Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu...
Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja..
Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka..
Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'..
Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu..
Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.
Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.
Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.
“ Kehadiran Dato’ Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“ Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato’ Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi” katanya.
Sementara itu, Dato’ Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
“ Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat.
“ Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? “ katanya.
Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi.
“Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi.
“ Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu” katanya.. ~ Dilaporkan oleh PASPB
0 comments:
Post a Comment