Ini adalah kisah sedih mengenai rakyat Palestine yang dikongsikan bersama oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Masor ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini..
Ini cerita Datin Seri Rosmah Mansor... dipetik dari Bernama
Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah.
"Saya dimaklumkan keadaan di sana, apabila anak hendak ke sekolah, ibu-ibu akan cium anak, memeluk anak dengan erat sehingga menangis, kenapa begitu? Kerana mereka tidak pasti anak mereka akan pulang ke pangkuan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini.
Beliau berkata rakyat di negara ini seharusnya bersyukur dengan apa yang dikecapi dan melihat kesengsaraan rakyat Palestin sebagai tanggungjawab bersama membantu mereka.
"Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa.
"Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan," katanya.
Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin.
"Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun," katanya.
Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.
"Di sana (Palestin), hanya keamanan di fikiran mereka, di negara kita, janganlah hanya fitnah di fikiran kita," katanya.
Mengenai pilihan raya umum, Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.
Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya ~ Bernama
Mungkin dia tak tahu bahawa antara Palestine dan Malaysia tidak ujud suasana yang serupa..
Israel telah menyekat kemasukan peralatan rumah tangga ke Gaza, yang ditahan di pelabuhan negara haram Yahudi itu sejak tahun 2007..
Gaza hingga kini masih lagi berada dalam keadaan terkepung oleh regim Zionis, ummat Islam disana hidup dalam serba kedaifan dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang amat terhad.
Mereka juga seringkali bergelap kerana terputus bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api yang disekat oleh Israel.
Dalam keadaan ekonomi yang lumpuh dan bekalan yang terputus mereka diserang bertalu-talu oleh tentera zionis secara biadap.
Sehingga kini penduduk di Gaza masih terdedah kepada serangan Israel yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Setiap kali serangan berlaku mereka tidak akan mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari negara-negara umat Islam yang bertetangga dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mereka seolah-oleh menjadi objek di lapang sasar bagi tentera zionis Israel.
Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan pergerakan.
Ini termasuklah pos-pos kawalan tentera dan sekatan jalan yang diadakan secara sewenang-wenangnya.
Kini sebuah tembok pemisah yang panjangnya melangkaui 800 km memisahkan rakyat Palestin dari ladang mereka, telaga air dan meyukarkan anak-anak untuk ke sekolah dan menghadkan pergerakan rakyat Palestin.
Itu di Gaza... dan di Malaysia yang sudah lebih dari 55 tahun ditadbir oleh UMNO/BN tanpa sebarang sekatan ekonomi atau serangan dari negara jiran.. juga wujud suasana hampir sama dengan apa yang Datin Seri Rosmah Mansor katakan ini "Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan,"
Lihat di ( SINI )
0 comments:
Post a Comment