat Cina Pulau Pinang sudah kembali menyokong Barisan Nasional.

Dan gambar Najib sedang berucap dihadapan puluhan ribu yang hadir untuk menyaksikan persembahan Psy akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh Media tunggangan UMNO/BN dan para Blogger upahan mereka juga tidak ketinggalan.

Psy suatu masa lalu telah dilaporkan meminta bayaran sebanyak USD750,000 atau RM2.3 Juta sahaja untuk mempersembahkan sebuah lagu.

Bagaimanapun cadangan dan rundingan untuk membawa artis dari Korea itu berakhir dipertengahan jalan kerana buat masa itu tiada penaja dari negara ini yang sanggup menaja dengan harga begitu rupa.

Red Carpet

Menurut Andrew Rebel seorang pengarah di pusat pencarian bakat Impressive Talent Agency dilaman Facebook miliknya, beliau mendakwa bahawa kos untuk membawa penyanyi Psy ke program anjuran Barisan Nasional sempena tahun Baru Cina akan datang ini menjangkau sehingga RM2 juta.

Bayaran sebanyak USD 600,000 itu tidak termasuk perkhidmatan jet peribadi, Hotel Suite, body guard, kereta limo dan macam-macam lagi.

Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.

Facebook Andrew di SINI

Jika dulu tiada sesiapapun sanggup menjadi penaja untuk membayar sebanyak RM2.3 Juta untuk membawa artis tersebut ke Malaysia, siapa pula yang kini sanggup menaja untuk membawa artis tersebut bagi menjayakan program Barisan Nasional Pulau Pinang itu?

Adakah beliau ditaja dengan menggunakan wang rakyat Malaysia yang membayar cukai atau wang milik Barisan Nasional Pulau Pinang sendiri?

Berbaloikah membayar RM2 Juta untuk mendengar sebuah lagu sedangkan dalam masa yang sama masih ramai rakyat Malaysia yang kesempitan hidupnya?

Contohnya bekas Puteri UMNO ini.. lihat di ( SINI )

0 comments:

Post a Comment