Nampaknya puak-puak UMNO ni dah makin bacul dan dilanda tekanan 'ketakutan' yang amat sangat. Satu persatu mereka cuba sabotaj HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR). Utusan Malaysia yang kini sangat popular dengan panggilan Utusan Syaitan hampir setiap menukarkan tajuk HKR dengan Himpunan Shamsidar. Haha...bangang tahap gaban. Suka-suka hati je nak ubah Majlis orang lain dengan ayat sendiri. Apakata kalau kita tukar pulak perkataan HKR tu jadi Himpunan Kehancuran Rosmah ? Mesti puak-puak UMNO akan melenting dan ketika itu juak-juak penjilat dan pembodek akan muncul di balai-balai polis bagi menunjukkan taat setia yang membabi buta terhadap pimpinan mereka.
Selepas itu, puak-puak ini cuba memasang kain rentang kononnya di HKR ini nanti bendera baru Malaysia akan diperkenalkan. Kain rentang ini digantung di banyak tempat. Nampak sangat mereka semakin memperbodohkan diri sendiri. Diramalkan Utusan Syaitan akan memperbesar-besarkan benda ini walaupun mereka tahu ini kerja puak-puak jahanam mereka sendiri.
Sejak semalam banyak kain-kain rentang tentang Himpunan ini dicuri dan ndibuang oleh puak-puakn ini. Lebih-lebih lagi bila mereka menyaksikan sendiri kelulusan Stadium Merdeka yang diberi pada HKR. Mereka jadi sakit hati.
Terkini, semalam penulis sempat jumpa beberapa orang kawan dari Pemuda UMNO bahagian. Mereka mula bercerita dan mereka fitnah supaya orang percaya bahawa setiap peserta HKR dibayar RM300 tiap seorang oleh Kerajaan Negeri Selangor!!! Haha..tambah bengap mereka ini nampaknya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana khuatir jumlah peserta yang akan hadir nanti sangat besar dan menggugat UMNO dan BN. Jadi, sebelum berlangsungnya HKR ini, mereka fikir lebih bagus diwarwarkan fitnah kononnya setiap peserta Himpunan dibayar RM300 tiap seorang, sebab itulah jumlah orang yang berhimpun sangat ramai.
Penulis tak pernah nampak mereka begitu 'goyang' seperti sekarang ini. Mereka sentiasa cuba fikir bagaimana nak menggagalkan himpunan rakyat ini.
Tapi bukti seluruh dunia telah menceritakan bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Kebangkitan Rakyat, tidak dapat dihalang. Ianya pasti berlaku!!
0 comments:
Post a Comment