Wednesday, 27 February 2013

Felda disaman lagi, kini di Melaka

24 FEB: Seramai 59 bekas peneroka Fekda Tun Ghafar Baba, Bukit Senggeh, Jasin memfail saman di Mahkamah Tinggi Melaka untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa plaintif tiada hutang kepada Felda, sekali gus menjadi kes mahkamah pertama melibatkan peneroka melawan Felda di Melaka.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




“Sebagai bekas peneroka, plaintif ada ‘legitimate expectation’ untuk mengetahui sama ada terdapat hutang dengan Felda.

“Jika ada, bagaimana hutang itu wujud sedangkan plaintif tidak pernah menyertai sebarang program atau rancangan yang diusahakan Felda sejak 2001,” katanya pada kenyataan media kepada Keadilan Daily merujuk kes saman pada 20 Februari lalu.

Sejak 1997, Kumar berkata plaintif mengurus tanah dengan bantuan Risda, malah Felda pernah menyatakan, Bukit Senggeh tak lagi diurus oleh Felda kerana bekas peneroka sudah dapat hak milik.

Beliau berkata, AJK Bertindak juga pernah menulis surat rasmi pada 23 April 2012 kepada pengurus Felda, Tun Ghafar Baba menyatakan 77 bekas peneroka Felda tidak pernah menandatangani perjanjian untuk menanam semula kelapa sawit atau getah.

“Plaintif juga meminta pengurus memberi Penyata Pendapatan Tahunan dan Pinjaman Sara Hidup sehingga 2012 tapi hingga ke hari ini tiada jawapan,” katanya.

Merujuk kes bekas peneroka Chew Ah Kiw yang meninggal dunia, Kumar berkata, waris mendiang pergi ke ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur untuk menukar hak milik tanah kepada isterinya.

Namun, katanya, penukaran hak milik tidak dapat dilakukan kerana Felda menyatakan mendiang berhutang RM35,581.11.

“Ini mencemaskan plaintif lain kerana tanah milik mereka tidak pernah diurus Felda sejak 2001,” katanya.

Justeru, Kumar berkata, bekas peneroka tiada pilihan lain kecuali menyaman Felda atas kecuaian dan keengganan memberi penyata akaun, hutang bersama dengan butir terperinci kepada plaintif.


~keadilan daily




0 comments:

Post a Comment