Saturday, 22 June 2013

Bersama humbankan BALACI [Saksikan SIAPA...]

Mobilisasi dan Solidariti Rakyat menentang penipuan pilihan raya

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia pencinta demokrasi yang sebenar-benarnya untuk turun ke Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 sebagai satu tanda mobilisasi dan solidariti rakyat dalam menengakkan kebenaran dan kezaliman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang turut didalangi oleh pimpinan Umno/BN untuk menang secara kotor dan jijik serta tidak bertamadun.

Kebobrokkan SPR menjadikan PRU 13 antara pilihanraya yang terjijik dikendalikan oleh badan yang ternyata tidak telus dan kotor, menjadi 'balaci" kepada pimpinan Umno/BN untuk terus mempertahankan Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri.

Patisyen yang dikemukan oleh pakatan Rakyat adalah merupakan bukti yang menunjukkan kegagalan institusi yang sewajarnya bertindak adil, telus dan profesional. Ternyata SPR tidak mempunyai integriti dan kredebiliti dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab kepada mereka mengendalikan pilihan raya.

Kewajaran Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota SPR WAJIB meletakkan jawatan dan turut didakwa ke muka pengadilan terhadap jenayah dan penipuan yang mereka lakukan menjadi 'balaci dan barua' kepada pimpinan Umno/BN.

Walau pihak polis terus menjadi penghalang kepada perhimpunan pada esk 22 Jun 2013 dengan pelbagai alasan dan dilihat mengikut telunjuk pimpinan Umno/BN.

Rakyat tidak perlu gentar dan terus mara ke vanue-vanue yang telah ditetapkan.
Tuntutan kepada himpunan ini adalah bersifat positif dan perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malasia yang mencintai demokrasi dan menghayati satu sistem pilihan raya yang benar-benar telus,adil dan profesional.

Beberapa himpunan sebelum ini tanpa provokasi daripada pihak polis atau mana-mana pihak ternyata berjalan dengan aman dan tidak berlaku sebarang insiden.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, bersama kita ke Padang Merbuk dengan meraikan demokrasi dan gesaan agar seluruh Anggota SPR meletakkan jawatan dan didakwa tidak profesional dan dihadapkan ke muka pengadilan.


0 comments:

Post a Comment